Travel

Hotel Review: Park Avenue Hotel Sungai Petani Kedah

Oleh Mohd Rasul

Park Avenue Hotel Kedah merupakan salah satu hotel di daerah Sungai Petani, Kedah. Hotel dibawah naungan UG Hotel Property Sdn. Bhd. ni hanyalah 10 minit sahaja dari Stesen Keretapi Sungai Petani dan Penang International Airport.

Dengan kapasiti yang boleh menampung 205 bilangan bilik dan suites, pastinya dapat memenuhi keperluan dan juga keselesaan buat pelancong dan juga yang datang atas dasar perniagaan.

Penginapan Di Park Avenue Hotel Kedah

Park Avenue Hotel Kedah

Park Avenue Hotel Kedah menawarkan pelbagai jenis bilik untuk pengunjung yang diantaranya adalah bilik Superior Deluxe. Satu katil Queen saiz, tab mandi, wifi internet, bahagian kaunter kecil dilengkapi dengan bar mini dan pembancuh kopi / teh, beserta kemudahan seterika dan peti deposit keselamatan juga disediakan.

bilik Superior Deluxe Park Avenue Hotel Kedah

Dalam bilik juga ada disediakan TV flat screen dan Acul sarankan korang bawa extra extension plug kerana plug point hanya ada satu sahaja disebelah TV. Extra extension plug amat berguna kalau korang berkunjung ke mana-mana tempat penginapan.

Ni memang Acul selalu bawa kalau nak pergi ke mana-mana hotel sebab banyak juga nak dicas macam hp, kamera, gopro dan sebagainya. Jadi kalau ada extra extension plug memang berguna.

Kemudahan Lain

bilik seminar Park Avenue Hotel Kedah dewan majlis kahwin Park Avenue Hotel Kedah

Selain dari menawarkan penginapan yang selesa, hotel ini juga menyediakan kolam renang untuk seisi keluarga beriadah, bilik-bilik seminar dan juga Spa & Massage buat mereka yang inginkan sedikit masa untuk rehat dan memanjakan diri masing-masing.

Ada juga dewan untuk mereka yang ingin membuat majlis perkahwinan di Park Avenue Hotel Sungai Petani Kedah.

Nak lagi best, dekat sebelah Park Avenue Hotel ni ada satu pusat bowling besar yang dipanggil Pusat Bowling Sejati. Haaa.. agak-agak kalau tak tahu nak buat apa malam-malam, boleh lah ajak family mahupun teman untuk meluangkan masa berbowling di bangunan sebelah.

Untuk kesini korang boleh terus ke alamat dibawah atau anda boleh buat tempahan bilik melalui Agoda, Booking.com, Trivago atau laman web tempahan online hotel yang lain.

Park Avenue Hotel
E-1 Jalan Indah Dua, Taman Sejati Indah,
08000 Sungai Petani, Kedah, Malaysia.
Tel : 04-431 7777 Fax : 04-431 8777
Email: general@parkavenue.com.my

Untuk makluman lanjut boleh ke laman web rasmi Park Avenue Hotel.

Mengenai Penulis

Mula menulis blog sejak dari tahun 2015 sehingga kini, Mohd Rasul merupakan front end web designer dan blogger sepenuh masa yang berasal dari Shah Alam, Selangor. Sehingga kini saya telah menghasilkan pelbagai jenis laman web untuk pelanggan-pelanggan saya dan mempunyai lebih 5 tahun pengalaman didalam bidang ini. Anda boleh lihat Portfolio saya jika anda berminat untuk mengetaui lebih lanjut mengenai perkhidmatan saya.

0 komen pembaca

Tiada komen lagi. Jadi yang pertama komen artikel ini.

Buat Komen

Nota: Alamat e-mel anda tidak akan dikongsi oleh pihak ketiga. Ruang bertanda * adalah wajib diisi.

CommentLuv badge

Lagi Artikel Menarik