Travel

Asam Pedas Melaka Che Ad Memang Power

Oleh Mohd Rasul

Asam Pedas Melaka merupakan masakan yang popular di Negeri Melaka dan ada yang sanggup ke Negeri Melaka semata-mata untuk merasa Asam Pedas asli.

Untuk pengetahuan, Acul bukanlah penggemar masakan Asam Pedas dan kalau korang nak tahu, Acul sebenarnya lebih gemar makan masakan masak lemak cili padi yang merupakan masakan popular oleh masyarakat Negeri Sembilan kerana kampung Acul di Negeri Sembilan.

Bukan penggemar bukan bermaksud Acul langsung tak pernah mencuba makan masakan Asam Pedas ni. Pernah je Acul makan tapi belum pernah lagi rasa yang betul-betul power sebelum-sebelum ini.

Baru-baru ni ketika menyertai siri Kembara Cuti-Cuti 1Malaysia ke Negeri Melaka, Acul berpeluang untuk merasa masakan Asam Pedas yang memang power, cukup rasa dan membuatkan Acul nak tambah 2 kali. Ikutkan pada hari pertama Acul dan rakan-rakan media dah dihidangkan dengan masakan Asam Pedas ni tapi tidaklah sepower masakan oleh Che Ad.

Masakan Asam Pedas Melaka Che Ad

masakan asam pedas che ad power

Che Ad yang juga merupakan pengusaha Homestay, Homestay Che Ad yang terletak di Kampung Pulai, Merlimau Melaka. Che Ad adalah seorang yang peramah dan gemar berpantun. Kedatangan Acul dan rakan-rakan media disambut mesra oleh Che Ad dan ketika makan tengah hari di restoran kepunyaan Che Ad memang riuh rendah dengan pantun daripada Che Ad yang sentiasa mencuit hati kami semua.

Ketika mula-mula sampai ke sini untuk makan tengah hari selepas tengok pembuatan kompang, hati Acul berkata Asam Pedas lagi. Tapi asam pedas kali ni kelihatan agak pekat kuahnya dan terdapat juga gulai ayam yang juga merupakan kegemaran Acul. Bila waktu makan memang terasa Asam Pedas yang secukup rasa. Memang sedap dan memang power!!!

Resepi Asam Pedas Melaka Che Ad

demo masakan asam pedas melaka oleh che ad

Selesai sahaja makan tengah hari Acul dan rakan media diajak untuk melihat demo masakan Asam Pedas Melaka Che Ad. Ternyata Che Ad tidak kedekut untuk berkongsi resepi beliau.

Che Ad juga ada menjual pes Asam Pedas Melaka segera bagi mereka yang ingin memasak Asam Pedas ini.

asam pedas melaka che ad

Bahan-Bahan :

2 camca Minyak Masak
5 keping Ikan Tenggiri
100gram Bendi
500ml Air Asam Jawa
5 helai Daun Limau Purut
20 biji Cili Kering
8 biji Bawang Merah
3 biji Bawang Putih
3cm Halia
1cm Kunyit Hidup
2 batang Serai
Garam secukup rasa

Cara memasak :

  1. Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan yang dikisar halus sehingga garing.
  2. Kemudian masukkan serai yang dititik dan masak lagi buat seketika.
  3. Masukkan Ikan bersama Air Asam Jawa.
  4. Apabila telah mendidih, masukkan pula daun limau purut dan garam.

Bagi yang berminat untuk mencuba Asam Pedas Melaka Che Ad ini bolehlah datang ke alamat dibawah dan cuba sendiri Asam Pedas beliau. Korang pasti setuju dengn pendapat Acul.

Homestay Che Ad
5395, Km 16, Kg Pulai, 77300, Merlimau, Melaka.
Tel : 017- 683 2162/ 014- 713 2168

Mengenai Penulis

Mula menulis blog sejak dari tahun 2015 sehingga kini, Mohd Rasul merupakan front end web designer dan blogger sepenuh masa yang berasal dari Shah Alam, Selangor. Sehingga kini saya telah menghasilkan pelbagai jenis laman web untuk pelanggan-pelanggan saya dan mempunyai lebih 5 tahun pengalaman didalam bidang ini. Anda boleh lihat Portfolio saya jika anda berminat untuk mengetaui lebih lanjut mengenai perkhidmatan saya.

0 komen pembaca

Tiada komen lagi. Jadi yang pertama komen artikel ini.

Buat Komen

Nota: Alamat e-mel anda tidak akan dikongsi oleh pihak ketiga. Ruang bertanda * adalah wajib diisi.

CommentLuv badge

Lagi Artikel Menarik