Fesyen

10 Butik Online Muslimah Popular Di Malaysia Tahun 2015

Oleh Mohd Rasul

Industri fesyen merupakan merupakan antara industri perniagaan yang terbesar di dunia bahkan di Malaysia juga ramai peniaga yang berlumba-lumba untuk menghasilkan rekaan fesyen terkini untuk memenuhi permintaan pelanggan mereka. Ini dapat dilihat dengan peningkatan usahawan internet dalam perniagaan online berkaitan fesyen muslimah.

Di Malaysia sahaja terdapat beribu usahawan internet yang mengusahakan butik online muslimah kerana terdapat permintaan yang tinggi daripada pelanggan. Perniagaan ini juga dikatakan perniagaan evergreen yang sentiasa ada permintaan. Dengan lambakan pilihan fesyen muslimah di internet memudahkan lagi pelanggan untuk membuat pilihan.

Butik Online Muslimah Popular Di Malaysia Tahun 2015

10 Butik Online Muslimah Popular Di Malaysia Tahun 2015

Disini Acul nak senaraikan 10 butik online muslimah yang popular di Malaysia yang kebanyakan mereka bermula daripada butik online dan kini telah memiliki butik sendiri. Setiap apa yang mereka letak di social media pasti akan sold out dalam tempoh yang singkat dan nama butik online muslimah dibawah ini juga seringkali menghiasi tv, radio, surat khabar dan majalah.

Mungkin ada diantara butik online muslimah yang Acul senaraikan dibawah sudah pun anda ketahui atau mungkin juga anda juga antara pelanggan mereka. Jom kita ketahui senarai 10 butik online muslimah yang popular di Malaysia.

#1 Radiusite

Radiusite lebih menumpukan kepada rekaan tudung (shawl) dan telah memulakan perniagaan pada tahun 2009 secara online dengan blogshop. Dari beroperasi secara online Radiusite telah membuka butik pertamanya di Rawang dan memiliki cawangan lain di Shah Alam dan Johor Bahru sehingga hari ini.

Facebook: 715,000 likes
Instagram: 145,000 follower
Youtube: 6,100 subscribers
Twitter: 11,100 follower

#2 Al-Humaira Contemporary

Al-Humaira Contemporary mula dibuka pada tahun 2010 bermula dari blogshop dengan menawarkan rekabentuk fesyen tudung dan pakaian untuk wanita untuk mereka yang suka kepada rekabentuk yang elegan, eksklusif dan matang. Al-Humaira Contemporary beroperasi di Kota Damansara (HQ) dan Bangi (cawangan).

Facebook: 507,000 likes
Instagram: 55,100 follower
Youtube: 47,000 subscribers

#3 Zawara

Zawara antara nama besar di dalam industri fesyen muslimah di Malaysia. Sehingga kini Zawara memiliki 12 cawangan di seluruh Malaysia iaitu di Shah Alam, Johor Bahru, Bangi, Kuala Lumpur, Kota Damansara dan banyak lagi. Zawara menawarkan rekabentuk tudung dan pakaian terutamanya jubah dengan rekaan yang sederhana, elegan dan bergaya.

Facebook: 472,000 likes
Instagram: 128,000 follower
Youtube: 8,000 subscribers

#4 Poplook

Poplook memang terkenal dengan line maxi dress nya yang stylish, trendy dan young yang kebanyakannya direka dengan konsep berlengan panjang. Antara yang eksklusif boleh didapati di sini adalah koleksi baju kurung Jovian Mandagie for Thepoplook. Selain itu terdapat juga tudung, top, outerwear, rompers, seluar, skirt labuh dan aksesori dijual disini.

Facebook: 254,000 likes
Instagram: 112,000 follower
Twitter: 11,000 follower

#5 EDZ

EDZ atau dahulunya kenali sebagai eightDesigns Boutique bermula dari tahun 2008 secara online. EDZ pada awalnya bermula di platform blogger dengan 8 reka bentuk dan modal permulaan hanya RM500 sahaja, kini nama EDZ telah telah dikenali ramai sebaris dengan online butik muslimah yang lain. EDZ menumpukan kepada rekaan tudung, pakaian dan aksesori yang esklusif. EDZ beroperasi di Bangi, Shah Alam dan Kuala Lumpur.

Facebook: 114,000 likes
Instagram: 26,600 follower

#6 Bella Ammara

Bella Ammara bermula dengan bermodalkan RM1,000 yang pada ketika itu bermula dengan 9 helai telekung dan kini mampu menghasilkan 1,200 pasang telekung sebulan selepas setahun pembukaannya. Ketika ini Bella Ammara merupakan antara butik online yang popular di Malaysia dengan menawarkan pakaian solat (telekung) dan fesyen muslimah. Bella Ammara beroperasi di Kuala Lumpur dan Shah Alam.

Facebook: 222,000 likes
Instagram: 186,600 follower

#7 Dollscarf

Dollscarf menawarkan pelbagai jenis t-shirt muslimah, shawl tudung secara online dengan jenama Wafiyya yang dimiliki oleh Laqoo Enterprise telah mula beroperasi sejak dari tahun 2008 sehingga kini. Dollscarf beroperasi di Shah Alam.

Facebook: 61,000 likes
Instagram: 13,900 follower

#8 Sincerelybyus

Sincerelybyus lebih menumpukan kepada rekaan tudung dan selendang yang ringkas tetapi bergaya dengan harga yang berpatutan. Sincerelybyus bermula dari online butik tetapi kini telah mempunyai butik sendiri di Shah Alam dan Bangi. Sincerelybyus juga banyak membantu peniaga online lain dengan memberikan ruang vendor dibutiknya untuk berniaga.

Facebook: 183,000 likes
Instagram: 231,000 follower

#9 FeedMilk

FeedMilk merupakan butik yang menumpukan kepada baju menyusu khusus untuk ibu-ibu yang mempunyai anak kecil dan memerlukan pakaian yang sesuai tetapi masih lagi ikut fesyen terkini dengan rekaan yang esklusif. FeedMilk sebelum ini beroperasi di Tanjung Malim, Perak dan kini telah berpindah di Shah Alam dan masih lagi beroperasi secara online. Feedmilk dijangka akan mula membuka butiknya secara rasmi pada bulan Mac 2015 nanti.

Facebook: 34,100 likes
Instagram: 10,300 follower

#10 Sugarscarf

Sugarscarf merupakan One Stop Centre untuk para Muslimah dimana disini ada menjual pelbagai jenis pakaian muslimah seperti tudung, jubah, blouse, skirt dan handsock. Sugarscarf bermula daripada blogshop secara online dan mula membuka butiknya di Shah Alam dan kini mempunyai cawangan lain di Kuala Lumpur dan Johor Bahru.

Facebook: 361,700 likes
Instagram: 97,200 follower

Mengenai Penulis

Mula menulis blog sejak dari tahun 2015 sehingga kini, Mohd Rasul merupakan front end web designer dan blogger sepenuh masa yang berasal dari Shah Alam, Selangor. Sehingga kini saya telah menghasilkan pelbagai jenis laman web untuk pelanggan-pelanggan saya dan mempunyai lebih 5 tahun pengalaman didalam bidang ini. Anda boleh lihat Portfolio saya jika anda berminat untuk mengetaui lebih lanjut mengenai perkhidmatan saya.

0 komen pembaca

Tiada komen lagi. Jadi yang pertama komen artikel ini.

Buat Komen

Nota: Alamat e-mel anda tidak akan dikongsi oleh pihak ketiga. Ruang bertanda * adalah wajib diisi.

CommentLuv badge

Lagi Artikel Menarik