Lifestyle

5 Tips Diet Di Hari Raya Untuk Kurangkan Berat Badan

Oleh Mohd Rasul

Diet di hari raya? Makanan dan minuman yang diambil semasa hari raya kebiasaannya mengandungi kandungan lemak, gula, dan kalori yang tinggi. Ikutilah tips diet berikut untuk elak dari tambah berat badan pada bulan syawal.

Kini dah masuk Hari Raya yang ke-8 setelah seminggu kita menyambut Hari Raya. Ramai juga diantara kita yang dah mula bekerja hari ini setelah pulang beraya di kampung. Gaya hidup seharian mungkin akan mengalami sedikit perubahan.

Antaranya, kecenderungan untuk makan makanan berat yang tinggi. Makanan dan minuman yang diambil semasa hari raya kebiasaannya mengandungi kandungan lemak, gula, dan kalori yang tinggi.

5 Tips Diet Di Hari Raya Kurangkan Berat Badan

5 Tips Diet Di Hari Raya Untuk Kurangkan Berat Badan

Seseorang mungkin mengambil jumlah makanan yang berkalori tinggi tanpa mereka sedari. Ini boleh menyebabkan seseorang itu mengalami penambahan berat badan lebih kurang 2-3 kg semasa hari raya.

Kalori berlebihan bukan sahaja membuatkan ukur lilit pinggang anda bertambah, ia juga boleh menjadi punca kepada masalah yang lain seperti gastrik dan makanan sukar dihadam. Selain itu, ia juga boleh menyebabkan keadaan menjadi lebih teruk seperti penyakit kronik seperti kencing manis dan darah tinggi.

Di bawah Acul cuba kongsikan beberapa tips diet di Hari Raya untuk kurangkan berat badan yang boleh membantu anda untuk kekal sihat semasa hari raya Aidilfitri ini.

1. Kawal Nafsu Makan

Kebiasaannya pelbagai jenis makanan yang dihidangkan semasa hari raya Aidilfitri seperti rendang, ketupat, rendah, dan 1001 macam jenis kuih raya. Anda dinasihatkan mengawal nafsu semasa melihat makanan yang terhidang. Cuba ambil masa beberapa saat untuk melihat semua makanan sebelum membuat keputusan untuk memilih makanan yang anda ingin makan.

Dengan cara ini, ia boleh membantu anda untuk mengambil jumlah setiap makanan yang anda inginkan secara terkawal. Seterusnya, dengan makan makanan dalam jumlah yang sederhana dan terkawal, ia akan memberi peluang kepada system penghadaman badan anda untuk terus berfungsi dengan baik sepanjang Hari Raya ini. Ini merupakan tips diet di hari raya yang paling utama perlu diberi perhatian.

2. Minum Air Secukupnya

Dalam keghairahan untuk mencuba semua jenis hidangan hari raya yang tersedia, anda dinasihatkan untuk tidak lupa minum air dengan cukup dan mengambil makanan yang kaya dengan fiber.

Ini adalah untuk mengelakkan anda mengalami masalah sembelit semasa hari raya. Tentu tidak seronok, bukan? Orang lain bergembira bertemu sanak saudara di hari raya, tetapi anda terperangkap di dalam tandas sepanjang hari.

3. Kurangkan Hidangan Bergula & Lemak Berlebihan

Semua pun sedia maklum, hidangan di hari raya ini kebanyakannya terdiri dari makanan yang manis, berlemak, dan tidak kurang juga mengandungi kandungan garam yang tinggi. Oleh itu, anda dinasihatkan untuk mengurangkan pengambilan makanan yang bergula dan berlemak lebihan seperti ini.

Selain itu, tidak kurang juga hidangan minuman bikarbonat seperti coca-cola merupakan minuman yang popular di hari raya. Anda perlu ingat, kandungan gula dan kafein di dalam air bikarbonat adalah sangat tinggi. Oleh itu, tidak salah jika anda minum setengah gelas air coca-cola, dan kemudian segelas air kosong sekiranya anda masih berasa dahaga.

Makanan dan minuman yang tinggi kandungan gula, lemak, garam, dan kafein boleh menyebabkan masalah seperti makanan tidak hadam dan sembelit.

4. Makan Buah Kurma

Pengambilan beberapa biji kurma sebelum menjamu juadah adalah sangat digalakkan. Bukan hanya di bulan Ramadan sahaja kita makan kurma ya. Pengambilan buah kurma sangat elok untuk penghadaman makanan dan yang paling penting ianya mengikuti Sunnah Nabi S.A.W.

Kemudian, anda dicadangkan makan makanan seperi roti gandum penuh, susu rendah lemak, dan sepotong buah-buahan sebagai sarapan ringan sebelum anda menjamah ketupat dan rendang.

5. Makan Sayur-Sayuran & Buah-Buahan

Untuk makan tengahari dan makan malam, Acul pasti kebanyakan dari kita yang mungkin sudah terlalu kenyang dengan ketupat dan lemang serta hidangan hari raya yang lain. Namun, sekiranya anda berjaya mengawal pemakanan anda pada hari tersebut, anda bolehlah menambah pengambilan sayur-sayuran, dan buah-buahan segar.

Ini kerana pada hari raya amat sukar sekali kita lihat makanan yang tersedia yang boleh dihidang bersama sayur-sayuran dan buah-buahan. Sayur-sayuran dan buah-buahan ini sangat penting untuk membantu penghadaman makanan yang anda ambil sepanjang hari tersebut.

___

Diharap tips Diet di Hari Raya yang dikongsikan sedikit sebanyak dapat membantu anda untuk mengawal pengambilan makanan di hari raya nanti. Walaupun raya setahun sekali namun kesihatan tubuh badan kita juga perlu dijaga.

Mengenai Penulis

Mula menulis blog sejak dari tahun 2015 sehingga kini, Mohd Rasul merupakan front end web designer dan blogger sepenuh masa yang berasal dari Shah Alam, Selangor. Sehingga kini saya telah menghasilkan pelbagai jenis laman web untuk pelanggan-pelanggan saya dan mempunyai lebih 5 tahun pengalaman didalam bidang ini. Anda boleh lihat Portfolio saya jika anda berminat untuk mengetaui lebih lanjut mengenai perkhidmatan saya.

2 komen pembaca

  1. Liz Sha
    Liz Sha

    Thx utk tips yy berguna ni 👍

    • Mohd Rasul
      Mohd Rasul

      sama2. semoga membantu 🙂

Buat Komen

Nota: Alamat e-mel anda tidak akan dikongsi oleh pihak ketiga. Ruang bertanda * adalah wajib diisi.

CommentLuv badge

Lagi Artikel Menarik