Lifestyle

Lori Sewa Shah Alam & KL Murah Dengan TempahLori.com

Oleh Mohd Rasul

Lori Sewa Murah di Shah Alam dan Kl dengan perkhidmatan yang diyakini dan tip top? Adakah anda masih lagi tercari-cari perkhidmatan lori sewa untuk pindah barang rumah atau pejabat anda?

Memang ramai dikalangan kita yang kadang-kadang susah nak cari perkhidmatan lori sewa untuk pindah barang barang rumah atau pun pejabat yang murah dan betul-betul dipercayai kerana terlalu banyak perkhidmatan yang ditawarkan.

Pengalaman Menggunakan Lori Sewa Pindah Barang Rumah

lori sewa murah shah alam kl

Kali ni Acul nak kongsikan kepada anda pengalaman Acul menggunakan perkhidmatan dari TempahLori.com yang Acul dah gunakan 2 kali sepanjang tahun 2015 dan 2016 yang waktu tu Acul pindah barang rumah dan pejabat.

Tahun 2015 Acul pernah buat bisnes tudung di Ken Rimba Shah Alam dan ada ambil satu kedai disitu. Namun perniagaan tersebut tak menjadi sangat dan ketika itu juga Acul telah melansungkan perkahwinan dengan isteri tercinta.

Pada hujung tahun 2015 tu, Acul ambil keputusan untuk berpindah dari kedai ke rumah di Bandar Saujana Putra kerana tak larat nak bayar bil yang lebih tinggi kerana kadar bil untuk kedai lebih tinggi dari kadar bil rumah. Waktu tu Acul dapat sewa rumah RM900 berbanding sewa kedai sebelum ni RM1000 sebulan. Jimat RM100. Cuba-cuba juga cari rumah di sekitar Shah Alam tapi tidak jumpa sewa RM1000 kebawah.

lori sewa pindah barang

Waktu ni guna perkhidmatan dari TempahLori.com untuk pindah barang barang rumah. Acul gunakan lori 5 tan kerana banyak juga barang-barang. Pihak TempahLori.com juga turut sediakan pekerja yang berpengalaman untuk membantu angkat barang.

lori sewa hantar barang pindah rumah

Pantas je mereka buat. Tak perlu Acul susah-susah nak panggil ahli keluarga atau kawan-kawan untuk tolong angkat barang. Ye la kan… Bukan semua ahli keluarga atau kawan-kawan kita yang “free” untuk tolong kita.

Harga yang diberikan oleh TempahLori.com juga amat berpatutan dan bagi Acul tidaklah terlalu mahal berbanding syarikat perkhidmatan lori sewa yang lain. Ada juga Acul lihat harga di TheLorry.my atau buat carian Google tapi harga mereka tidak setanding dengan TempahLori.com dan yang penting servis mereka memang tip top dan berpengalaman.

Kebetulan saudara Acul ada beritahu ada rumah nak disewakan di Seksyen 20 dengan harga RM900 sebulan. Harga sewa lebih kurang sama dengan rumah di Bandar Saujana Putra. Lebih baik Acul ambil rumah di Shah Alam kerana lebih dekat dengan keluarga Acul yang tinggal di Seksyen 19 sebabnya Acul ni anak sulung, jadi ibu Acul selalu perlukan bantuan Acul untuk bawa dia ke pasar, bayar bil dan hantar nenek ke klinik untuk “check up”.

lori sewa pindah barang pejabat

Waktu tu Acul ada projek di Shah Alam dan isteri pula dapat kontrak di KEMAS Shah Alam. Jadi memang sesuai sangat rumah di Seksyen 20 tu. Tak pikir panjang terus ambil rumah sewa tu dan gunakan balik perkhidmatan lori sewa TempahLori.com kerana pernah gunakan servis mereka. Tak perlu pening-pening nak cari lori sewa macam mula-mula nak pindah.

TempahLori.com Diyakini dan Berpengalaman

Sepanjang pengalaman Acul gunakan perkhidmatan dari TempahLori.com ni memang puas hati dan memang Acul syorkan kepada kawan-kawan untuk gunakan perkhidmatan mereka. Selain daripada berpengalaman, mereka juga sangat diyakini kerana mereka juga akan menjaga dan memastikan barang anda selamat sama ada ketika dibawa di dalam lori ataupun ketika proses pemindahan.

Mereka juga turut menyediakan perkhidmatan pindah barang seperti barangan mudah pecah, pindah barang pejabat, penghantaran barang ke negeri lain, hantar barang untuk tujuan pameran dan sebagainya dengan harga yang sangat berpatutan. Kalau nak hantar ke Langkawi pun boleh juga. Tak ada masalah.

Jadi kepada anda yang mencari lori sewa untuk pindah barang tu memang patut gunakan perkhidmatan mereka. Untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi atau whatsapp nombor dibawah.

TempahLori.com +6017 350 8026

Website: www.TempahLori.com

Mengenai Penulis

Mula menulis blog sejak dari tahun 2015 sehingga kini, Mohd Rasul merupakan front end web designer dan blogger sepenuh masa yang berasal dari Shah Alam, Selangor. Sehingga kini saya telah menghasilkan pelbagai jenis laman web untuk pelanggan-pelanggan saya dan mempunyai lebih 5 tahun pengalaman didalam bidang ini. Anda boleh lihat Portfolio saya jika anda berminat untuk mengetaui lebih lanjut mengenai perkhidmatan saya.

7 komen pembaca

  1. Wah.. Satu Malaysia pun boleh tempah lori ni la yer.. Bagus servis yang boleh dicari online je ni. Senang kita nak cari lori sewa.

    • Mohd Rasul
      Mohd Rasul

      betul tu 🙂

  2. zik
    zik

    memang senang guna lori sewa nih .. so apa yang penting ialah barang dapat hantar ke tempat yang kita nak tuju tuh..

    • Mohd Rasul
      Mohd Rasul

      hehe… tu la. kos nak buat apps bukannya murah

  3. Saya pernah pindah rumah..

    letih angkat barang..

    kalau ada staff keja lebih mudah

    • Mohd Rasul
      Mohd Rasul

      kan. mmg letih pindah rumah ni.

Buat Komen

Nota: Alamat e-mel anda tidak akan dikongsi oleh pihak ketiga. Ruang bertanda * adalah wajib diisi.

CommentLuv badge

Lagi Artikel Menarik