Fesyen

Dewanie Scarf Popularkan kembali corak batik

Oleh Mohd Rasul

Lebaran pastinya ditunggu-tunggu setiap orang terutama kaum Hawa. Selain sibuk menguruskan rumah, menyambut kedatangan saudara-mara dan kenalan yang datang menziarah, mereka juga pasti mahu tampil menarik dengan busana raya serba baharu.

Bagaikan pentas fesyen, pada hari tersebut, masing-masing melaram dengan baju baharu selain menampilkan pelbagai gaya terkini. Melihat kepada trend busana raya pada tahun ini, banyak jenama masih mempertaruh warna-warna pastel sebagai elemen utama, serta penggunaan perincian klasik seperti lipatan, ropol, dan tangan kembang yang diketengahkan kembali bagi gaya raya 2017.

Popularkan kembali corak batik

Dewanie Scarf Popularkan kembali corak batik

Tidak mahu ketinggalan mencipta fenomena yang tersendiri, Dewanie melalui pengenalan koleksi Batik Series by Dewanie, memilih tema batik sebagai kelainan dalam rekaan.

Pemilik jenama tersebut, Nor Syazwani Ismail, yang amat gemarkan rekaan tradisional, mengambil kesempatan memeriahkan industri fesyen tempatan dengan elemen corak batik yang jarang diketengahkan untuk fesyen raya tahun ini.

Nor Syazwani mencari fabrik sehingga ke Indonesia semata-mata untuk mendapatkan fabrik batik terbaik dengan corak eksklusif sebagai nilai tambah untuk koleksi Dewanie.

Antara fabrik yang digunakan adalah dari jenis kain kapas, sutera satin, dan sutera kapas yang berkualiti dan tidak mudah berkedut. Dengan penerapan rekaan gabungan moden dan tradisi, ia sesuai dengan cita rasa wanita masa kini.

Empat rekaan tersebut adalah Sarimah Kurung Moden yang mempunyai potongan doll top kembang bersama kain potongan duyung, Zaiton Kurung iaitu rekaan kurung moden dengan kain kipas belakang, Latifah Kurung juga mempunyai potongan doll top kembang namun dipadankan dengan kain lipat tengah, manakala Saadiah Kurung menampilkan potongan baju kurung Kedah bersama kain lipat tengah.

Koleksi Untuk Wanita Pelbagai Peringkat Umur

Dewanie Scarf tema batik

Mementingkan perincian yang menarik, minimalis dan kelihatan kemas, Nor Syazwani menampilkan beberapa keistimewaan seperti perincian bunga renda tiga dimensi yang diimport dari Indonesia, serta rekaan tangan kembang.

Bagi melengkapkan penampilan raya pelanggannya, jenama itu juga memperkenal rekaan selendang panjang iaitu Camellia Shawl serta tiga rekaan selendang tanpa pin, Roselle Flare Button Shawl, Hazel Flare Button Shawl, dan Eva Flare Button Shawl.

Terdapat lebih 55 warna untuk koleksi selendang, antara perincian yang ditampilkan adalah bunga renda tiga dimensi, aksesori charm, dan manik dengan bentuk rama-rama sebagai hiasan minimalis pada selendang.

Garapan elemen moden kontemporari yang ditampilkan Dewanie tahun ini pastinya menarik perhatian wanita pelbagai peringkat umur.

Koleksi-koleksi tersebut boleh didapati di butik Dewanie atau laman web dan social media mereka pada harga serendah RM279 hingga RM299.

Website: Dewanie Scarf
Facebook: Dewanie
Instagram: Dewanie

Mengenai Penulis

Mula menulis blog sejak dari tahun 2015 sehingga kini, Mohd Rasul merupakan front end web designer dan blogger sepenuh masa yang berasal dari Shah Alam, Selangor. Sehingga kini saya telah menghasilkan pelbagai jenis laman web untuk pelanggan-pelanggan saya dan mempunyai lebih 5 tahun pengalaman didalam bidang ini. Anda boleh lihat Portfolio saya jika anda berminat untuk mengetaui lebih lanjut mengenai perkhidmatan saya.

0 komen pembaca

Tiada komen lagi. Jadi yang pertama komen artikel ini.

Buat Komen

Nota: Alamat e-mel anda tidak akan dikongsi oleh pihak ketiga. Ruang bertanda * adalah wajib diisi.

CommentLuv badge

Lagi Artikel Menarik