Teknologi

6 Sebab Kenapa Bateri Handphone Cepat Habis

Oleh Mohd Rasul

Bateri handphone anda cepat habis? Situasi kehabisan bateri telefon bimbit boleh menjadi sesuatu yang sangat mencemaskan. Boleh dikatakan setiap individu pasti mula menggelabah jika melihat telefon bimbitnya sudah mengeluarkan tanda amaran berwarna merah.

Rasanya macam baru sahaja dicas tetapi kenapa tiba-tiba bateri telefon ni dah nak mati? Lagi parah kalau waktu tu ada kecemasan atau memang perlu gunakan telefon dan lagi buat anda menggelabah jika tidak ada powerbank atau diluar rumah. Mana nak cari charger untuk cas telefon.

Kenapa Bateri Handphone Cepat Habis

6 Sebab Kenapa Bateri Handphone Cepat Habis

Kali ni, Acul nak kongsikan rahsia yang selama ini mungkin selalu mengganggu fikiran anda. Berikut merupakan 6 sebab kenapa bateri handphone selalu cepat habis atau bahasa lainnya bateri cepat kong.

Kenapa Bateri Handphone Cepat Habis? Ini 6 sebab-sebabnya:

1. Cas Bateri Handphone sehingga 100%

Para penyelidik mencadangkan bahawa jangka hayat bateri yang ideal adalah di antara 30% hingga 80%. Jika bateri berada di bawah paras 30%, ia adalah tidak sesuai untuk kondisi telefon bimbit anda.

2. Tidak Cas Bateri Sehingga Telefon Mati

Setiap kali anda membiarkan telefon bimbit yang tidak dicas off sendiri, anda sebenarnya mengundang kerosakan pada bateri telefon bimbit tersebut. Jadi, apabila melihat bateri anda hanya tinggal 10%, cepat-cepatlah cari charger untuk mengecasnya.

3. Overheating

Ini mungkin tidak terjadi kepada semua tetapi apabila telefon bimbit anda di dalam keadaan overheat, ia sangat berisiko tinggi untuk menyebabkan bateri telefon anda rosak.

Bagi pengguna iPhone, mereka akan diberi amaran jika telefon bimbit tersebut berada dalam keadaan overheat dan segeralah mencari jalan keluar untuk meredakan kepanasan itu.

4. Gunakan Pengecas Wireless

Terlalu bergantung kepada pengecas wireless juga dapat membuatkan bateri telefon anda rosak. Fungsi pengecas wireless ini sama sekali berbeza dengan pengecas yang dipasang pada kabel.

5. Cas Bersama Case Handphone

Jika handphone anda berasa panas yang luar biasa selepas dicas, apa kata selepas ini jika hendak mengecas telefon, cuba untuk tanggalkan case telefon terlebih dahulu sebelum dicas. Case telefon dapat memerangkap haba tambahan yang boleh merosakkan telefon bateri anda.

6. Overcharging

Jika anda menggunakan produk Apple yang original mungkin anda selamat, tetapi sekiranya menggunakan pengecas tiruan, maka risiko untuk overcharging akan berlaku jika anda tidak memerhatikan peratusan bateri tersebut.

Silap-silap telefon boleh meletup. Jadi elakkan beli pengecas bateri yang tiruan.

___

Jadi itu 6 sebab kenapa bateri handphone anda cepat habis. Semoga bermanfaat 🙂

Mengenai Penulis

Mula menulis blog sejak dari tahun 2015 sehingga kini, Mohd Rasul merupakan front end web designer dan blogger sepenuh masa yang berasal dari Shah Alam, Selangor. Sehingga kini saya telah menghasilkan pelbagai jenis laman web untuk pelanggan-pelanggan saya dan mempunyai lebih 5 tahun pengalaman didalam bidang ini. Anda boleh lihat Portfolio saya jika anda berminat untuk mengetaui lebih lanjut mengenai perkhidmatan saya.

5 komen pembaca

    • Mohd Rasul
      Mohd Rasul

      yep betul tu 🙂

  1. Elakkan perkara ini termasuk sleepkan apps yang drain battery

    • Mohd Rasul
      Mohd Rasul

      yep betul tu. tapi apa2 hal memang kene sentiasa bawa powerbank kalau nak pergi mana2. tu la penyelamat 😀

Buat Komen

Nota: Alamat e-mel anda tidak akan dikongsi oleh pihak ketiga. Ruang bertanda * adalah wajib diisi.

CommentLuv badge

Lagi Artikel Menarik