Travel

10 Tempat Menarik di Perak Untuk Dikunjungi

Oleh Mohd Rasul

Tempat Menarik di Perak | Negeri Perak atau juga dikenali sebagai Perak Darul Ridzuan merupakan salah satu daripada 13 buah negeri yang membentuk Malaysia dan Perak merupakan negeri yang kedua terbesar di Semenanjung Malaysia selepas Pahang, dan keempat terbesar di Malaysia.

Kalau bercerita mengenai hal pelancongan, memang sangat tempat menarik di Perak seperti tarikan pulau-pulau, tarikan hutan lipur ataupun taman tema dan tempat bersejarah yang ada di Perak yang seringkali menjadi tumpuan orang ramai sama ada dari dalam Malaysia dan juga luar negara.

Tempat Menarik Di Perak Untuk Dilawati

Kat sini Acul senaraikan 10 tempat menarik di Perak untuk dikunjungi sekiranya korang ke Negeri Perak. Rata-rata tempat ni memang menjadi tumpuan orang ramai dan pelancong dari luar. Semoga dengan senarai 10 tempat menarik di Perak ni dapat membantu korang merancang percutian ke negeri Perak pada masa akan datang.

1. Kellie’s Castle

Kellie’s Castle tempat menarik di perak

Kellie’s Castle yang terletak di Batu Gajah Perak ini merupakan sebuah rumah agam lama yang dibina oleh Kellie untuk isterinya pada tahun 1915 sebagai lambang cinta sejatinya. Malangnya warga Scotland ini gagal menyiapkan rumah agam ini kerana meninggal secara mengejut kerana penyakit pneumonia. Ramai yang mengatakan rumah agam ini dihuni oleh makhluk halus.

Di dalam Kellie’s Castle ni terdapatkan ruang-ruang seperti bilik tidur, ruang makan, ruang tamu dan bilik-bilik gelap untuk persembunyian dan stor-stor untuk menyimpan arak dan sebagainya.

Dikatakan, terdapatnya laluan bawah tanah yang dibina sebagai langkah keselamatan sekiranya berlaku apa-apa serangan atau peperangan. Di sini juga ada ruang untuk lif tapi oleh sebab bangunan ni terbengkalai dan tak dapat disiapkan, jadi lifnya takde. Kalau tak, ini merupakan lif pertama yang ada di Tanah Melayu pada ketika itu.

Tempat ni memang sesuai untuk dikunjungi. Nak bergambar pun cantik sebab struktur bangunannya memang klasik.

2. Zoo Taiping & Night Safari Zoo Taiping

Zoo Taiping tempat menarik di perak

Zoo Taiping & Night Safari Zoo Taiping merupaan Zoo terbesar di negeri Perak yang menempatkan lebih 1300 ekor binatang dari 180 spesis binatang dalam dan luar negara. Sesuai untuk datang dengan kanak-kanak dan keluarga untuk melihat binatang seperti harimau, zirafah, badak air dan pelbagai jenis binatang lagi.

Apa yang menarik disini pengunjung boleh melihat haiwan yang aktif pada waktu malam di Night Safari Zoo Taiping. Antaranya adalah seperti harimau, singa dan banyak lagi. Pastikan korang bawa lampu suluh sebab jalan agak gelap sikit.

3. Bukit Merah Laketown Resort & Pulau Orang Utan

Bukit Merah Laketown Resort

Bukit Merah Laketown Resort merupakan sebuah resort dan taman permainan yang pasti membuatkan anak-anak teruja sekiranya bercuti di sini. Antara tarikan utama yang ada di sini ialah Water Park dan Eco Park. Kemudahan penginapan turut tersedia. Tidak jauh dari sini terdapat sebuah santuari orang utan di Pulau Orang Utan.

Hanya kira-kira 10 minit dari Bukit Merah Laketown Resort, Pulau Orang Utan menempatkan lebih 20 ekor orang utan daripada peringkat umur bayi sehingga yang orang utan dewasa. Pengunjung perlu menaiki bot merentasi tasik untuk melawat pusat penjagaan orang utan di sini.

4. Pulau Pangkor

Pulau Pangkor

Pulau Pangkor merupakan sebuah pulau peranginan yang paling popular di negeri Perak dan merupakan salah satu destinasi terdekat untuk warga KL dan Selangor yang inginkan percutian di pulau. Di sini terdapat banyak resort dan hotel untuk menginap dan menawarkan aktiviti suka air yang best untuk dilakukan seperti banana bot, snorkeling dan bermain jetski.

Pulau Pangkor mempunyai beberapa pantai yang sering menjadi pilihan pengunjung untuk bercuti dan mencari penginapan. Antara pantai yang popular di Pulau Pangkor ialah Pantai Pasir Bogak, Pantai Coral, Teluk Nipah dan juga Teluk Belanga.

5. Lost World of Tambun

Lost World of Tambun taman tema air di perak

Lost World of Tambun merupakan sebuah taman tema yang lengkap dengan kemudahan seperti water park dan hot spring park. Di sini juga menempatkan resort sekiranya pengunjung ingin menginap. Antara tarikan di Lost World of Tambun yang ada ialah water park, amusement park, lost world petting zoo, tiger valley, tin valley dan adventure park.

