Travel

Kenapa Saya Nak Bercuti Ke Busan Korea Selatan

Oleh Mohd Rasul

Kenapa saya nak bercuti ke Busan Korea Selatan? Kalau bercakap mengenai impian Acul pasti ramai yang mempunyai impian untuk mengelilingi dunia dan melihat sendiri negara orang serta mempelajari adat dan budaya negara tersebut. Tapi persoalannya mudahkah impian itu untuk kita tunaikan?

Mengelilingi dan melancong ke negara orang amat memerlukan masa dan wang ringgit yang banyak. Bukan semua orang mempunyai masa yang banyak ditambah lagi dengan kos untuk melancong menyebabkan ramai yang terpaksa memendamkan impian ini untuk sekian lamanya. Mungkin ada diantara kita yang menjadikan melancong sebagai satu hobi ditambah lagi dengan kempen Tahun Melawat Malaysia 2014 oleh Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia yang menggalakkan masyarakat tempatan untuk melancong didalam negara.

Mula Minat Melancong

traveller

Terus terang Acul bagi tahu Acul bukanlah kaki melancong sebelum ini kerana Acul banyak menghabiskan masa di dalam bilik menghadap kerja design dan programming namun setelah menubuhkan iLuvTour tahun lepas Acul mula minat dengan melancong ini.

Tujuan Acul melancong adalah untuk lari daripada kerja yang memang dah sebati dengan diri Acul dan dengan melancong ini Acul dapat melupakan sebentar kerja Acul yang memerlukan penggunaan otak 100%. Kadangkala terfikir juga kerja design dan programming ini amat memenatkan dan pernah juga timbul perasaan tak ada life langsung.

Busan Korea Selatan Pilihan Lokasi Pelancongan

Kalau nak di ikutkan terdapat 2 negara yang betul-betul Acul nak pergi iaitu negara Korea Selatan dan Jepun kerana dua negara ini merupakan negara yang kaya dengan budaya ditambah lagi Acul juga peminat kepada drama Korea dan Jepun. Dulu ketika menuntut di Politeknik memang Acul hantu drama Korea dan Jepun.

Baca: Apa Yang Menarik Di Busan?

Terkini Acul ada terlihat cabaran yang dianjurkan oleh Blooggers dan Majalah Libur dan berpeluang untuk ke Busan Korea Selatan. Peluang ini memang tidak akan dilepaskan. Andai terpilih sebagai salah seorang Blogger untuk Busan Korea Selatan memang Acul tidak akan lupakan sampai bila-bila dan salah satu impian negara yang Acul nak pergi terlaksana.

Tempat Menarik Di Busan Korea Selatan

Jika berpeluang ke Busan Korea Selatan, Acul akan habiskan masa melawat tempat-tempat menarik yang ada di Busan. Terbayang pantai Haeundae yang dipenuhi oleh gadis-gadis Korea sambil menikmati minuman dibawah payung.

Oh! Alangkah indahnya. Pernah juga Acul baca di Blog yang menceritakan tempat-tempat menarik di Busan. Kadangkala geram juga melihat keindahan tempat-tempat yang ditunjukkan.

bergambar di busan korea selatan bercuti ke busan korea selatan

Sebagai seseorang yang minat dalam bidang fotografi, melancong ke Busan pasti akan digunakan dengan sebaik mungkin untuk merakam tempat yang indah, masyarakat korea, panorama keindahan pantai dan tempat-tempat bersejarah di Busan. Jika sebelum ini Acul hanya mampu melihat gambar dari Google sahaja.

budaya masyarakat busan korea selatan

Seperti negara Malaysia, Korea juga merupakan negara yang kaya dengan budaya. Jika ke Busan Korea Selatan, inilah masanya untuk Acul belajar budaya mereka. Memang kita boleh belajar budaya mereka dengan membaca di buku tetapi adalah lebih menarik kalau kita ke negara mereka dan pelajarinya disana. Tak kenal maka tak cinta bukan?

