Teknologi

6 Sebab Kenapa Blog Lambat Loading Perlu Korang Tahu

Oleh Mohd Rasul

Blog lambat loading? Persoalan ni memang akan sentiasa menghantui Blogger tak kira Blogger baru ataupun lama. Siapa yang tak bengang kalau blog yang dimiliki lambat loading dan berat.

Masalah blog lambat loading ni sedikit sebanyak akan mempengaruhi prestasi blog dimana rata-rata pembaca tak suka kalau sesuatu blog tu lambat loading. Lagi-lagi dizaman kemajuan teknologi hari ini, semuanya perlu cepat.

6 Sebab Kenapa Blog Lambat Loading

6 Sebab Kenapa Blog Lambat Loading

Disini Acul nak kongsikan 6 sebab kenapa blog lambat loading yang perlu korang ambil tahu. Lagi-lagi kalau korang pengguna platform WordPress. 6 sebab yang Acul cuba kongsikan ni adalah berdasarkan pengalaman Acul dalam industri pembinaan laman web.

1. Hosting

Hosting biasanya digunakan oleh Blogger yang menggunakan platform WordPress “selfhost”. Pemilihan hosting adalah penentu prestasi sesebuah blog tersebut dimana Blogger perlu bijak memilih hosting yang mempunyai data pemindahan laju dan berpengkalan di Malaysia.

Jika boleh, elakkan dari menggunakan hosting dari luar negara jika korang hanya nak tumpu di dalam Malaysia. Ini kerana pembaca blog korang hanya dari Malaysia atau negara yang berdekatan sahaja jadi pilih sahaja hosting yang berpengkalan di dalam Malaysia. Melainkan kalau korang nak guna Content Delivery Network (CDN) yang mampu memberikan kelajuan pemindahan data yang laju di semua negara.

Macam blog Acul, Acul gunakan hosting dari GempakBox. So far pengalaman Acul menggunakan perkhidmatan dari GempakBox tak pernah lagi mengecewakan. lagi-lagi khidmat pelanggan dari Hisyam Nasir yang memang tip-top. Harga hosting pula mampu milik jadi tak membebankan.

2. Theme & Template Blog

Pemilihan theme dan template blog sememangnya mempengaruhi kelajuan sesuatu blog. Tak guna kalau design theme dan template tersebut cantik kalau ia menyebabkan blog korang loading lambat.

Sebelum korang gunakan theme dan template blog tu pastikan korang periksa dahulu prestasi theme tersebut sama ada laju ataupun lambat. Masalah ini biasanya disebabkan penggunakan script dan framework yang terlalu banyak.

Lagi best kalau gunakan theme atau template yang simple atau minimalist. Baru la blog tu laju je loading.

3. Iklan

Siapa yang tak nak jana duit dari Blog kan? Rata-rata Blogger sekarang ni ramai yang dah mula buat duit melalui blog dan dah pun mempunyai syarikat sendiri melalui blog. Tapi, iklan yang terlalu banyak boleh menyebabkan blog lambat loading. Ha… Jaga-jaga!

Pastikan blog korang tidak meletakkan iklan dari luar terlalu banyak contohnya seperti Google Adsense, Innity, Nuffnang, PopCash dan sebagainya. Cukuplah sekadar 2 iklan dari luar. Jangan tamak sangat. Kalau iklan yang di host dari blog korang tu tak apa, ia tak mempengaruhi sangat prestasi blog.

4. Widget

Fungsi widget sekarang ni banyak membantu meningkatkan prestasi sesebuah blog kerana setiap widget mempunyai kelebihannya tersendiri dan dapat membantu meningkatkan lagi fungsi blog. Namun, penggunaan widget yang terlalu banyak boleh menyebabkan blog lambat loading. Lagi-lagi jika widget tersebut adalah dari laman web lain.

Antara widget yang banyak digunakan oleh pemilik blog adalah seperti widget Facebook, Twitter, Instagram, Google Plus, Pinterest dan banyak lagi. Blog yang mempunyai loading yang pantas adalah blog yang kurang menggunakan widget dari luar.

5. Script & Plugin

Bagi pengguna blog platform WordPress, penggunaan plugin adalah perkara biasa kerana plugin banyak membantu meningkatkan fungsi di dalam blog, namun penggunaan plugin yang terlalu banyak boleh menyebabkan blog lambat loading kerana browser perlu membaca terlalu banyak script sebelum dipaparkan kepada pelawat.

Pemilik blog perlu meminimumkan pengguna plugin pada blog. Guna yang betul-betul penting sahaja. Elakkan terlalu banyak menggunakan plugin yang menggunakan javascript dan script lagi laman web lain.

6. Saiz Gambar

Rata-rata blog menggunakan gambar sebagai bahan penyampaian dan blog yang tidak mempunyai gambar adalah bosan untuk dibaca kerana tidak dapat menyampaikan apa yang diceritakan dengan lebih jelas. Tapi awas! Gambar yang terlalu banyak boleh menyebabkan blog lambat loading lebih-lebih lagi jika size gambar tersebut terlalu besar.

Ramai dikalangan blogger yang terlepas pandang dengan persoalan saiz gambar ini. Kebanyakkannya terus upload gambar dari kamera tanpa melihat terlebih dahulu saiz gambar tersebut atau menggunakan software untuk kecilkan saiz gambar. Saiz yang melebihi 300KB adalah sudah terlalu besar apatah lagi gambar yang diupload terus dari kamera yang bersaiz 1MB ke atas.

____

Secara kesimpulannya, prestasi sesuatu blog itu banyak dipengaruhi oleh penggunaan hosting yang bagus dan penggunaan widget dan plugin yang minima. Blog yang ringan amat digemari oleh pembaca kerana tidak perlu menunggu masa yang lama untuk loading.

Selain itu juga penggunaan saiz gambar yang sesuai juga amat mempengaruhi prestasi blog selain ia dapat menjimatkan data internet pembaca. Jadilah pemilik blog yang bijak untuk keselesaan pembaca blog korang.

Mengenai Penulis

Mula menulis blog sejak dari tahun 2015 sehingga kini, Mohd Rasul merupakan front end web designer dan blogger sepenuh masa yang berasal dari Shah Alam, Selangor. Sehingga kini saya telah menghasilkan pelbagai jenis laman web untuk pelanggan-pelanggan saya dan mempunyai lebih 5 tahun pengalaman didalam bidang ini. Anda boleh lihat Portfolio saya jika anda berminat untuk mengetaui lebih lanjut mengenai perkhidmatan saya.

2 komen pembaca

  1. good info,baru tahu,banyak nak kena belajar ni,blog dah lama tapi masih blur,tq acul

    • Mohd Rasul
      Mohd Rasul

      Hehe… Biasa la tu. Acul ni pun byk lg nk kene bljr 🙂

Buat Komen

Nota: Alamat e-mel anda tidak akan dikongsi oleh pihak ketiga. Ruang bertanda * adalah wajib diisi.

CommentLuv badge

Lagi Artikel Menarik