Teknologi

WordPress: Panduan Cara Pasang Contact Form 7

Oleh Mohd Rasul

Contact Form 7 merupakan salah satu plugin-plugin wordpress untuk borang hubungi (contact form) yang popular di dunia dan banyak digunakan di laman web yang menggunakan platform wordpress. Ianya dah dipasang lebih daripada 3 juta pengguna. Acul percaya ramai diantara rakan-rakan blogger yang gunakan Contact Form 7 ni.

Kenapa plugin Contact Form 7 ni popular? Ianya mudah untuk dipasang, banyak kelebihan dan mudah untuk buat custom design. Jadi kelebihan-kelebihan ni yang menjadikan plugin ni selalu digunakan oleh pereka laman web untuk dipasang dan diletakkan pada laman web.

Kalau dulu Acul selalu guna plugin Visual Form Builder tapi sejak dah biasa guna Contact Form 7 ni jadi dah tak guna plugin Visual Form Builder. Bukannya plugin ni tak bagus, tapi untuk featured tambahan perlu dibayar setiap tahun. Malas pula bab-bab yang perlu keluar duit tahunan ni. Baik gunakan yang percuma je tapi banyak kelebihan dan mudah digunakan kan?

Cara Pasang Contact Form 7

Bagi yang belum pernah mencuba plugin ni, kat sini Acul ada sediakan cara pasang dan setting form ni untuk memudahkan korang guna. Untuk artikel akan datang, Acul akan kongsikan bagaimana nak design form ni lebih cantik ikut kesesuaian theme wordpress korang macam kat blog Acul ni.

Tapi kalau korang malas nak buat sebab design ni melibatkan coding, korang boleh upah Acul untuk buatkan hehe… Ok jom kita tengok langkah-langkah cara nak pasang plugin ni.

Langkah 1

add plugin contact form 7

Cari plugin Contact Form 7 pada bahagian Plugins –> Add New –> Add Plugins dan KLIK pada button Install Now. Kemudian aktifkan plugin ni.

Langkah 2

contact form 7 setting

Pergi ke bahagian menu dalam dashboard wordpress korang, lepas tu pergi ke bahagian Contact –> Add New. Kat sini korang perlu masukan nama form korang tu.

Kat bahagian form korang boleh letak apa-apa ruang yang korang nak letak yang dirasakan sesuai. Contohnya nak letak tambahan no telefon, lokasi atau sebagainya. KLIK je kat button yang disediakan kat situ.

add field form contact form 7

Contohnya, nak letak ruang untuk no. telefon, KLIK pada button TEL dan namakan ruang ni ikut kesesuaian. Korang boleh tandakan Required field jika ianya memerlukan pengguna internet wajib isi.

Kalau tak wajib abaikan je. Dah setel setting, tekan je Insert Tag untuk masukan dalam form.

Langkah 3

contoh tag field contact form 7

Lepas tu copy & paste je code yang sedia ada tu lepas tu gantikan dengan tag yang korang dah buat tadi untuk no. telefon. Korang boleh je nak ubah bahasa dalam form ni. Ikut kesesuaian la senang cakap atau mana-mana yang korang rasa selesa. Jangan lupa save apa yang korang dah buat.

Langkah 4

mail setting contact form 7

Ok kita masuk bahagian setting form pulak. Bahagian ni agak mencabar sikit. KLIk kat tab Mail untuk setting. Kat sini korang boleh letak email yang sesuai untuk kemasukan email dari form ni. Boleh je korang nak asing-asingkan email. Mana la tahu kan kalau korang nak buat pelbagai jenis form. Contoh macam kat blog Acul ni ada 2 jenis form.

Untuk ruang-ruang yang ada kat bahagian ni pastikan korang isi mengikut tag pada ruangan form tadi. Contoh tag [no-telefon] yang buat kat bahagian form tadi, pastikan juga diisi dengan tag [no-telefon] kat ruang message body. Kalau tak isi tag ni nanti kat email tak masuk lak no telefon yang orang isi tu.

Langkah 5

contact form 7 message setting

Ok selesai je bahagian ni korang boleh pergi ke tab ke-3 iaitu bahagian Messages. Kat sini korang boleh setting bahasa untuk mesej pada form. Kalau nak abaikan bahagian ni pun tak apa. Janji bahagian Form & Mail tu disini dengan betul. Jadi tak ada error bila korang pasang kat theme atau bila korang dapat email dari form ni.

Langkah 6

shortcode contact form 7

Lepas korang save setting nanti akan keluar shortcode bawah ruangan nama form. Copy shortcode tu dan buat page baru atau korang boleh masukkan kat bahagian widget. Kalau korang nak letakkan pada theme secara manual korang boleh gunakan kod php untuk aktifkan shortcode tu.

<?php echo do_shortcode("

"); ?>

Kod php kat atas ni korang boleh letak pada mana-mana bahagian dalam theme.

_____

Secara kesimpulannya, kalau korang belum pernah guna plugin ni baik korang pakai sekarang sebab ianya memang sangat memudahkan dan ramai dikalangan blogger dan pereka laman web menggunakan plugin ni.

Mengenai Penulis

Mula menulis blog sejak dari tahun 2015 sehingga kini, Mohd Rasul merupakan front end web designer dan blogger sepenuh masa yang berasal dari Shah Alam, Selangor. Sehingga kini saya telah menghasilkan pelbagai jenis laman web untuk pelanggan-pelanggan saya dan mempunyai lebih 5 tahun pengalaman didalam bidang ini. Anda boleh lihat Portfolio saya jika anda berminat untuk mengetaui lebih lanjut mengenai perkhidmatan saya.

1 komen pembaca

Buat Komen

Nota: Alamat e-mel anda tidak akan dikongsi oleh pihak ketiga. Ruang bertanda * adalah wajib diisi.

CommentLuv badge

Lagi Artikel Menarik