Event

Kuala Lumpur Photography Festival 2014

Oleh Mohd Rasul

Kuala Lumpur Photography Festival 2014 (KLPF 2014) merupakan festival photography terbesar di Malaysia yang mempamerkan pelbagai hasil foto daripada ramai jurugambar dari Malaysia dan juga luar negara dengan tema Vibrant Festivals yang bermaksud keharmonian hidup di dalam kepelbagai kebudayaan.

Setiap tahun, jurugambar dan pelancong akan datang berkumpul di KLPF untuk menghadiri seminar, berinteraksi dengan pakar-pakar, membina hubungan baru, mencuba produk baru dan memenangi pelbagai hadiah-hadiah menarik dan sudah semestinya pihak penganjur akan menyediakan pelbagai aktiviti yang menarik sepanjang acara KLPF ini berlangsung.

Sekitar Pembukaan Kuala Lumpur Photography Festival 2014

Hari ini, saya berpeluang untuk menghadiri majlis pembukaan Kuala Lumpur Photography Festival 2014 yang di adakan di Mid Valley Exhibition Centre yang berada di tingkat 3, Mid Valley Kuala Lumpur. Seperti mana ramai rakan-rakan yang mengenali diri saya, saya merupakan peminat kepada kamera digital DSLR yang kini menggunakan kamera Canon EOS 60D dan rata-rata kawan saya juga merupakan photographer.

Saya bukanlah hebat dan pakar di dalam bidang fotografi, tetapi saya minat di dalam bidang ini dan masih lagi cuba mengasah kemahiran saya untuk menghasilkan gambar yang cantik. Sewaktu saya berjalan-jalan di sekitar Kuala Lumpur Photography Festival 2014 ini, banyak hasil gambar yang diambil oleh photographer terkenal ada dipamerkan disini. Sedikit sebanyak ia memberikan inspirasi kepada saya untuk terus berada di dalam bidang jurufoto ini.

photobook malaysia Kuala Lumpur Photography Festival 2014 kampung footprint Kuala-Lumpur Photography Festival 2014 nissin Kuala Lumpur Photography Festival 2014 tamron Kuala Lumpur Photography Festival 2014

Bagi photographer, festival seperti ini merupakan syurga buat mereka kerana dihidangkan dengan pelbagai peralatan kamera dan pengunjung juga boleh membeli peralatan yang dijual disini dengan harga diskaun.

Selain itu juga, terdapat beberapa booth yang turut mempromosikan keluaran baru produk mereka. Antara yang saya sempat tengok adalah lens terbaru dari sigma iaitu 50mm 1.4 ART. Memang agak teruja melihat hasil gambar lens ini.

nikon Kuala Lumpur Photography Festival 2014 fujifilm Kuala Lumpur Photography Festival 2014 sigma Kuala Lumpur Photography Festival 2014

Selain daripada peralatan kamera, pihak Tourism Malaysia Selangor dan syarikat pelancongan juga turut ada disini dengan menawarkan pelbagai pakej pelancongan dengan harga yang mampu dimiliki.

Bagi yang berminat untuk kesini anda boleh datang ke tingkat 3 Mid Valley Exhibition Centre (MVEC), Mid Valley Kuala Lumpur. Landmark Food Junction. Festival ini akan berlangsung bermula hari ini 19 September 2014 (Jumaat) hingga 21 September 2014 (Ahad) bermula dari jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam.

Mengenai Penulis

Mula menulis blog sejak dari tahun 2015 sehingga kini, Mohd Rasul merupakan front end web designer dan blogger sepenuh masa yang berasal dari Shah Alam, Selangor. Sehingga kini saya telah menghasilkan pelbagai jenis laman web untuk pelanggan-pelanggan saya dan mempunyai lebih 5 tahun pengalaman didalam bidang ini. Anda boleh lihat Portfolio saya jika anda berminat untuk mengetaui lebih lanjut mengenai perkhidmatan saya.

0 komen pembaca

Tiada komen lagi. Jadi yang pertama komen artikel ini.

Buat Komen

Nota: Alamat e-mel anda tidak akan dikongsi oleh pihak ketiga. Ruang bertanda * adalah wajib diisi.

CommentLuv badge

Lagi Artikel Menarik