Event

Tasha Manshahar Syed Shamim Lancar Album OUR SONG

Oleh Mohd Rasul

Selepas kejayaan single pertama Tasha dan Syed Shamim yang dilancarkan pada bulan Mei tahun lalu (2013) mendapat reaksi yang positif oleh peminat dan single ke-2 berjudul Cuba Teka juga turut mendapat perdapat perhatian pendengar.

Tasha Manshahar dan Syed Shamim merupakan pasangan duo popular di laman Youtube yang pertama di Malaysia. Bermula dengan hobi dan sekadar untuk tontotan rakan–rakan terdekat, lagu Mr.Saxobeat dan Be Mine versi solo mendapat sambutan hangat sehingga mencecah seramai 40,000 penonton dalam masa 4 hari sewaktu mula di muat naik di Youtube dan sehingga kini telah mencecah lebih 1 juta penonton.

Album Sulung Tasha Manshahar & Syed Shamim Our Song

majlis pelancaran album our song tasha manshahar dan syed shamim

Semalam (16 September 2014) merupakan hari yang bermakna buat Tasha Manshahar dan Syed Shamim dimana pada hari tersebut album sulung mereka yang bertajuk Our Song telah selamat dilancarkan bertempat di Hardrock Cafe, Kuala Lumpur.

Turut dilancarkan single terbaru Nas Adila Duet bersama R’Liff AF Aku Sakit Hati serta single pertama Sissy Iman Mungkin Kamu dan Wani (Youtube) I Cinta Jer yang kesemua mereka ini merupakan selebriti dibawah FMC Music.

Baca: Malaysian Youth Talent Live Performance Petronas Solaris Serdang

Tasha Manshahar Syed Shamim Lancar Album OUR SONG

Tasha dan Syed Shamim Be Mine bersyukur kerana dikurniakan ruang dan rezeki untuk memeriahkan industri muzik tempatan. Bila ditanya tetang konsep duet yang dibawakan, Tasha dan Syed Shamim menyatakan bahawa mereka sengaja mahu mencipta satu kelainan dalam persekitaran muzik di youtube yang sebelum ini dipelopori secara solo.

Tidak hanya bergantung pada pasangan duet, Tasha dan Syed Shamim turut berkarya dalam lagu solo mereka. Masih Perlu ciptaan sepenuhnya oleh Tasha Manshahar turut mencuit hati pendengar dan pengikut lagu-lagu mereka.

Begitu juga lagu hebat ciptaan Syed Shamim sepenuhnya berjudul LaLaLa. Lagu yang bersahaja serta mempunyai melodi yang cukup baik ini menampakkan keistimewaan dan kebolehan Syed Shamim dalam mencipta lagu yang berkualiti seiring arus muzik terkini.

Terkini, lagu ciptaan Tasha sepenuhnya Selamat Ulang Tahun Cinta mendapat sambutan yang lebih hebat lagi berbanding single–single sebelum ini. Mempunyai melodi dan lirik yang catchy amat bertepatan dengan citarasa pendengar serta penggemar muzik terutama golongan remaja.

Seiring dengan cita-cita sebagai seorang pendidik selain penyanyi, Tasha juga turut menerapkan konsep muzik dan nyanyian dalam sistem pembelajaran sewaktu praktikal, mengajar dan menyampai dalam bentuk nyanyian dan muzik agar lebih mudah di fahami oleh pelajar selain menarik lebih minat untuk kanak–kanak belajar terutama dalam subjek bahasa Inggeris.

Photo oleh: Clora Studio

Mengenai Penulis

Mula menulis blog sejak dari tahun 2015 sehingga kini, Mohd Rasul merupakan front end web designer dan blogger sepenuh masa yang berasal dari Shah Alam, Selangor. Sehingga kini saya telah menghasilkan pelbagai jenis laman web untuk pelanggan-pelanggan saya dan mempunyai lebih 5 tahun pengalaman didalam bidang ini. Anda boleh lihat Portfolio saya jika anda berminat untuk mengetaui lebih lanjut mengenai perkhidmatan saya.

0 komen pembaca

Tiada komen lagi. Jadi yang pertama komen artikel ini.

Buat Komen

Nota: Alamat e-mel anda tidak akan dikongsi oleh pihak ketiga. Ruang bertanda * adalah wajib diisi.

CommentLuv badge

Lagi Artikel Menarik