Teknologi

Panduan Cara Aktifkan Demographics Google Analytics

Oleh Mohd Rasul

Google Analytics merupakan antara salah satu fungsi yang penting pada sesebuah laman web dan juga Blog bagi mengesan pelawat yang melawat laman web dan juga Blog kita setiap hari. Setiap lawatan akan disimpan oleh Google Analytics dalam bentuk graf yang membolehkan pemilik laman web atau Blog melihat berapakah jumlah pengunjung laman web atau Blog mereka setiap hari atau mengikut tarikh yang ditetapkan.

Selain dari jumlah pelawat, pemilik laman web atau Blog juga boleh melihat berapakah jumlah paparan halaman yang dibuka dan kebanyakan syarikat pengiklanan mengambil kira jumlah halaman dibuka untuk tujuan pengiklanan dan pemilik juga boleh mengetahui sumber lawatan dan juga penggunaan keyword yang digunakan oleh pencari di halaman carian Google.

Fungsi ini amat berguna kepada pemilik laman web untuk meningkatkan lagi prestasi laman web dan Blog yang lebih mesra enjin pencarian.

Fungsi Tambahan Demographics Google Analytics

Kebanyakan pemilik hari ini hanya meletakan fungsi Google Analytics sahaja untuk mengesan pelawat tetapi tidak ramai yang menggunakan fungsi tambahan yang ada di Google Analytics iaitu Demographics Google Analytics yang membolehkan pemilik boleh mengetahui umur dan jantina pengunjung yang melawat laman web atau Blog mereka dengan lebih mudah.

Statistik ini sebenarnya penting untuk rujukan syarikat pengiklanan supaya mereka dapat mengetahui sasaran pengguna yang bersesuaian dengan produk atau perkhidmatan mereka.

Acul pasti ramai yang tak tahu bagaimana untuk memasang fungsi tambahan ini dan Acul juga pasti ramai yang sebenarnya tak tahu akan fungsi tambahan Demographics Google Analytics ini serta kepentingannya terutamanya pada syarikat pengiklanan.

Bagaimana Memasang Demographics Google Analytics?

aktifkan Demographics Google Analytics

Untuk memasang fungsi tambahan Demographics Google Analytics ini pertama sekali korang perlu login akaun Google Analytis korang, kemudian pergi ke bahagian Demographic dan pilih overview. disini korang akan dipaparkan dengan maklumat berkaitan dengan umur, jantina dan minat pelawat laman web atau Blog korang.

Fungsi tambahan ini diambil kira melalui akaun Google pelawat dimana Google Analytics akan mengesan maklumat pelawat dan maklumat tersebut akan dimasukan di dalam graf akaun korang. Maklumat ini bukanlah maklumat peribadi pelawat tetapi hanya umur, jantina dan minat sahaja.

Jika korang masih belum mengaktifkan fungsi tambahan ini, paparan adalah seperti gambar di atas. Untuk mengaktifkan fungsi ini, sila tekan button Enable dan korang akan dibawa ke halaman pengaktifan.

Setelah korang berada di dalam halaman pengaktifan, korang perlu klik pada Learn More untuk maklumat bagaimana mengaktifkan Demographics Google Analytics ini.

Dibawah adalah Tracking Code untuk Google Analytics yang korang boleh ambil untuk diletakkan dalam blog. Kod dibawah ini digunakan untuk aktifkan Demographic Google Analytics. Korang hanya perlu ubah ID analyticsUA-XXXXX-Y” dalam kod ni ke ID korang. ID analytics ni boleh dapat dari akaun Google Analytics korang.

Kod JavaScript Demographics Google Analytics

<!-- Google Analytics -->
<script>
(function(i,s,o,g,r,a,m){i['GoogleAnalyticsObject']=r;i[r]=i[r]||function(){
(i[r].q=i[r].q||[]).push(arguments)},i[r].l=1*new Date();a=s.createElement(o),
m=s.getElementsByTagName(o)[0];a.async=1;a.src=g;m.parentNode.insertBefore(a,m)
})(window,document,'script','https://www.google-analytics.com/analytics.js','ga');

ga('create', 'UA-XXXXX-Y', 'auto');
ga('send', 'pageview');
</script>
<!-- End Google Analytics -->

Pengguna WordPress

Pengguna WordPress, korang perlu masukkan kod diatas pada bahagian fail footer.php sebelum tag </head>.

Pengguna Blogspot

Pengguna Blogpost, korang korang perlu ke bahagian layout dan klik pada button + Add Gadget dan pilih HTML/JavaScript untuk masukan Tracking Code diatas.

report google analytics demographic overview

Gambar diatas adalah paparan laporan pelawat blog Acul dan dari paparan ini Acul tahu apakah peringkat umur dan jantina pelawat yang melawat Blog Acul setiap hari dan jumlah ini dapat dilihat dengan lebih jelas pada halaman Age dan Gender.

Selain dari dari umur dan jantina Acul juga boleh melihat apa yang pelawat Blog Acul minat di halaman Interest dimana dari sini Acul boleh menulis artikel berkaitan apa yang mereka minat.

Walau bagaimana pun Acul tidak pasti bahawa maklumat ini benar-benar sahih atau tidak lebih-lebih lagi maklumat berkaitan apa yang pelawat Blog Acul minat. Benar atau tidak itu perkara ke-2, asalkan Acul ada maklumat berkaitan dengan umur dan jantina pelawat dimana maklumat ini amat penting untuk Acul mendapatkan syarikat yang berminat untuk mengiklankan produk atau perkhidmatan mereka di dalam Blog Acul.

____

Sekian sahaja untuk tutorial kali ini. Inshaa Allah, Acul akan menambah lagi tutorial-tutorial yang berguna dari masa ke semasa. Selamat Mencuba!

Mengenai Penulis

Mula menulis blog sejak dari tahun 2015 sehingga kini, Mohd Rasul merupakan front end web designer dan blogger sepenuh masa yang berasal dari Shah Alam, Selangor. Sehingga kini saya telah menghasilkan pelbagai jenis laman web untuk pelanggan-pelanggan saya dan mempunyai lebih 5 tahun pengalaman didalam bidang ini. Anda boleh lihat Portfolio saya jika anda berminat untuk mengetaui lebih lanjut mengenai perkhidmatan saya.

4 komen pembaca

  1. Liz
    Liz

    terima kasih Acul. mmg dah lama cari tutorial ni

    • Mohd Rasul
      Mohd Rasul

      sama2. semoga membantu 🙂

  2. Baguslah blog Acul ni.

    Alhamdulillah, baru tahu ada function ni. Thanks sangat Acul.

    Anyway, blog ni Asyraf layari pada 3 syawal 1438H.

    Selamat Hari Raya Aidilfitri.

Buat Komen

Nota: Alamat e-mel anda tidak akan dikongsi oleh pihak ketiga. Ruang bertanda * adalah wajib diisi.

CommentLuv badge

Lagi Artikel Menarik