Travel

KLCC Apa Yang Menarik Disini Sebagai Tumpuan Pelancong

Oleh Mohd Rasul

KLCC atau lebih dikenali sebagai Menara Berkembar PETRONAS (Petronas Twins Towers) ialah sepasang menara berkembar yang pernah menjadi bangunan tertinggi di dunia sebelum diatasi oleh Burj Khalifa dan Taipei 101. Sungguhpun begitu, kedua-dua menara ini masih merupakan menara berkembar tertinggi di dunia dan juga merupakan bangunan tertinggi pada abad ke-20.

Kini, Menara Berkembar Petronas merupakan bangunan ke-11 tertinggi di dunia. Menara Berkembar Petronas memegang gelaran bangunan tertinggi dari tahun 1998 hingga 2004. Menara berkembar KLCC ini merupakan mercu tanda dan ikon Kuala Lumpur, bersama-sama Menara Kuala Lumpur.

KLCC Ikon Utama Kuala Lumpur

Menara Berkembar Petronas ini sememangnya terkenal di kalangan masyarakat tempatan dan pelancong asing sebagai ikon utama Kuala Lumpur dan Malaysia. Jika sebut sahaja KLCC pasti akan terbayangkan Kuala Lumpur.

Ia juga merupakan pusat tumpuan sehenti penduduk kota dengan adanya hotel-hotel bertaraf antarabangsa, pusat membeli-belah mewah Suria KLCC, galeri seni, pusat sains interaktif Petrosains, sebuah aquaria dan dewan filharmonik bertaraf dunia di bawah satu bumbung.

Tarikan pelancong di dalam atau berhampiran KLCC

Berikut adalah antara tarikan pelancong di sekitar KLCC yang sentiasa menjadi tumpuan pelancong yang datang ke Kuala Lumpur. Jika ke Kuala Lumpur tidak ke tempat-tempat dibawah ni memang rugi!

Suria KLCC

Pusat membeli-belah mewah ini mempunyai lebih dari 270 kedai, medan selera dengan makanan antarabangsa, pawagam dan restoran-restoran makan segera. Lokasi yang sentiasa penuh dengan orang ramai sama ada masyarakat tempatan atau pelancong asing terutamanya pada hari minggu.

Taman KLCC

Berdekatan menara terbina sebuah taman dilengkapi kawasan permainan kanak-kanak seluas 2 ekar, air pancut, kolam randuk dan trek joging. Lokasi ini sering menjadi tumpuan orang ramai terutamanya pada hari minggu.

Aquaria

Akuarium bertaraf dunia ini boleh dilawati dengan melalui terowong pejalan kaki di tingkat bawah. Mereka yang ingin bertentang mata dengan jerung boleh membeli pakej Menyelam Bersama Jerung (Dive With The Sharks).

Petrosains

Terletak pada tingkat yang sama dengan kedai buku Kinokuniya, pusat penemuan sains bergelar Petrosains yang luas ini membolehkan anda dan anak-anak anda melihat dan bermain dengan objek-objek yang dipamerkan. Ini termasuklah kereta lumba Formula 1, pelantar minyak dan simulator helikopter.

Dewan Filharmonik Petronas

Di sini juga anda boleh menikmati persembahan klasik atau jazz di dalam sebuah dewan bertaraf dunia dengan kapasiti 865 tempat duduk.

Pusat Konvensyen Kuala Lumpur

Pusat Konvensyen Kuala Lumpur terletak beberapa minit berjalan kaki dari KLCC. Ia merupakan pusat untuk konvensyen, pameran perdagangan dan pameran awam.

Skybridge

Jika anda ingin melihat panorama Kuala Lumpur, Skybridge adalah tempat yang paling terbaik. Disini anda boleh lihat seluruh kawasan Kuala Lumpur dari atas. Memang menarik dan anda perlu cuba dapatkan pengalaman berada disini walaupun sekali.

Mengenai Penulis

Mula menulis blog sejak dari tahun 2015 sehingga kini, Mohd Rasul merupakan front end web designer dan blogger sepenuh masa yang berasal dari Shah Alam, Selangor. Sehingga kini saya telah menghasilkan pelbagai jenis laman web untuk pelanggan-pelanggan saya dan mempunyai lebih 5 tahun pengalaman didalam bidang ini. Anda boleh lihat Portfolio saya jika anda berminat untuk mengetaui lebih lanjut mengenai perkhidmatan saya.

2 komen pembaca

  1. saya ni x duduk KL, jadi sampai skrg x pernah pergi KLCC

    • Mohd Rasul
      Mohd Rasul

      hehe xper. nanti bila ke KL boleh la try ke KLCC 🙂

Buat Komen

Nota: Alamat e-mel anda tidak akan dikongsi oleh pihak ketiga. Ruang bertanda * adalah wajib diisi.

CommentLuv badge

Lagi Artikel Menarik