Teknologi

Tips Bagaimana Menjadi Blogger Yang Berkualiti

Oleh Mohd Rasul

Blogger Yang Berkualiti | Ramai antara Blogger-Blogger diluar sana yang mengidam untuk menjadi seorang Blogger yang berpengaruh namun harus di ingatkan Blogger juga perlu menitik berat aspek kualiti. Mungkin ramai Blogger yang mengambil remeh mengenai perkara ini tetapi korang perlu ingat Blog yang berkualiti amat digemari oleh pihak syarikat pengiklanan dan juga pengunjung.

Blog yang berkualiti ini merangkumi pelbagai aspek yang diantaranya adalah melalui segi penulisan, kekemasan Blog, kualiti gambar dan banyak lagi. Blog yang disusun dengan baik, kemas dan maklumat yang disampaikan tempat dan bermanfaat akan menarik perhatian pelawat untuk melawat lagi pada masa akan datang dan ini akan meningkatkan lagi kreabiliti Blog tersebut.

5 Tips Menjadi Blogger Yang Berkualiti

Bagaimana Menjadi Blogger Yang Berkualiti

Berikut adalah 5 tips yang boleh korang ikut untuk menjadi seorang Blogger yang berkualiti. Mungkin ada sesetengah Blogger ada pendapat sendiri tapi ini merupakan pendangan Acul sebagai seorang Blogger yang sudah menulis Blog sejak dari tahun 2005 lagi.

Acul juga seorang pengiklanan dimana Acul juga pernah menggunakan khidmat Blogger untuk tujuan pemasaran internet. Jadi sedikit sebanyak Acul tahu apa yang pihak pengiklanan dan pengunjung inginkan.

1. Penulisan

Penulisan amat penting dalam menentukan kualiti sesebuah Blog tersebut. Elakkan dari menulis dengan menggunakan perkataan ROJAK dan menggunakan perkataan singkat kerana ia akan menyukarkan pengunjung untuk membaca.

Selain itu juga, penulisan yang baik akan memudahkan kerja bot Google untuk membaca isi di dalam Blog korang untuk di indexkan di enjin carian Google. Penulisan yang baik dimulakan dengan pendahuluan, isi dan penutup. Adalah bonus sekiranya korang sertakan bersama gambar yang menarik untuk menarik minat pembaca membaca dan mengelak pembaca bosan membaca penulisan korang lagi-lagi penulisan korang itu panjang lebar.

2. Maklumat Yang Sahih Tepat

Ramai Blogger yang kini hanya MENGEJAR TRAFIK Blog sahaja tanpa memikirkan apa akibat daripada hasil penulisan dan perkongsian mereka di dalam Blog dan media sosial hingga terjadinya penyebaran berita palsu.

Memang kita perlu membuat tajuk yang GEMPAK untuk menarik perhatian pembaca untuk melawat Blog kita tapi jangan sampai terlalu melampau sampai menipu pembaca. Kebanyakkan Blog yang menggunakan teknik ini hanya mengejar keuntungan semata-mata tanpa mempedulikan pembacanya.

3. Kekemasan Blog

Blog yang disusun dengan kemas akan meningkatkan kreabiliti sesebuah Blog tersebut dimana pengunjung akan berasa selesa sepanjang melawat Blog tersebut. Kemas disini bukan bermaksud Blog tersebut perlu mempunyai design yang HEBAT dan GEMPAK.

Dah memadai jika iklan dan widget yang ada disusun dengan baik tanpa mengganggu pembaca untuk membaca artikel yang ditulis. Ini kadang-kadang, Acul tengok ramai Blogger yang ingin mengaut keuntungan dengan letakkan iklan pop-up melampau sehingga menutup artikel dan menyukarkan pengunjung untuk membaca isi Blog.

4. Interaksi

Sekiranya korang ingin menjadi Blogger yang berkualiti korang perlu belajar berinteraksi dengan baik dengan pengunjung. Bagaimana nak berinteraksi dengan baik? Korang perlu mesra dengan pembaca. Layan mereka dengan baik sebagai tanda penghargaan kerana mereka sudi melawat Blog korang. Jika terdapat komen daripada mereka, cuba balas dan sekiranya mereka bertanyakan soalan cuba jawab dengan jawapan yang baik.

Blogger yang sentiasa berinteraksi dengan pembacanya akan meningkatkan kreabilitnya dan ini amat disukai oleh pengunjung. Selain dari itu, ia juga amat digemari oleh pengiklanan kerana secara tidak langsung korang bertindak sebagai duta atau orang ketika buat mereka dalam menjawab persoalan daripada pembaca.

5. Aktif Dan Rajin

Untuk menjadi seorang Blogger yang disukai ramai, adalah amat penting untuk korang aktif dan rajin dari segi kemaskini dan interaksi dengan rakan Blogger lain dan juga pelawat Blog korang. Semakin lama korang berada di dalam dunia Blogging semakin ramai rakan dan pengikut yang korang miliki. Jangan hampakan dan abaikan mereka yang menyokong korang.

Seorang Blogger yang berkualiti juga perlu mengemaskini Blog mereka sekurang-kurangnya seminggu sekali untuk memastikan Blog sentiasa aktif dan memberikan bahan maklumat yang tidak putus-putus kepada pelawat.

__________

Secara dasarnya ramai yang boleh menulis dan menghasilkan Blog tetapi tidak ramai yang mampu untuk menjadi seorang Blogger yang berkualiti. Ramai Blogger di luar sana yang hanya mementingkan diri sendiri dengan mengaut keuntungan semata-mata dengan menipu pembaca.

Biasanya Blogger-Blogger ini adalah dikalangan Blogger underground yang hanya tahu copy & paste artikel dari sumber-sumber lain dan meletakan tajuk yang agak melampau serta memasang pelbagai iklan yang kadangkala mengganggu pembaca untuk membaca apa yang ditulis.

Mengenai Penulis

Mula menulis blog sejak dari tahun 2015 sehingga kini, Mohd Rasul merupakan front end web designer dan blogger sepenuh masa yang berasal dari Shah Alam, Selangor. Sehingga kini saya telah menghasilkan pelbagai jenis laman web untuk pelanggan-pelanggan saya dan mempunyai lebih 5 tahun pengalaman didalam bidang ini. Anda boleh lihat Portfolio saya jika anda berminat untuk mengetaui lebih lanjut mengenai perkhidmatan saya.

6 komen pembaca

  1. Liz
    Liz

    nak jadi blogger yg berjaya mmg kene rajin

  2. Mohd Rasul
    Mohd Rasul

    kan… dalam apa2 perkara pun kene rajin kalau nak berjaya 🙂

  3. Bukan nak jadi senang ni kan ?

    Apapun saya masih terasa newbie walaupun dah manulis blog sejak 2009.

    Banyak blog popular saya masih ikuti dan ikut rentak penulisan mereka untuk rujukan saya.

    Terima kasih Acul atas perkongsian artikel bermanfaat ni.

    • Mohd Rasul
      Mohd Rasul

      sama2. semoga membantu 🙂

  4. zik
    zik

    Ianya bukan sesuatu yang mudah, ini kita pun baru nak series kembali..asik fokus seo jer… bosan pulak.. nak blogger yang berkualiti bukan mudah,

    • Mohd Rasul
      Mohd Rasul

      betul tu 🙂

Buat Komen

Nota: Alamat e-mel anda tidak akan dikongsi oleh pihak ketiga. Ruang bertanda * adalah wajib diisi.

CommentLuv badge

Lagi Artikel Menarik