Lifestyle

11 Petua Hilangkan Jerawat Yang Berkesan. Mesti Cuba!

Oleh Mohd Rasul

Petua Hilangkan Jerawat. Jerawat memang satu masalah kerana ia boleh menimbulkan rasa kurang keyakinan diri dan malu berhadapan dengan orang ramai. Nasib baik ada banyak produk menghilangkan jerawat dengan segera di pasaran. Tapi selama mana perlu bergantung dengan bahan kimia?

Produk yang mengandungi bahan kimia juga kebanyakkan tidak elok untuk kulit. Harus berhati-hati menggunakan produk hilangkan jerawat yang ada dipasaran.

Takut nak gunakan produk yang ada bahan kimia? Jangan risau, ada je petua hilangkan jerawat yang berkesan dengan menggunakan bahan yang berasaskan sumber alam semula jadi yang mampu merawat dan menghilangkan jerawat sebagaimana yang dilakukan oleh bahan kimia.

11 Petua Hilangkan Jerawat Yang Berkesan

11 Petua Hilangkan Jerawat Yang Berkesan. Mesti Cuba!

Berikut adalah 11 petua hilangkan jerawat yang mudah dan berkesan. Bahan-bahan semulajadi ini boleh menggantikan ubat jerawat atau produk yang mengandungi bahan kimia.

1. Pes Serbuk Kunyit

Titiskan sedikit air pada sesudu serbuk kunyit dan sapu pada jerawat beberapa minit. Lakukan sehingga hilang jerawat.

2. Jus Daun Pudina

Blend daun pudina bersama sedikit air. Tapis airnya dan sapu pada seluruh muka. Lakukan sebelum tidur dan biarkan semalaman.

3. Jus Buah Lemon

Perah jus lemon dan dengan mengguna bebola kapas, tekap pada jerawat selama 20 minit dan bilas. Lakukan dua tiga kali sehari untuk kesan yang cepat.

4. Bawang Putih

Potong bawang putih kepada dua dan tekap pada jerawat sehingga terasa jus bawang putih melekat pada jerawat. Jus ini mengandungi sulfur yang merawat jerawat dengan cepat.

5. Ubat Gigi

Sebelum masuk tidur, sapu ubat gigi pada jerawat dan biarkan semalaman.

6. Wap Panas

Letak air panas dalam besen dan lalukan bahagian jerawat pada wap panas. Bukan sahaja menghilangkan jerawat malah menjadikan kulit muka bertambah seri.

7. Pek Ais

Letak ais pada jerawat. Ia akan membantu mengecilkan jerawat.

8. Pes Serbuk Kayu Manis

Letak sesudu madu atau jus lemon pada dua sudu serbuk kayu manis dan sapu pada jerawat.

Sebaiknya guna pes serbuk kayu manis ini sebelum masuk tidur.

9. Kulit Buah Oren

Blend kulit oren bersama air. Ambil pes oren dan sapu pada jerawat.

10. Madu

Ambil sedikit madu mengguna bebola kapas dan tekap pada jerawat.

11. Jus Timun

Hiris timun dan rendam dalam air selama sejam. Kemudian minum airnya.

___

Petua hilangkan jerawat ini boleh digunakan untuk pelagai peringkat umur kerana ianya hanya menggunakan bahan semulajadi. Apa pun, pastikan muka anda dicuci dengan bersih sebelum masuk tidur supaya jerawat tak cepat timbul.

Ini kerana mekap, minyak dan debu yang melekat sepanjang hari jika tidak dibersihkan menambah risiko untuk mendapat jerawat dengan mudah.

Selamat Mencuba!

Mengenai Penulis

Mula menulis blog sejak dari tahun 2015 sehingga kini, Mohd Rasul merupakan front end web designer dan blogger sepenuh masa yang berasal dari Shah Alam, Selangor. Sehingga kini saya telah menghasilkan pelbagai jenis laman web untuk pelanggan-pelanggan saya dan mempunyai lebih 5 tahun pengalaman didalam bidang ini. Anda boleh lihat Portfolio saya jika anda berminat untuk mengetaui lebih lanjut mengenai perkhidmatan saya.

0 komen pembaca

Tiada komen lagi. Jadi yang pertama komen artikel ini.

Buat Komen

Nota: Alamat e-mel anda tidak akan dikongsi oleh pihak ketiga. Ruang bertanda * adalah wajib diisi.

CommentLuv badge

Lagi Artikel Menarik