Teknologi

Panduan Mudah Cara Pasang Google Analytics Dalam Blog

Oleh Mohd Rasul

Cara Pasang Google Analytics – Google Analytics merupakan tools percuma yang disediakan oleh Google untuk pemilik laman web atau blogger (webmaster) bagi mendapatkan statistik laman web mereka supaya memudahkan lagi pemilik atau blogger membuat analisa dan menambah baik laman web menjadi lebih baik.

Dengan mengaktifkan Google Analytics ini pemilik laman web dapat menggunakan semua fungsi dan kelebihan yang disediakan oleh pihak Google seperti maklumat terkini pengunjung laman web atau blog mereka, umur pengunjung, jantina, lokasi dan sebagainya. Pemilik juga boleh membuat analisa dengan lebih baik untuk meningkat lagi prestasi laman web atau blog melalui carian keyword.

Cara Pasang Google Analytics Dalam Blog

Bagi yang belum pasang lagi Google Analytics atau tak tahu cara nak pasang, jangan risau. Acul akan ajar korang cara pasang Google Analytics ni ke dalam blog korang dengan langkah-langkah yang mudah.

Langkah 1

daftar akaun google analytics

Pergi ke halaman Google Analytics untuk daftar akaun korang. Korang hanya perlu login dengan menggunakan akaun Google korang untuk aktifkan akaun Google Analytics ni.

Langkah 2

cara daftar akaun google analytics

Masukkan maklumat-maklumat berkaitan laman web korang. Pasti korang isi dengan betul. Selesai isi, KLIK pada button Get Tracking ID untuk dapatkan kod tracking Google Analytics ni. Lepas tu nanti ada keluar window Terms and Service Agreement. Kalau korang rajin boleh baca sampai habis term ni. Kalau malas klik je Accept hehe…

Langkah 3

tracking id google analytics

Seterusnya korang akan dibawa ke halaman Tracking Code. Kat sini korang perlu Copy semua Tracking Code yang diberikan. Kod ni yang perlu korang masukan dalam theme korang nanti.

Pengguna WordPress

cara pasang google analytics dalam blog

Untuk pasang ke dalam blog jenis WordPress, korang perlu login ke dalam Dashboard dan pergi ke bahagian Appearance –> Editor. Kemudian cari Theme Header (Header.php). Masukkan Tracking Code tadi sebelum tag </head> kemudian klik button Update.

Pengguna Blogspot

cara pasang google analytics dalam blogspot

Bagi pengguna Blogspot, korang perlu ke bahagian layout dan klik pada button + Add Gadget dan pilih HTML/JavaScript untuk masukan Tracking Code.

Biasanya Google Analytics memerlukan tempoh masa 24 jam untuk aktif. Jadi korang boleh periksa laporan mengenai blog korang esok.
___

Acul harap dengan panduan mudah ni korang dapat pasang sendiri Google Analytics dalam blog korang tanpa bantuan orang lain dan tingkatkan lagi prestasi blog korang ke tahap yang lebih baik dari masa ke semasa.

Jika korang ada sebarang pertanyaan jangan segan-segan untuk bertanya pada Acul di ruangan komen ya 🙂

Mengenai Penulis

Mula menulis blog sejak dari tahun 2015 sehingga kini, Mohd Rasul merupakan front end web designer dan blogger sepenuh masa yang berasal dari Shah Alam, Selangor. Sehingga kini saya telah menghasilkan pelbagai jenis laman web untuk pelanggan-pelanggan saya dan mempunyai lebih 5 tahun pengalaman didalam bidang ini. Anda boleh lihat Portfolio saya jika anda berminat untuk mengetaui lebih lanjut mengenai perkhidmatan saya.

6 komen pembaca

    • Mohd Rasul
      Mohd Rasul

      hehe bagus la kalau dah pasang 🙂

    • Mohd Rasul
      Mohd Rasul

      sama2. semoga membantu 🙂

    • Mohd Rasul
      Mohd Rasul

      sama2 bro 🙂

Buat Komen

Nota: Alamat e-mel anda tidak akan dikongsi oleh pihak ketiga. Ruang bertanda * adalah wajib diisi.

CommentLuv badge

Lagi Artikel Menarik