Teknologi

Panduan Buat Gravatar Untuk Pengguna WordPress

Oleh Mohd Rasul

Jika anda mempunyai blog yang menggunakan platform WordPress pastikan anda mempunyai akaun Gravatar dimana akaun ini berfungsi untuk mempamerkan gambar profile atau avatar anda di ruangan komen pada artikel dengan menggunakan email.

Acul perasan ramai pengguna WordPress yang masih belum mendaftar email mereka dengan akaun Gravatar dan ini menyebabkan gambar profile anda tidak dipaparkan pada bahagian komen. Mesti ada yang tertanya-tanya mengapa gambar tidak dipaparkan? Ini kerana anda tidak berdaftar dengan Gravatar!

Bagaimana Gravatar Berfungsi?

gravatar

Gravatar berfungsi dengan padanan email yang anda gunakan pada ruangan komen pada blog yang menggunakan platform WordPress. Gravatar akan ditetapkan dengan gambar yang di upload di akaun Gravatar dan boleh digunakan pada mana-mana blog yang menggunakan platform WordPress dan bukan terhad kepada bahagian komen sahaja.

Bagi pengguna Blogspot, anda juga boleh daftarkan email anda pada akaun Gravatar sekiranya ingin gambar anda dipaparkan pada ruangan komen pada blog yang menggunakan platform WordPress. Jadi tak ada la nampak misteri sangat si tukang komen kan? hehe…

Panduan Buat Gravatar

Untuk kali ni Acul nak tunjukkan kepada anda bagaimana nak buat akaun Gravatar ni. Apa yang anda perlukan adalah alamat email dan gambar yang sesuai.

Panduan Buat Gravatar Untuk Pengguna WordPress

Untuk mendaftar email anda, anda perlu ke laman web rasmi Gravatar dan KLIK pada button Create Your Own Gravatar.

daftar akaun gravatar

Selepas itu anda akan diminta untuk isi maklumat akaun seperti alamat email, username dan password. Anda juga boleh login dengan menggunakan akaun WordPress.com jika ada.

Setelah selesai proses pengisian pihak Gravatar akan hantar email pengesahan pada email anda. Anda perlu sahkan pendaftar yang dihantar untuk aktifkan akaun anda.

Jika email pengesahan tiada dalam inbox email anda, sila periksa pada bahagian SPAM. Takut-takut termasuk dalam situ pula.

Selesai sahaja proses pengaktifan, anda perlu login dengan username atau email dan password yang anda isi tadi ketika mendaftar.

upload gambar pada gravatar

Kemudian, KLIK pada link Add one by clicking here! untuk upload gambar anda yang cantik dan hensem tu.

upload gambar gravatar

Pada bahagian ini, anda boleh buat 4 pilihan untuk upload gambar. Macam Acul, Acul gunakan Upload New sahaja sebab gambar tu dalam PC. Kalau anda nak gunakan gambar yang ada dalam facebook anda boleh klik pada icon From URL dan masukkan link gambar anda dari facebook.

rate gravatar image

Selesai je proses upload, anda perlu pilih rating gambar anda. Sila pilih rated G ya untuk pastikan gambar anda dipaparkan pada semua laman web. Jangan gatal tangan nak pilih rating yang lain pula.

Ok! Selesai dah proses buat gambar untuk akaun Gravatar. Anda juga boleh daftarkan email-email lain milik anda dan tetapkan gambar yang sesuai untuk email tersebut. Prosesnya mudah jer!

Lepas ni kalau nak komen artikel pada blog yang menggunakan WordPress, anda boleh gunakan email yang didaftar tadi untuk paperkan gambar anda.

Ok selamat mencuba 🙂

Mengenai Penulis

Mula menulis blog sejak dari tahun 2015 sehingga kini, Mohd Rasul merupakan front end web designer dan blogger sepenuh masa yang berasal dari Shah Alam, Selangor. Sehingga kini saya telah menghasilkan pelbagai jenis laman web untuk pelanggan-pelanggan saya dan mempunyai lebih 5 tahun pengalaman didalam bidang ini. Anda boleh lihat Portfolio saya jika anda berminat untuk mengetaui lebih lanjut mengenai perkhidmatan saya.

0 komen pembaca

Tiada komen lagi. Jadi yang pertama komen artikel ini.

Buat Komen

Nota: Alamat e-mel anda tidak akan dikongsi oleh pihak ketiga. Ruang bertanda * adalah wajib diisi.

CommentLuv badge

Lagi Artikel Menarik