Kalau waktu musim cuti, Lost World of Tambun memang penuh dengan orang ramai terutamanya ahli keluarga yang membawa anak-anak mereka untuk berseronok disini. Sambil main air sambil menikmati keindahan alam semulajadi. Memang best!

6. Cameron Hinglands

cameran highland

Cameron Hinglands merupakan tarikan yang menjadi tumpuan orang ramai dan pelancong luar terutamanya pada waktu cuti dan perayaan. Disini ada ladang teh yang luas. Pengunjung boleh merasa teh yang segar baru dipetik dan pengujung sendiri boleh merasai pengalaman memetik daun teh. Selain teh, disini juga ada menjual starwberry.

Pengunjung juga boleh memetik sendiri buah starwberry terus dari ladang. Memang satu pengalaman yang amat menyeronokkan lebih-lebih lagi jika anda datang bersama ahli keluarga. Rasai sendiri pengalaman memetik buah strawberry disini. Buah strawberry cicah dengan coklat. Yummy!

7. Menara Jam Condong

Menara Jam Condong

Menara Condong adalah sebuah menara jam yang terletak di Teluk Intan, Perak. Ia menjadi mercu tanda bandar Teluk Intan sejak beberapa lama. Keunikan menara ini adalah ia menyerupai Menara Pisa, Itali. Menara ini dibina pada tahun 1885. Ia memiliki ketinggian setinggi 85 kaki dan terdapat 110 buah anak tangga. Walaupun telah berusia lebih 100 tahun, ia masih berdiri kukuh.

Menara ini sebenarnya merupakan takungan air sebelum adanya tangki air di Changkat Jong. Bangunan tiga tingkat ini dilengkapi dengan jam besar. Kini menara ini tidak digunakan lagi dan hanya menjadi tarikan pelancong yang mengunjungi bandar Teluk Intan. Di bahagian bawahnya dihiasi dengan landskap yang indah seperti pasu bunga, lantai marmar dan kerusi rehat untuk bersantai seisi keluarga. Kini bangunan purba itu mendapat julukan Menara Condong kedua di dunia selepas Pisa di Itali.

8. Air Terjun Lata Kinjang

air terjun lata kinjang perak

Sebuah tempat mandi air terjun yang sangat popular kerana air terjun di sini sangat tinggi dan mempunyai kemudahan yang lengkap untuk aktiviti berkhelah, berkhemah, jungle trekking, abseiling ataupun memancing. Terletak kira-kira 18 km dari pekan Tapah, Perak.

Terdapat juga kemudahan denai jalan kaki untuk aktiviti meredah hutan. Di kaki air terjun ini terdapat bazar Orang Asli yang menjual barangan kraftangan yang menarik sebagai cenderahati pada harga yang sangat berpatutan.

9. Felda Residence Hot Springs

Felda Residence Hot Springs

Felda Residence Hot Springs merupakan kawasan kolam air panas dan taman tema air yang terletak di Sungkai, Perak. Disini juga menawarkan kemudahan seperti tandas, parking kereta, bilik penginapan dan banyak lagi untuk pengunjung yang datang kesini.

Kalau waktu musim cuti, kolam air ni memang penuh dengan orang ramai. Antara aktiviti paling best kat sini adalah korang boleh rebus telur di kolam air panas dan terus makan telur tersebut. Memang satu pengalaman yang tak akan dilupakan sampai bila-bila.

10. The Banjaran Hotsprings

The Banjaran Hotsprings

The Banjaran Hotsprings terletak di Ipoh, Perak berhampiran dengan Lost World Of Tambun merupakan lokasi tumpuan terutamanya dari pelancong luar yang datang kesini untuk berehat dan menikmati kolam air panas disini.

Disini ada menyediakan perkhidmatan Spa dan resort yang memang cantik dan esklusif yang dikelilingi dengan alam semulajadi yang memang menenangkan. Kalau dapat tidur kat resort di The Banjaran Hotsprings ni memang satu pengalaman yang tak akan dilupakan sampai bila-bila. Lebih-lebih lagi kalau menjamu selera di dalam gua disini. Memang best!

___

Jika di ikutkan banyak lagi tempat menarik di Perak yang boleh korang lawati. Cukup Acul senaraikan 10 tempat menarik di Perak diatas sebagai inspirasi untuk korang sekiranya anda ke sini kelak.

Semoga percutian korang ke Negeri Perak meninggalkan seribu satu kenangan yang tidak akan dilupakan sampai bila-bila.

Mengenai Penulis

Mula menulis blog sejak dari tahun 2015 sehingga kini, Mohd Rasul merupakan front end web designer dan blogger sepenuh masa yang berasal dari Shah Alam, Selangor. Sehingga kini saya telah menghasilkan pelbagai jenis laman web untuk pelanggan-pelanggan saya dan mempunyai lebih 5 tahun pengalaman didalam bidang ini. Anda boleh lihat Portfolio saya jika anda berminat untuk mengetaui lebih lanjut mengenai perkhidmatan saya.

2 komen pembaca

  1. ok.. nti pergi perak boleh singgah sana .nice info

    • Mohd Rasul
      Mohd Rasul

      Selamat berjalan2 hehe 🙂

Buat Komen

Nota: Alamat e-mel anda tidak akan dikongsi oleh pihak ketiga. Ruang bertanda * adalah wajib diisi.

CommentLuv badge

Lagi Artikel Menarik