Teknologi

Tips Mendapatkan Blog Yang Laju Dan Ringan

Oleh Mohd Rasul

Blog yang laju dan ringan amat disukai oleh pengguna internet dimana pengguna ini tidak perlu menunggu lama untuk proses loading sesebuah Blog bagi mendapatkan bahan maklumat yang diinginkan.

Blog yang berat dan mempunyai tempoh masa loading yang lama akan menyebabkan pelawat bosan dan berkemungkinan tinggi pelawat akan meninggalkan Blog tersebut lebih-lebih lagi jika pelawat tersebut melayari internet dengan menggunakan telefon pintar.

Rata-rata pengguna internet amat mementingkan masa melayari internet untuk menjaga koata internet masing-masing. Oleh yang demikian, Blogger perlu menitik-berat untuk memastikan Blog laju dan ringan bagi memudahkan pengguna internet untuk masuk ke dalam Blog.

5 Tips Dapatkan Blog Yang Laju Dan Ringan

Tips Mendapatkan Blog Yang Laju Dan Ringan

Ramai Blogger yang inginkan Blog yang laju dan ringan tapi kebanyakkan antara Blogger ini tidak tahu bagaimana untuk mendapatkan Blog yang laju dan ringan. Rata-rata mereka hanya tahu bagaimana menulis dan kemaskini artikel Blog sahaja tetapi tidak tahu bagaimana untuk optimized Blog supaya lebih laju dan ringan.

Berikut adalah 5 tips yang boleh anda gunakan untuk mendapatkan Blog yang laju dan ringan.

1. Size Gambar Yang Sesuai

Size gambar yang diletakkan pada artikel sesebuah Blog amat memainkan peranan penting untuk mendapatkan Blog Yang Laju Dan Ringan. Ramai Blogger diluar sana yang terlepas pandang hal ini dimana mereka tidak mengecilkan (resize) gambar terlebih dahulu mengikut saiz yang sesuai sebelum muat naik di dalam artikel. Ramai yang hanya terus muat naik selepas memindahkan gambar dari kad memori kamera.

Gambar yang bersaiz besar akan mengakibatkan pelawat terpaksa menunggu lama untuk gambar tersebut dipaparkan secara penuh. Adalah agak lama untuk menunggu sekiranya gambar tersebut bersais lebih daripada 1MB lagi-lagi dibuka melalui telefon pintar.

Terdapat pelbagai perisian yang boleh digunakan untuk mengecilkan saiz gambar antaranya ialah Adobe Photoshop, Adobe Lightroom, Picasa, Image Resizer dan banyak lagi. Salah satu teknik adalah mengurangkan kualiti gambar tersebut. Saiz gambar yang sesuai adalah dibawah 900 pixel lebar dan berat gambar 200kb kebawah.

2. Web Font Yang Minumum

Web Font merupakan alternatif buat pereka laman web untuk menghasilkan laman web yang cantik dimana sebelum ini ianya terhad kepada default font seperti arial, times new roman, comic sans dan sebagainya. Penggunaan font pada laman web amat terhad tetapi sejak Google memperkenalkan web font banyak pereka laman web mengaplikasikan web font ke dalam theme dan template laman web.

Penggunaan Web Font yang keterlaluan boleh menyebabkan loading yang lambat kerana font yang digunakan di simpan didalam server Google dan semakin banyak penggunaan web font semakin banyak laman web tersebut perlu meminta (request) kepada server Google. Penggunaan yang minima adalah kurang daripada 3 font.

3. Penggunaan Javascript

Penggunaan Javascript ini biasanya berkaitan dengan penggunaan Widget atau plugin pada sesebuah Blog. Penggunaan plugin yang ada melibatkan penggunaan javascript secara melampau boleh menyebabkan Blog menjadi berat. Penggunaan javascript ini juga meliputi widget media sosial seperti Facebook Like Box, Twitter Timeline, Google Plus dan sebagainya.

Oleh yang demikian ramai pereka laman web cuba untuk mengurangkan penggunaan plugin yang menggunakan javascript dengan meletakan widget tanpa menggunakan plugin dan biasanya widget atau fungsi tertentu yang menggunakan javascript ini disertakan bersama di dalam themes untuk mengurangkan permintaan kepada server luar.

4. Hosting

Ramai yang tidak tahu penggunaan hosting juga mempengaruhi kelajuan sesebuah laman web atau Blog. Kelajuan ini berkaitan dengan dimanakah server hosting itu beroperasi. Sekiranya korang tinggal di dalam Malaysia dan sasaran pembaca korang di dalam Malaysia adalah lebih baik korang mengambil hosting yang beroperasi di dalam Malaysia atau Singapura.

Ramai Blogger yang mengambil syarikat hosting dari luar negara kerana perkhidmatannya yang bagus. Acul juga pernah menggunakan perkhidmatan hosting dari luar seperti hostgator dan godaddy. Walau bagaimana pun kini Acul lebih suka menggunakan hosting dari Malaysia kerana lebih laju berbanding hosting luar kerana sasaran pembaca Acul dari Malaysia sendiri.

Korang boleh menggunakan hosting luar tetapi korang memerlukan Content Deliver Network (CDN) untuk memastikan Blog korang laju dibuka walau pembaca korang itu tinggal dimana-mana negara sekalipun.

5. Plugin W3 Cache

Plugin W3 Cache amat berguna untuk mendapatkan Blog yang laju dan ringan dimana plugin ini akan menyimpan data (cache) dari Blog korang setelah pertama kali dibuka.

Rata-rata laman web buat permulaan kalinya dibuka akan loading lambat kerana pelayar web korang akan membaca segala data baru dari Blog. Setelah dibuka untuk pertama kali, plugin W3 Cache akan menyimpan data Blog dan sekiranya pembaca korang membuka kali kedua atau seterusnya akan laju melainkankan pembaca tersebut membuang segala simpanan dari pelayar web (clear cache and cookies).

__________

Secara kesimpulannya untuk menghasilkan sebuah Blog yang berkualiti, seseorang Blogger itu juga perlu memastikan Blog mereka laju dan ringan untuk memudahkan pembaca mendapatkan bahan maklumat dari Blog. Blog yang laju dan ringan amat disukai oleh pelawat kerana mereka tidak perlu menunggu lama untuk membuka sebuah Blog.

Blog yang mengggunakan pelbagai widget juga akan menyebabkan Blog menjadi semak. Adalah lebih baik jika korang hanya gunakan widget yang penting sahaja.

Semoga tips ini membantu untuk korang menghasilkan sebuah Blog yang ideal bukan setakat pada korang tetapi kepada pembaca Blog korang juga.

Mengenai Penulis

Mula menulis blog sejak dari tahun 2015 sehingga kini, Mohd Rasul merupakan front end web designer dan blogger sepenuh masa yang berasal dari Shah Alam, Selangor. Sehingga kini saya telah menghasilkan pelbagai jenis laman web untuk pelanggan-pelanggan saya dan mempunyai lebih 5 tahun pengalaman didalam bidang ini. Anda boleh lihat Portfolio saya jika anda berminat untuk mengetaui lebih lanjut mengenai perkhidmatan saya.

4 komen pembaca

  1. Liz
    Liz

    thanks utk info yg berguna ni

    • Mohd Rasul
      Mohd Rasul

      sama2 🙂

    • Mohd Rasul
      Mohd Rasul

      sama2 🙂

Buat Komen

Nota: Alamat e-mel anda tidak akan dikongsi oleh pihak ketiga. Ruang bertanda * adalah wajib diisi.

CommentLuv badge

Lagi Artikel Menarik