Teknologi

Ubah Size Gambar Secara Online Dengan PicResize.com

Oleh Mohd Rasul

Ubah Size Gambar Secara Online | Size gambar memainkan peranan yang penting pada sesebuah laman web dimana size gambar yang dipaparkan pada laman web boleh menentukan prestasi laman web tersebut sama ada ringan ataupun berat.

Rata-rata pemilik laman web atau blog menggunakan gambar sebagai gambaran visual bagi menyampaikan maklumat kepada pengguna internet supaya apa yang disampaikan lebih tepat dan jelas. Namun, jika size gambar yang dipaparkan terlalu besar boleh mengakibatkan gambar tersebut lambat untuk dipaparkan dan pengguna internet terpaksa mengambil masa yang lama semata-mata untuk menunggu gambar tersebut selesai dipaparkan.

Ubah Saiz Gambar Secara Online

Perkara ini amat tidak digemari oleh ramai pengguna internet lebih-lebih lagi pada yang menggunakan telefon pintar kerana ia akan menggunakan data yang banyak semata-mata untuk memaparkan gambar.

Masalah ini terjadi disebabkan korang terus upload gambar dari kamera tanpa melihat terlebih dahulu size gambar tersebut sama ada ianya size kecil ataupun besar. Size gambar yang biasanya diambil melalui DSLR kamera adalah diantara 3000 hingga 5000 pixel dan beratnya diantara 3MB hingga ke 5MB manakala dari telefon pintar pula adalah dari 1000 hingga 3000 pixel dan beratnya diantara 1MB hingga 3MB. Size ini adalah terlalu besar dan tidak sesuai untuk diupload di internet.

Ramai yang sebenarnya terlepas pandang perkara ini dan ada pula yang tidak tahu cara untuk “resize” gambar yang diambil. Antara software yang boleh digunakan untuk ubah size gambar adalah seperti Adobe Photoshop, Picasa dan banyak lagi. Namun, bagi yang tak reti untuk gunakan software tadi, jangan risau korang boleh gunakan pelbagai perkhidmatan dari PicResize.com yang menyediakan perkhidmatan untuk ubah size gambar secara percuma.

Cara Ubah Size Gambar Di PicResize.com

ubah saiz gambar secara online dengan picresize

Kenapa PicResize.com? Acul suka gunakan tools dari website PicResize.com ini sebab ianya mudah, mesra pengguna dan dapat mengurangkan size tanpa mengurangkan kualiti gambar tersebut. Walau size gambar tu dah dikecilkan secara menimum namun kualiti gambarnya tetap sama berbanding kalau gunakan software Abode Photoshop dimana lebih kecil size gambar lebih rendah kualiti gambar tersebut.

Berapa size gambar yang sesuai untuk diupload di internet? Ramai yang tertanya-tanya soalan ini. Sebagai seorang web designer Acul sarankan korang gunakan size gambar yang tidak lebih 800 pixel dan berat gambar tidak lebih daripada 300kb untuk memastikan laman web atau blog korang loading dengan laju. Kalau dapat berat setiap gambar tu bawah 200kb lagi bagus.

gambar contoh ubah size gambar online

Ok… Acul akan cuba gunakan gambar diatas ni yang Acul ambil dari Google Image. Size gambar ni adalah 1000×667 pixel dan beratnya adalah 321kb. Agak berat sebenarnya untuk diupload kedalam blog.

cara ubah size gambar dengan picresize

Pada bahagian setting PicResize ni korang boleh pilih sama ada nak ubah size gambar tu dari yang asal atapun tidak. Jika gambar tu terlalu besar, korang boleh pilih Custom Size dan masukan size pilihan korang. Contohnya untuk blog Acul ni, Acul letakkan size 781×521 pixel dari 1000×667 pixel.

Abaikan bahagian “Choose Special Effect:” tak penting pun. Yang penting korang tengok kat bahagian 4 Save As:. Yang ni korang perlu perlu pilih JPG Quality: yang sesuai. Acul selalu gunakan pilihan Better atau Good. Dibawah adalah antara hasil dari 3 jenis kualiti yang dipilih. Korang bandingkan la sendiri.

rsz gambar contoh
Kualiti Good – Berat gambar: 46kb
rsz 1gambar contoh
Kualiti Better – Berat gambar: 68.4kb
rsz 2gambar contoh
Kualiti Best – Berat gambar: 364kb

So macam mana? Ada beza tak kualiti gambar diatas? Tak nampak sangat kan beza kualiti ketiga-tiga gambar ni. Semua lebih kurang je. Tapi yang membezakan adalah berat gambar ni. Jadi guna pilihan kualiti yang memberikan berat gambar yang lebih ringan untuk upload ke dalam blog atau laman web. Baru la blog korang tu loading dengan laju.

Ok… Semoga perkongsian Acul ni dapat membantu korang.

Mengenai Penulis

Mula menulis blog sejak dari tahun 2015 sehingga kini, Mohd Rasul merupakan front end web designer dan blogger sepenuh masa yang berasal dari Shah Alam, Selangor. Sehingga kini saya telah menghasilkan pelbagai jenis laman web untuk pelanggan-pelanggan saya dan mempunyai lebih 5 tahun pengalaman didalam bidang ini. Anda boleh lihat Portfolio saya jika anda berminat untuk mengetaui lebih lanjut mengenai perkhidmatan saya.

2 komen pembaca

    • Mohd Rasul
      Mohd Rasul

      Sama2. Selamat mencuba 🙂

Buat Komen

Nota: Alamat e-mel anda tidak akan dikongsi oleh pihak ketiga. Ruang bertanda * adalah wajib diisi.

CommentLuv badge

Lagi Artikel Menarik