Samgomu Ogomu dance in busan south korea

Di dalam masyarakat Korea secara umumnya sangat menitik berat terhadap penjagaan Kebudayaan dan Kesenian dari nenek moyang. Terbaca di sebuah Blog, jika ke Busan di sekitar kawasan pelancongan Yongdusan Park ada pertunjukan kebudayaan dan kesenian seperti Tarian Samgomu Ogomu iaitu tarian dengan pakaian tradisional khas Korea menari-nari sambil memukul drum.

Selain dari itu, Acul juga boleh menikmati Tarian Tradisional Korea yang lain seperi Tarian Buchaechum. Tarian ini penarinya membawa kipas besar dan kostumnya yang sangat menarik. Tarian ini juga sangat popular di Busan. Oh ya, mungkin jika ke Busan Korea Selatan ini juga Acul berpeluang untuk belajar bahasa Korea. Jangan terkejut kalau nanti Acul boleh bertutur dalam bahasa Korea.

Makanan Masyarakat Busan Korea Selatan

halal food in busan korea

Alangkah ruginya jika ke Busan Korea Selatan ini Acul tidak mencuba makanan masyarakat disini. Kalau nak di ikutkan memang banyak makanan yang popular di Busan ni dan tak salah jika nak mencuba makanan yang ada disini.

Tapi dalam pemilihan makanan Acul perlu berhati-hati mencari makanan yang halal. Dari apa yang Acul baca di dalam Blog dan Majalah Libur di sana terdapat banyak restoran dan gerai yang menjual makanan halal. Jadi Acul tak perlu risau untuk mencari makanan halal disana.

Membeli Belah Di Busan Korea Selatan

shopping at busan

Tidak lengkap rasanya jika tidak membeli belah sekiranya melancong di Busan Korea Selatan. Jika berpeluang ke Busan sudah semestinya Acul akan ambil peluang ini untuk singgah sebentar di pusat membeli belah membeli cenderamata untuk rakan-rakan di Malaysia. Pasti mereka akan terharu dengan cenderamata yang dibeli khas dari Busan Korea Selatan.

Selain dari cenderamata, Acul juga boleh membeli T-Shirt dan Freeze Magnet sebagai kenang-kenangan. Bukan mudah nak kesini. Mungkin sekali dalam seumur hidup.

_________

Jadi diatas antara sebab kenapa Acul nak melancong ke Busan Korea Selatan dan Acul percaya ada diantara korang juga yang nak melancong ke sana bukan? Kalau ada rezeki untuk kesana memang Acul tak akan lepaskan peluang-pelung diatas. Yelah kan Bukannya senang untuk kesana. Lagi-lagi kalau ditaja sepenuhnya.

Semoga impian Acul untuk melancong ke sana tercapai. Bukan setakat Busan Korea Selatan sahaja tetapi Acul nak melancong ke seluruh negara. Semoga impian yang besar ini tercapai. Amin.

_________

Topik ini ditulis untuk Cabaran Winter in Busan oleh Blooggers dan Majalah Libur dengan penampilan istimewa TRIP ke Busan bersama Man Raja Lawak.

Semoga hajat untuk ke Busan tercapai. Terima Kasih Blooggers dan Majalah Libur.

Mengenai Penulis

Mula menulis blog sejak dari tahun 2015 sehingga kini, Mohd Rasul merupakan front end web designer dan blogger sepenuh masa yang berasal dari Shah Alam, Selangor. Sehingga kini saya telah menghasilkan pelbagai jenis laman web untuk pelanggan-pelanggan saya dan mempunyai lebih 5 tahun pengalaman didalam bidang ini. Anda boleh lihat Portfolio saya jika anda berminat untuk mengetaui lebih lanjut mengenai perkhidmatan saya.

0 komen pembaca

Tiada komen lagi. Jadi yang pertama komen artikel ini.

Buat Komen

Nota: Alamat e-mel anda tidak akan dikongsi oleh pihak ketiga. Ruang bertanda * adalah wajib diisi.

CommentLuv badge

Lagi Artikel Menarik