Teknologi

Tips Bagaimana Dapatkan Ranking Alexa Yang Baik

Oleh Mohd Rasul

Pentingkah ranking Alexa dan apakah kesannya kepada laman web atau Blog? Acul pasti ramai diantara korang yang memikirkannya dan Acul percaya ramai diantara Blogger-Blogger di luar sana berlumba untuk mendapatkan ranking yang baik untuk laman web dan Blog mereka.

Sebelum kita pergi ke Tips Bagaimana Dapatkan Ranking Alexa Yang Baik eloklah kita terlebih dahulu ketahui apakah ia Alexa. Alexa merupakan laman web yang menyediakan perkhidmatan (tools) yang menyusun kedudukan laman web di dalam dunia mengikut kedudukan didalam dunia dan lokasi laman web tersebut mengikut negara.

Alexa seringkali dijadikan rujukan buat pemilik laman web dan juga syarikat pengiklanan bagi memeriksa kedudukan sesebuah laman web tersebut. Bagi seorang Blogger, ranking Alexa amat penting kerana dari situ mereka dapat melihat prestasi dan kedudukan Blog mereka. Semakin popular Blog tersebut, semakin bernilai sesebuah laman Blog tersebut.

Tips Dapatkan Ranking Alexa Yang Baik

Tips Bagaimana Dapatkan Ranking Alexa Yang Baik

Acul percaya ramai diantara Blogger-Blogger diluar sana yang inginkan ranking Alexa yang baik. Ranking Alexa yang baik membolehkan anda menjual perkhidmatan Blog korang untuk tujuan pengiklanan dan sudah semestinya syarikat yang mencari medium untuk tujuan pengiklanan amat mementingkan kedudukan Blog tersebut.

Persoalannya, bagaimanakah untuk dapatkan ranking alexa yang baik? Ramai diantara kita yang mencari-cari cara untuk mendapatkan ranking alexa yang baik dan kalau boleh serendah-rendah ranking yang Blog kita tersenarai di ranking Alexa. Semakin rendah ranking Alexa semakin bernilai Blog kita. Contohnya ranking Alexa bawah daripada 500 kedudukan di dalam Malaysia dan ranking Alexa 100,000 dari kedudukan di dalam dunia.

Untuk mencapai ranking Alexa seperti diatas bukanlah sesuatu yang mudah dan memerlukan usaha keras yang berpanjangan dan ranking Alexa ini juga bukanlah berterusan. Jatuh atau naik tu perkara biasa dan ianya juga dipengaruhi oleh usaha pemilik Blog tersebut.

Berikut adalah beberapa Tips yang boleh anda gunakan untuk dapatkan ranking Alexa yang baik dan semoga tips ini dapat membantu anda.

1. Sentiasa Kemaskini Entri

Sebagai seorang Blogger adalah sudah semestinya korang perlu mengemaskini Blog korang dengan entri-entri terbaru. Ia bukan sahaja memastikan Blog korang aktif tetapi ia juga memastikan Blog anda sentiasa di lawati oleh bot dari laman enjin pencarian seperti Google, Yahoo! dan Bing.

Blog yang sentiasa dikemaskini sekurang-kurangnya seminggu sekali dan lebih baik setiap hari amat disukai oleh laman enjin pencarian dan sudah semestinya ia juga akan membantu Blog korang mendapatkan ranking alexa yang baik.

2. Alexa Tracking

Bagi seorang Blogger yang mementingkan ranking Alexa, korang perlu memasukkan Alexa Tracking ini di dalam Blog korang untuk memudahkan Alexa menyusun kedudukan korang. Untuk mendapatkan Alexa Tracking Code ini korang hanya perlu mendaftar di laman web Alexa.

Pendaftaran adalah percuma dan jika korang nak fungsi tambahan dari Alexa ini korang perlu membayar untuk mendapatkannya. Untuk Blog atau laman web yang professional sudah semestinya mereka akan membeli fungsi tambahan ini.

3. Tools Alexa

Tools Alexa ni merangkumi tools yang disediakan oleh Alexa untuk pelayar (browser) web korang. Untuk memastikan Alexa sentiasa memeriksa Blog korang adalah lebih elok sekiranya korang pasang tools yang disediakan. Antaranya ialah Alexa Toolbar dan Alexa Traffic Rank yang boleh anda pasang di pelayar web Google Chrome. Setiap tools ini adalah percuma.

Selain untuk memastikan Alexa memeriksa Blog korang ia juga memudahkan korang memeriksa kedudukan Blog korang dan juga kedudukan Blog lain. Dari sini ia akan memudahkan korang sentiasa mendapatkan maklumat terkini ranking Alexa. Seperti Acul, Acul lagi mudah untuk gunakan extensions Alexa Traffic Rank pada pelayar Google Chrome.

4. Trafik Konsisten

Untuk mendapatkan ranking Alexa yang baik sudah semestinya Blog korang memerlukan trafik lawatan pelawat yang konsisten. Trafik ini juga meliputi kemaskini entri terbaru dari Blog korang. Jika korang jarang update dan lagi-lagi Blog tu dah bersawang tunggu je ranking akan jatuh dengan mendadak.

Walau bagaimana pun sekiranya Blog anda menerima jumlah pelawat yang banyak dalam masa pendek, ranking Alexa akan berada dikedudukan yang sangat baik dalam masa yang cepat. Tapi awas! Ranking Blog korang juga mudah jatuh dengan cepat. Jadi trafik yang konsisten adalah lebih baik.

5. Entri Diterap Elemen SEO

Entri yang diterap dengan elemen SEO sudah semestinya disukai oleh laman enjin carian seperti Google, Yahoo! dan Bing. Blog yang sentiasa dikemaskini dengan entri yang mempunyai elemen SEO akan di indexkan di halaman enjin carian dengan lebih cepat dan ini juga mempengaruhi ranking Alexa.

Selain dari itu, sebagai Blogger amat penting untuk anda melawat (Blogwalking) Blog lain dan seterusnya meninggalkan komen yang berkualiti pada entri Blog yang anda lawat. Komen yang berkualiti juga boleh menjadi backlink kepada Blog anda. Ia juga mempengaruhi ranking Alexa Blog anda.

________

Secara keseluruhannya untuk mencapai ranking Alexa yang rendah bukan tugas yang mudah. Untuk dapat dalam jangka masa yang pendek sebenarnya amat mudah tetapi untuk menstabilkan ranking tersebut merupakan tugas yang amat mencabar.

Untuk pengetahuan korang. Blog Acul ini baru sahaja sebulan diaktifkan semula setelah lebih daripada 5 bulan bersawang tanpa sebarang kemaskini entri baru. Dari ranking Alexa di dunia 4 juta kini berada di kedudukan 250,616 dan 817 di dalam malaysia.

Mengenai Penulis

Mula menulis blog sejak dari tahun 2015 sehingga kini, Mohd Rasul merupakan front end web designer dan blogger sepenuh masa yang berasal dari Shah Alam, Selangor. Sehingga kini saya telah menghasilkan pelbagai jenis laman web untuk pelanggan-pelanggan saya dan mempunyai lebih 5 tahun pengalaman didalam bidang ini. Anda boleh lihat Portfolio saya jika anda berminat untuk mengetaui lebih lanjut mengenai perkhidmatan saya.

0 komen pembaca

Tiada komen lagi. Jadi yang pertama komen artikel ini.

Buat Komen

Nota: Alamat e-mel anda tidak akan dikongsi oleh pihak ketiga. Ruang bertanda * adalah wajib diisi.

CommentLuv badge

Lagi Artikel Menarik