Travel

10 Tempat Menarik Di Kuala Lumpur Untuk Dilawati

Oleh Mohd Rasul

Tempat Menarik Di Kuala Lumpur | Kuala Lumpur menawarkan pelbagai jenis tarikan pelancongan yang boleh dikunjungi malah menjadi salah satu destinasi percutian yang sangat popular di Malaysia di kalangan warga asing. Walaupun pada anggapan kita luas kawasan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur tidak sebesar kebanyakan negeri-negeri lain, namun sebaliknya memang banyak tempat menarik di Kuala Lumpur yang boleh dilawati.

Bahkan, ada banyak destinasi pelancongan di Kuala Lumpur yang hanya boleh didapati di sini dan tiada di tempat lain. Dan yang paling menariknya tentang Kuala Lumpur ini adalah, semua makanan tradisional setiap negeri di Malaysia boleh dijumpai di sini. Lokasinya juga strategik berdekatan dengan banyak tarikan pelancongan di negeri berjiran seperti destinasi menarik di Melaka, Selangor ataupun Negeri Sembilan.

10 Tempat Menarik Di Kuala Lumpur

Di bawah Acul sediakan bahagian-bahagian tempat menarik di Kuala Lumpur untuk rujukan kita semua.

Sila teroka setiap bahagian untuk lebih memahami apa tempat pelancongan menarik yang ada dan apa aktiviti menarik disini yang boleh kita semua lakukan.

1. Dataran Merdeka

dataran merdeka kuala lumpur tempat menarik di kuala lumpur

Destinasi ini memang sangat popular saban tahun ketika hari kemerdekaan kerana menjadi tempat perarakan rasmi sambutan Hari Merdeka. Di sini jugalah tempat yang menjadi saksi pada 31 Ogos 1957 di mana bendera Union Jack diturunkan dan seterus bendera Federasi Malaya dinaikkan.

Tiang bendera yang ada di sini merupakan tiang bendera yang tertinggi di Malaysia. Lokasi ini sering menjadi tumpuan masyarakat tempatan dan juga warga asing. Paling best pada waktu bulan puasa. Dataran Merdeka pasti penuh dengan umat islam yang menjadikan lokasi ini sebagai tempat untuk berbuka puasa ala potluck.

2. Kuala Lumpur City Centre (KLCC)

Kuala Lumpur City Centre KLCC

Menara Berkembar Petronas ini berketinggian 452 meter dari tanah, dan mempunyai 88 tingkat yang mana kebanyakkannya ada pejabat-pejabat dan dilengkapi dengan membeli-belah yang terletak di tingkat bawah iaitu Suria KLCC. Kedua-dua menara ini dihubungkan melalui sebuah jambatan dua tingkat (double-decker) di tingkat 41 dan 42 yang mana panjangnya 192kaki dan tinggi 175m dari atas tanah.

Menara Berkembar Petronas (KLCC) pernah mencatat rekod sebagai bangunan tertinggi di dunia sehingga tahun 2004 dan merupakan antara tempat menarik di Kuala Lumpur yang sering menjadi tumpuan pelancong dari dalam dan luar negara.

3. Aquaria KLCC

Aquaria KLCC tempat menarik di kuala lumpur

Lokasinya di tengah-tengah “Segitiga Emas” Kuala Lumpur dan korang hanya perlu berjalan kaki dari Menara Berkembar PETRONAS untuk sampai ke sana.

Aquaria KLCC adalah sebuah akuarium laut dalam bangunan yang mempamerkan lebih 5,000 jenis hidupan akuatik yang bergerak bebas dalam 60,000 kaki persegi ruang kaca di Concourse Level KLCC.

4. Menara Kuala Lumpur (KL Tower)

menara kuala lumpur kl tower

Berketinggian 421meter, mercu tanda kebanggaan rakyat Malaysia ini adalah menara ke-4 tertinggi dinuia. Ia dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia ke-4, Tun Dr. Mahathir Mohammad. Ia terletak di puncak Bukit Nenas.

Menara Kuala Lumpur dikelilingi oleh kehijauan Hutan Hujan Simpan Bukit Nenas, ia membentuk satu mini ekosistem yang terletak di tengah-tengah bandar menjadikan ia unik dan tersendiri.

5. Petrosains (The Discovery Centre)

petrosains kuala lumpur tempat menarik di kuala lumpur

Petrosains terletak di tingkat 4 pusat membeli belah Suria KLCC. Ia menawarkan pengunjung gambaran tentang industri minyak dan gas di Malaysia, dengan penggunaan kepakaran teknologi tinggi.

Setiap kali musim cuti sekolah, destinasi ini sering menjadi pilihan rombongan institusi pengajian terutamanya sekolah rendah kerana di sini mereka boleh berseronok sambil belajar tentang sains. Pendekatan tarikan yang hands-on ini pasti akan memudahkan pelajar-pelajar untuk memahami dengan lebih mudah akan sesuatu teori dalam subjek sains.

