Travel

Taman Burung Kuala Lumpur Destinasi Popular di Kuala Lumpur

Oleh Mohd Rasul

Taman Burung Kuala Lumpur atau KL Bird Park terletak di Taman Tasik Perdana Kuala Lumpur, anda akan dapat berjalan menyusuri hutan hujan tiruan di dalam sangkar habitat burung seluas 20.9 ekar ini dan melihat burung-burung eksotik yang dikumpul dari seluruh dunia.

Taman burung Taman Burung Kuala Lumpur ini merupakan salah satu tempat menarik di Kuala Lumpur dan yang terbesar di Malaysia. Malah ianya juga merupakan taman burung terbuka yang terbesar di dunia.

taman burung kuala lumpur

Kalau ke sini pasti akan habiskan masa berjam lamanya untuk melihat semua tarikan yang ada di Taman Burung KL. Selain taman burung, di sini juga mempunyai pertunjukan binatang yang jinak dan pandai yang pasti membuatkan anak-anak teruja.

Apa yang menarik di Taman Burung Kuala Lumpur

Taman Burung Kuala Lumpur Destinasi Popular di Kuala Lumpur

Bagi yang belum ke sini, anda pasti terkejut kerana tahap kebesarannya memang sangat besar. Dan yang menariknya, bukan seperti di kebanyakan taman burung lain, di sini mempunyai beberapa zon tarikan taman yang mana setiap satunya mempunyai temanya yang tersendiri.

Yang paling unik yang mungkin susah untuk di cari di taman burung lain ialah, pengunjung boleh berinteraksi secara langsung dengan burung tanpa sempadan pagar ataupun sangkar.

kl bird park kuala lumpur tempat menarik di kuala lumpur

Burung-burung dilepaskan secara bebas dan kalau bernasib baik, akan ada burung yang mengekori anda untuk mendapatkan makanan. Namun jangan bimbang, kerana burung-burung yang bebas ini adalah jenis burung yang jinak dan tidak merbahaya.

Antara jenis burung yang unik dan menarik untuk berinteraksi secara langsung ialah burung merak, burung enggang, burung kakak tua dan bangau. Memang best!

Sangkar habitat ini adalah yang terbesar di dunia. Jadi ia dibahagikan kepada 4 zon yang boleh anda kunjungi.

  • Zon 1 dan Zon 2 adalah kawasan penerbangan bebas mana burung dibiarkan terbang dan berkeliaran.
  • Zon 3 ditetapkan sebagai taman enggang.
  • Zon 4 mengandungi kawasan khas untuk pembiakan burung dan amfiteater dimana pertunjukan burung diadakan setiap hari.

Antara burung yang popular taman ini termasuklah Merak Biru India dengan ekor sepanjang 5 kaki yang berwarna-warni, merpati Crowned yang sebesar ayam belanda, burung kakak tua Pesquet yang hampir pupus dan burung Congo Afrika Grey Parrots — dikenali sebagai spesies nuri yang paling bijak di dunia.

pertunjukan burung kl bird park kuala lumpur

Tarikan yang paling utama di sini ialah Bird Show yang diadakan di Amphitheatre dalam Zon 4 pada setiap hari sebanyak 2 kali sehari. Masanya adalah 12.30 tengahari dan 3.30 petang.

Tips Di Taman Burung Kuala Lumpur

  • Tiada mesin ATM di sekitar kawasan ini. Bawa wang tunai yang cukup untuk cenderamata, minuman dan teksi.
  • Walaupun burung di sini mungkin kelihatan jinak, ia masih haiwan liar dan bukan seperti kucing rumah anda. Mereka mungkin mematuk tanpa amaran.
  • Ambil gambar burung semasa mereka diberi makan. Spesies yang bersembunyi di kanopi hutan hanya akan muncul pada waktu ini.

Harga Tiket Taman Burung

Warganegara Malaysia
Dewasa dengan MyKad – RM 27.00
Kanak-kanak dengan MyKid – RM 13.00

Pelancong Asing
Dewasa – RM 50.00
Kanak-kanak – RM 41.00

Taman burung KL ini dibuka setiap hari termasuk cuti umum dan cuti sekolah bermula seawal 9 pagi sehingga ke 6 petang.

Pihak KL Bird Park juga ada menawarkan beberapa pakej yang menarik untuk pengunjung yang ingin mengadakan lawatan ke sini secara berkumpulan tidak kira daripada sekolah, universiti atau badan korporat.

Pakej Sekolah – Minima 15 orang

Pra sekolah/tadika/Sekolah Rendah :
kanak-kanak (3-12 tahun) : RM 5.30 seorang
dewasa (13 tahun dan keatas): RM 10.60 seorang

Sekolah Menengah:
Dewasa (13 tahun dan keatas): RM 10.60 seorang
Untuk setiap pakej ini yang mana minimum 15 orang, KL Bird Park akan memberi satu tiket percuma kepada seorang Guru.

Bagi mereka bukan dari sekolah dan berhajat nak mengadakan aktiviti berkumpulan seperti lawatan sambil belajar atau hari keluarga, Taman Burung Kuala Lumpur juga mempunyai pakej lain dengan aktiviti-aktiviti yang menarik. Boleh rujuk terus di sini.

Walaupun Taman Burung Kuala Lumpur berada di dalam bandaraya yang paling moden di Malaysia, namun apabila berada di sini kita berasa seolah-olah sedang melawat sebuah taman negara yang terletak jauh dari kesibukan kota.

Anda boleh mengikuti perkembangan Taman Burung Kuala Lumpur sama ada promosi atau berita terkini di fanpage Facebook mereka.

Mengenai Penulis

Mula menulis blog sejak dari tahun 2015 sehingga kini, Mohd Rasul merupakan front end web designer dan blogger sepenuh masa yang berasal dari Shah Alam, Selangor. Sehingga kini saya telah menghasilkan pelbagai jenis laman web untuk pelanggan-pelanggan saya dan mempunyai lebih 5 tahun pengalaman didalam bidang ini. Anda boleh lihat Portfolio saya jika anda berminat untuk mengetaui lebih lanjut mengenai perkhidmatan saya.

0 komen pembaca

Tiada komen lagi. Jadi yang pertama komen artikel ini.

Buat Komen

Nota: Alamat e-mel anda tidak akan dikongsi oleh pihak ketiga. Ruang bertanda * adalah wajib diisi.

CommentLuv badge

Lagi Artikel Menarik