Teknologi

Cara Bayar KWSP Secara Online Buat Majikan

Oleh Mohd Rasul

Cara Bayar KWSP Secara Online | Dizaman teknologi yang serba canggih ni banyak dah perkara yang kita boleh lakukan hanya dihujung jari antaranya seperti membuat pembayaran caruman KWSP secara online yang lebih mudah dan cepat berbanding waktu dulu dimana majikan perlu ambil nombor dan beratur untuk buat pembayaran caruman KWSP.

Bermula tahun 2016 hingga sekarang, ramai yang dah mula berniaga sendiri dan ramai juga yang buat kerja sambilan dengan berniaga untuk menambah pendapatan atas desakan kos sara hidup yang semakin tinggi. Walaupun berniaga sendiri atau buat kerja sambilan, anda juga boleh buat caruman KWSP sendiri. Yela kan… KWSP ni simpanan hari tua kita.

Cara Bayar KWSP Secara Online

Bagi yang tak tahu cara bayar KWSP secara online dan masih lagi ambil nombor dan beratur untuk buat pembayaran caruman KWSP kat sini Acul nak tunjukkan cara bayar KWSP secara online yang memang mudah dan cepat.

Jadi lepas ni tak perlu la anda nak ke pejabat KWSP untuk buat pembayaran. Buat kat pejabat atau kat mana-mana je pun boleh. Lebih mudah dan cepat!

Langkah 1

laman web rasmi kwsp

Pertama sekali anda perlu ke laman web rasmi Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP) dan KLIK pada icon Login Majikan untuk log masuk ke akaun majikan.

Langkah 2

login akaun majikan KWSP

Log masuk akaun majikan dengan ID Pengguna dan Kata Laluan anda. Kalau anda belum pernah lagi aktifkan akaun KWSP online ni anda boleh cuba ke pejabat KWSP untuk bantuan pengaktifan. Sila pastikan semasa mengisi ID Pengguna tu, letakkan pangkal 0 dituruti dengan ID Pengguna.

Sebagai contoh ID pengguna anda 10000, letak pangkal 0 jadinya 010000. Acul tak paham kenapa diorang buat sistem macam ni. Agak menyusahkan juga kalau diikutkan huhu…

Langkah 3

akaun majikan kwsp

Sebelum buat pembayaran, adalah disarankan anda semak dahulu rekod pembayaran caruman KWSP sebelum-sebelum ini untuk mengelakkan tersalah pilih bulan caruman. anda boleh semak di bahagian Papar/Kemaskini Borang Dalam Simpanan pada menu di sebelah kiri.

Kat sini anda boleh lihat semua rekod pembayaran caruman KWSP anda mengikut tahun dan bulan serta status pembayaran caruman. Anda juga boleh cetak resit pembayaran caruman KWSP disini. Lepas dah buat pengesahan bulan caruman, anda boleh KLIK pada Butiran Caruman (Borang A) dan pilih kotak Hantar Borang A dan kemudian boleh terus buat pembayaran.

Langkah 4

cara bayar kwsp secara online

Di bahagian borang pembayaran ni, anda perlu pilih bulan dan tahun caruman yang nak dibayar. Pada bahagian kaedah pembayaran, anda boleh pilih Bayaran melalui FPX dimana anda boleh bayar secara online dengan menggunakan semua bank secara online. Antaranya seperti Maybank2u dan CIMB Clicks.

Kemudian, masukkan jumlah caruman yang hendak dibayar. Jika anda tak pasti jumlah bayaran caruman ni anda boleh rujuk di laman web MauKerja untuk makluman lanjut. Sebagai contoh, jika pendapatan bersih anda RM2,000 anda perlu bayar caruman RM160 untuk pekerja dan RM260 untuk majikan dengan jumlah keseluruhannya RM420.

Selepas selesai isi di bahagian bayaran ni, KLIK pada button Seterusnya.

Langkah 5

kaedah cara bayar caruman kwsp majikan

Seterusnya anda akan diberikan pilihan pembayaran sama ada pembayaran secara Retail Banking (Had Maksima RM30,000) atau Corporate Banking (Had Maksima RM1 Juta). Jika anda buat perniagaan sendiri dan kecil-kecilan anda pilih kotak Retail Banking.

Langkah 6

bayar caruman kwsp

Seterusnya anda akan dibawa ke halaman kaedah pembayaran. Kat sini anda boleh pilih jenis bank yang anda miliki. Sebagai contoh, Acul pilih CIMB Clicks. Kemudian masukkan email dan KLIK pada button Agree and Continue untuk teruskan pembayaran.

Kemudian anda akan dibawa ke laman web bank yang anda pilih. Masukkan maklumat username dan password akaun bank anda dan buat pembayaran. Semasa pembayaran selesai dibuat jangan terus tekan pangkah pada browser.

Pastikan anda ikut langkah-langkah pembayaran untuk melengkapkan pembayaran supaya pembayaran tersebut masuk ke dalam sistem KWSP.

___

Itu sahaja cara bayar KWSP secara online yang memang mudah. Acul pun sebelum ni tak mahir nak buat bayaran secara online. Ada la 2 kali ke pejabat KWSP semata-mata nak bayar caruman. Memang leceh! Nak cari parking kereta dan lepas tu nak kena ambil no giliran pula. Memang buang masa kat situ je.

Jadi dengan kaedah pembayaran caruman secara online ni sedikit sebanyak ianya membantu majikan untuk membayar caruman KWSP pekerja dengan lebih mudah dan cepat. Jadi lepas ni tak ada la alasan majikan lambat bayar caruman KWSP pekerja kan?

Hehe… Oh ya… Dengar cerita pada masa akan datang, KWSP akan mansuhkan pembayaran caruman di kaunter dan lebih menumpukan pembayaran secara online. Jadi inilah peluang untuk anda mahirkan bayar caruman secara online.

Mengenai Penulis

Mula menulis blog sejak dari tahun 2015 sehingga kini, Mohd Rasul merupakan front end web designer dan blogger sepenuh masa yang berasal dari Shah Alam, Selangor. Sehingga kini saya telah menghasilkan pelbagai jenis laman web untuk pelanggan-pelanggan saya dan mempunyai lebih 5 tahun pengalaman didalam bidang ini. Anda boleh lihat Portfolio saya jika anda berminat untuk mengetaui lebih lanjut mengenai perkhidmatan saya.

7 komen pembaca

  1. Buat online lagi mudah . Tak payah buang masa. Cuma portal goverment ni mana mana pun memang leceh sikit.

    • Mohd Rasul
      Mohd Rasul

      hehehe tau xper. kesabaran kene tinggi kalau nk bukak laman portal gov ni :p

  2. Mus
    Mus

    tak ada alasan majikan tak buat caruman kwsp kepada pekerja

    • Mohd Rasul
      Mohd Rasul

      yep betul tu 🙂

  3. ASSALAM. NAK TANYA LA, KALAU KITA BAYAR KWSP GUNA ACC PERSONAL BOLEH TAK? BUKAN GUNA ACC COMPANY?

  4. Ezwardi
    Ezwardi

    Assalam tuan,
    Menurut contoh tuan, kita bayar lumpsum RM420. Macam mana EPF tahu bahagian untuk split antara caruman majikan dan caruman pekerja?

  5. KOKWHA BUKIT
    KOKWHA BUKIT

    Bagaimana hendak membayar kwsp melalui online??

Buat Komen

Nota: Alamat e-mel anda tidak akan dikongsi oleh pihak ketiga. Ruang bertanda * adalah wajib diisi.

CommentLuv badge

Lagi Artikel Menarik