6. KL Bird Park

Taman Burung Kuala Lumpur Destinasi Popular di Kuala Lumpur

Siapa sangka ada taman burung di tengah-tengah bandaraya yang sibuk. KL Bird Park merupakan taman burung yang mempunyai lebih dari 5,000 ekor burung dari 50 spesis. Disini pengunjung boleh melihat sendiri pelbagai spesis burung. Turut juga diadakan pertunjukkan burung (biasanya hari minggu).

Pelawat yang datang kesini juga boleh memberikan makanan yang disediakan khas oleh petugas KL Bird Park kepada burung yang ada ditaman ini. Cuba sendiri pengalaman memberikan makanan burung. Pasti teruja!

7. Zoo Negara

zoo negara kuala lumpur

Zoo Negara, Kuala Lumpur merupakan tempat menarik di Kuala Lumpur yang mesti dimasukkan kedalam senarai korang jika membawa anak-anak melancong ke Kuala Lumpur.

Disini anak-anak korang akan belajar mengenal berbagai jenis binatang dan spesis masing-masing. Ia juga satu bentuk pembelajaran dimana mereka dapat melihat sendiri binatang tersebut didalam habitat semulajadi.

8. Muzium Negara

muzium negara kuala lumpur

Muzium Negara yang menempatkan pelbagai jenis artifak popular di Malaysia yang sesuai untuk mereka yang nak lebih mendalami sejarah perkembangan negara kita. Banyak artifak warisan negara dari pelbagai pelosok negeri yang dipamerkan di sini dan ada yang menjangkau beribu tahun lamanya.

Muzium Negara mempunyai banyak galeri utama seperti galeri tentang sejarah Melayu, kerajaan-kerajaan Melayu, era kolonial dan Malaysia Kini.

9. Taman Orkid Kuala Lumpur

taman orkid kuala lumpur

Bagi yang meminati dengan orkid, bolehlah singgah di Taman Orkid ini yang terletak hanya berhadapan dengan Taman Burung KL. Dalam kawasan yang seluas satu hektar ini, mereka ada menempatkan pelbagai jenis spesis pokok orkid yang sangat sesuai untuk bergambar dan santai-santai bersama keluarga mahupun yang tersayang.

Selain dari melihat orkid-orkid di dalam taman berlandskap, mereka yang ingin untuk membawa cenderamata pulang boleh membeli orkid hidup dan atau potongan orkid dari beberapa kedai kecil sekitar taman.

10. Hutan Simpan Bukit Nenas (Taman Eko Rimba KL)

Taman Eko Rimba KL

Bagi yang inginkan tarikan hutan yang semulajadi di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur, satu-satunya destinasi yang boleh korang pergi adalah ke Hutan Simpan Bukit Nenas.

Di sini terdapat canopy walk yang membolehkan pengunjung berjalan melaluinya untuk menikmati keindahan pokok-pokok dan ungas-ungas di sekitarnya.

_____

Semoga perkongsian ini memberi korang inspirasi dan manfaat sebagai rujukan untuk bercuti ke tempat-tempat yang menarik di Kuala Lumpur kelak. Sila kongsikan dengan sahabat sekiranya panduan ini berguna untuk semua. Wassalam.

Mengenai Penulis

Mula menulis blog sejak dari tahun 2015 sehingga kini, Mohd Rasul merupakan front end web designer dan blogger sepenuh masa yang berasal dari Shah Alam, Selangor. Sehingga kini saya telah menghasilkan pelbagai jenis laman web untuk pelanggan-pelanggan saya dan mempunyai lebih 5 tahun pengalaman didalam bidang ini. Anda boleh lihat Portfolio saya jika anda berminat untuk mengetaui lebih lanjut mengenai perkhidmatan saya.

6 komen pembaca

  1. Ada tempat yang dah sampai, ada ayang belum lagi. Dah sampai tapi tak masuk pun ada hehe.. apa pun kotaraya Kuala Lumpur memang banyak tepat menarik untuk dikunjungi walaupun pesat dengan pembangunan

    • Mohd Rasul
      Mohd Rasul

      yep mmg byk tempat2 menarik kat kl ni. kalau nk pergi semua mmg x larat hehe

  2. Aquaria masih belum masuk, yang lain sudah sampai di KL.

    • Mohd Rasul
      Mohd Rasul

      wah! banyak tempat dah teroka ni 😀

    • Mohd Rasul
      Mohd Rasul

      selamat bercuti hehe 🙂

Buat Komen

Nota: Alamat e-mel anda tidak akan dikongsi oleh pihak ketiga. Ruang bertanda * adalah wajib diisi.

CommentLuv badge

Lagi Artikel Menarik