Travel

Hotel Review: Starcity Hotel Alor Setar Kedah

Oleh Mohd Rasul

Starcity Hotel terletak di pusat bandar Alor Setar Kedah dan hotel ini amat berdekatan dengan Menara Alor Setar. Lokasi Star City Hotel sangat mudah untuk diakses dan terletak secara strategik di tengah-tengah bandar Alor Star.

Starcity Hotel Alor Setar Kedah

Hotel ini juga berdekatan dengan kawasan komersial di sepanjang Jalan Putra dan dikelilingi oleh kawasan kejiranan beserta restoran, pusat penjagaan kesihatan, hotel, kompleks membeli-belah dan lot kedai komersial.

Bilik Studio Di Starcity Hotel Alor Setar Kedah

Bilik Studio Di Starcity Hotel Alor Setar Kedah

Starcity Hotel Alor Setar Kedah ini mempunyai 98 jenis bilik Deluxe dan juga Suites untuk pilihan pengunjung yang ke hotel ini. Antara yang menjadi pilihan pengunjung ke hotel ini adalah bilik jenis Studio.

Bilik yang agak besar ini mempunyai satu katil bersaiz Queen, kemudahan membuat kopi mahupun teh, peti ais mini, pengering rambut, seterika dan papan, LEC TV dan juga wifi.

Bilik ini juga dipenuhi dengan cermin dan juga tingkap-tingkap yang luas bagi menggalakkan cahaya yang banyak untuk menerangi bilik di waktu pagi dan juga kerlipan bintang dan lampu-lampu jalanan pada waktu malam.

Kemudahan Lain Di Starcity Hotel Alor Setar Kedah

bilik seminar Starcity Hotel

Selain dari kemudahan bilik yang selesa dan sangat bersih, hotel ini juga mempunyai bilik-bilik yang sesuai untuk mesyuarat dan juga seminar yang luas.

Selain itu bilangan parking yang mencukupi, 24 jam pengawasan sekuriti dan CCTV, perkhidmatan cucian laundry, dan juga dewan untuk majlis perkahwinan dengan harga yang berpatutan.

Dengan berjalan kaki sahaja, korang boleh menikmati pemandangan di Menara Alor Setar. Pada hujung minggu akan ada pasar malam untuk anda berjalan-jalan sekitar Alor Setar.

Bagi korang yang nak ke sini, korang boleh datang melalui alamat dibawah atau bagi yang nak buat tempahan boleh terus membuat tempahan di laman web rasmi Starcity Hotel Alor Setar atau korang juga boleh buat tempahan dengan menggunakan laman web online seperti Agoda, Trivago, Booking.com dan sebagainya.

Starcity Hotel
No. 88, Jalan Pintu Sepuluh, 05100 Alor Star, Kedah, Malaysia.
Phone: +604 7355888 Fax: +604 7355999
Email: sales@starcity.com.my
Website: Starcity Hotel Alor Setar Kedah

Mengenai Penulis

Mula menulis blog sejak dari tahun 2015 sehingga kini, Mohd Rasul merupakan front end web designer dan blogger sepenuh masa yang berasal dari Shah Alam, Selangor. Sehingga kini saya telah menghasilkan pelbagai jenis laman web untuk pelanggan-pelanggan saya dan mempunyai lebih 5 tahun pengalaman didalam bidang ini. Anda boleh lihat Portfolio saya jika anda berminat untuk mengetaui lebih lanjut mengenai perkhidmatan saya.

2 komen pembaca

  1. Okay, menarik.

    Nanti kalau gi Penang. Boleh singgah Kedah.

    So mudah lah urusan kat sana.

    Review terbaikkk !

    • Mohd Rasul
      Mohd Rasul

      boleh2 🙂

Buat Komen

Nota: Alamat e-mel anda tidak akan dikongsi oleh pihak ketiga. Ruang bertanda * adalah wajib diisi.

CommentLuv badge

Lagi Artikel Menarik