Event

HaiBlogger Dan Pak John Steamboat Blogger Award 2014

Oleh Mohd Rasul

Semalam buat pertama kali berlangsungnya majlis Blogger Award 2014 iaitu sebuah majlis yang dianjuran oleh komuniti Blogger dan restoran untuk meraikan Blogger.

Majlis anjuran bersama HaiBlogger dan Pak John Steamboat Yong Tao Foo ini berlangsung di Pak John Steamboat Yong Tao Foo Wangsa Walk, Wangsa Maju Kuala Lumpur yang menghimpunan lebih daripada 20 orang Blogger yang menyertai pertandingan membuat artikel berkaitan pengalaman makan di Pak John Steamboat ketika Iftar Bersama Blogger 2014 di Pak John Steamboat e@Curve, Damansara pada bulan Ramadhan yang lepas.

Penghargaan Dari Pak John Steamboat

HaiBlogger Dan Pak John Steamboat Blogger Award 2014

HaiBlogger diasaskan oleh Blogger Halim Brothers yang baru berkecimpung didalam dunia Blogger baru-baru ini telah mengambil inisiatif untuk menganjurkan Blogger Award sebagai meraikan Blogger dalam menulis artikel-artikel bagi membantu syarikat terutamanya syarikat yang menawarkankan khidmatan makanan kepada orang ramai dengan menggunakan medium internet.

Sebagai jasa membalas budi Blogger ini, Blogger Award 2014 dianjurkan sebagai tanda berterima kasih kerana membantu Pak John Steamboat Yong Tao Foo dalam mempromosikan restoran mereka kepada orang ramai.

hai blogger pak john steamboat blogger award 2014

23 September 2014 (Selasa) seramai 22 orang Blogger telah menyertai pertandingan menulis artikel menceritakan pengalaman mereka makan di Pak John Steamboat Yong Tao Foo di Blog masing-masing dan penantian siapakah pemenang yang bertuah memenangi pertandingan ini telah terjawab semalam.

Pemenang dipilih berdasarkan gaya penulisan dan gambar yang dipaparkan di dalam Blog berkaitan Pak John Steamboat Yong Tao Foo. Apa-apapun penulisan perlulah menepati syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur. Seramai 3 orang pemenang telah dipilih untuk pertandingan ini.

  1. Pemenang Pertama: Nadia Johari www.miszrockers.blogspot.com
  2. Pemenang Kedua: Ellie Toh
  3. Pemenang Ketiga: Mahamahu

Pemenang pertama membawa pulang wang tunai RM1,500 dan sebuah trofi, pemenang kedua RM1,000 dan sebuah trofi dan pemenang ketiga RM500 dan sebuah trofi. Setiap peserta pertandingan juga menerima sijil penghargaan setiap seorang.

Tidak dengan itu, para Blogger juga telah membawa hadiah istimewa daripada Pak John Steamboat Yong Tao Foo berupa makanan sejuk untuk steamboat sebanyak 1 kotak setiap seorang. Ini merupakan hadiah yang jarang dilakukan oleh mana-mana syarikat sebelum ini. Terima kasih tidak terhingga kepada Pak John Steamboat untuk hadiah ini.

Sementara itu, selepas upacara penyampaian hadiah untuk pemenang pertandingan, tidak disangka-sangka ada pula hadiah untuk pemenang khas yang dipilih oleh Pak John Steamboat. Pemenang khas ini akan membawa pulang RM500 dan sebuah trofi. Pemenang khas ini adalah milik Kaio yang juga merupakan rakan niaga Acul kerana usaha beliau dalam menghasilkan video untuk Pak John Steamboat sewaktu Majlis Iftar Bersama Blogger yang lepas. Usaha Kaio terbalas kerana dihargai oleh pihak Pak John Steamboat.

Turut serta di dalam majlis Blogger Award 2014 ini juga adalah Vlogger Shazreen Fazlynda yang popular dengan video Ragam Muka Buku dan Budak Ceklat yang dijemput khas bagi memeriahkan suasana majlis. Selain itu juga dengan penampilan Vlogger ini juga turut melebarkan rangkaian diantara Blogger dan juga Vlogger.

Youtube Channel: Shazreen Fazlynda

Selain dari itu juga, VoxScape Malaysia juga turut dijemput untuk menghiburkan Blogger. Bakat-bakat dibawah VoxScape Malaysia mempersembahan 6 buah lagu yang dipersembahankan oleh Azhar Mustapa dan Razak Aai dengan dibantu oleh Mohammad Syahir dan Aliyas Zakaria, ternyata mencuit hati Blogger dan juga pihak pengganjur.

Youtube Channel: VoxScape Entertainment

Dengar cerita pihak Pak John Steamboat berminat untuk menggunakan khidmat VoxScape Malaysia untuk menghiburkan pelanggan mereka di cawangan di e@Curve Damansara. Walau bagaimanapun perkara ini masih lagi di dalam proses pembincangan. Tahniah buat VoxScape Malaysia atas peluang ini.

________

Sebagai penutup bicara, tahniah Acul ucapkan kepada Halim Brothers kerana berjaya menganjurkan majlis Blogger Award 2014 ini. Walaupun masih mentah di dalam dunia Blogging tetapi beliau telah membuktikan walaupun masih baru tetapi mampu mendapat kepercayaan daripada Pak John Steamboat untuk menganjurkan majlis ini.

Terima kasih juga Acul ucapkan kepada Pak John Steamboat kerana memberikan kepercayaan kepada Blogger untuk membantu mempromosikan Pak John Steamboat kepada orang ramai dengan menggunakan medium internet.

Tidak lupa kepada rakan seperjuangan Acul, rakan-rakan dari VoxScape Malaysia kerana memberikan persembahan terbaik malam tersebut dan tidak lupa kepada Shazreen Fazlynda yang sudi datang memeriahkan majlis.

Semoga majlis seperti ini dapat membuka mata banyak lagi syarikat untuk menggunakan khidmat Blogger bagi membantu memperkenalkan lagi perniagaan atau perkhidmatan mereka kepada orang ramai dengan lebih berkesan dengan menggunakan medium internet.

Mengenai Penulis

Mula menulis blog sejak dari tahun 2015 sehingga kini, Mohd Rasul merupakan front end web designer dan blogger sepenuh masa yang berasal dari Shah Alam, Selangor. Sehingga kini saya telah menghasilkan pelbagai jenis laman web untuk pelanggan-pelanggan saya dan mempunyai lebih 5 tahun pengalaman didalam bidang ini. Anda boleh lihat Portfolio saya jika anda berminat untuk mengetaui lebih lanjut mengenai perkhidmatan saya.

0 komen pembaca

Tiada komen lagi. Jadi yang pertama komen artikel ini.

Buat Komen

Nota: Alamat e-mel anda tidak akan dikongsi oleh pihak ketiga. Ruang bertanda * adalah wajib diisi.

CommentLuv badge

Lagi Artikel Menarik