Event

Malaysian Youth Talent Acoustic Night Day Di Petronas Solaris Serdang

Oleh Mohd Rasul

Malaysian Youth Talent (MYT) sebuah jenama dibawah kelolaan Clora Studio, Voxscape dan Longan Garage yang mengetengahkan bakat-bakat baru di dalam bidang nyanyian baru-baru ini telah diberikan peluang untuk membuat persembahan Acoustic Night Day di Petronas Solaris Serdang bersempena Hari Malaysia yang disambut pada 16 September 2014.

Peluang ini merupakan peluang keemasan untuk bakat-bakat dibawah Malaysia Youth Talent untuk mengetengahkan bakat terpendam untuk dipersembahkan kepada orang ramai. Seramai 8 orang bakat dibawah Malaysia Youth Talent telah dipertanggungjawabkan untuk menghiburkan pengunjung Petronas Solaris Serdang malam tersebut.

Belajar Dari Pengalaman

Malaysian Youth Talent Acoustic Night Day Di Petronas Solaris Serdang

Tidak ramai diantara kita yang berbakat didalam bidang nyanyian apatah lagi diberikan peluang untuk membuat persembahan di hadapan orang ramai. Malah ramai diantara kita yang terpaksa melepaskan impian dan memendamkan bakat kerana tidak diberikan peluang. Malaysian Youth Talent sedikit sebanyak membantu bakat-bakat ini untuk menyerlahkan bakat mereka untuk dipersembahkan kepada orang ramai.

Untuk pengetahuan korang, tidak semua bakat dibawah kelolaan Malaysia Youth Talent ini mempunyai pengalaman membuat persembahan di atas pentas lagi-lagi secara akustik dan rata-rata mereka kebanyakannya hanya mempersembahan bakat mereka di laman Youtube.

Acoustic Night Day anjuran Voxscape, Clora Studio dan Longan Garage ini sedikit sebanyak memberikan pengalaman yang berharga buat adik-adik ini yang ingin melebarkan sayap mereka di dalam bidang nyanyian.

Antara mereka yang membuat persembahan malam tersebut adalah Fero, Syuhada Najuwa, Eika Syah, Azhar Mustapa, Razak Aai, Ari, Anwar Mohd dan Ikmal Hijaz Suhaimi.

Melihat adik-adik yang memperjuangkan bakat dan impian mereka di atas pentas menghiburkan pengujung Petronas Solaris Serdang sedikit sebanyak memberikan semangat kepada Acul untuk mengejar impian Acul.

Tasha Manshahar Beri Sokongan

Malam itu juga, mereka ini amat bertuah kerana Tasha Manshahar yang popular dengan lagu Cuba Teka juga turut datang memberi sokongan. Dengan kehadiran Tasha Manshahar malam tersebut sedikit sebanyak memberikan semangat kepada bakat-bakat baru dibawah kelolaan Malaysian Youth Talent untuk terus maju melangkah kehadapan.

Selain Tasha, Hairul Asri dan Nur Shazleen Natasya yang merupakan juara untuk rancangan Ceria Popstar 2013 juga turut hadir memberi sokongan dan membuat persembahan di atas pentas.

Tidak lupa juga kepada gitaris Azlan The Typewriter, Andy Irwandy yang turut hadir memberikan sokongan dan membuat persembahan solo dan bersama Azhar Mustapa menghiburkan pengunjung malam itu.

_______

Walaupun persembahan malam itu bukanlah sesuatu yang perfect namun ia memberikan pengalaman yang berharga buat mereka yang tidak akan dilupakan sampai bila-bila. Pengalaman mengajar untuk terus maju ke hadapan.

Setiap persembahan mereka malam itu juga dinilai oleh Anis Syazwani yang diberikan tanggungjawab untuk menilai dan memberi markah kepada bakat-bakat dibawah Malaysian Youth Talent untuk diperbaiki segala kesilapan untuk menjadi lebih baik pada masa akan datang.

Mengenai Penulis

Mula menulis blog sejak dari tahun 2015 sehingga kini, Mohd Rasul merupakan front end web designer dan blogger sepenuh masa yang berasal dari Shah Alam, Selangor. Sehingga kini saya telah menghasilkan pelbagai jenis laman web untuk pelanggan-pelanggan saya dan mempunyai lebih 5 tahun pengalaman didalam bidang ini. Anda boleh lihat Portfolio saya jika anda berminat untuk mengetaui lebih lanjut mengenai perkhidmatan saya.

0 komen pembaca

Tiada komen lagi. Jadi yang pertama komen artikel ini.

Buat Komen

Nota: Alamat e-mel anda tidak akan dikongsi oleh pihak ketiga. Ruang bertanda * adalah wajib diisi.

CommentLuv badge

Lagi Artikel Menarik