Hiburan

Terbaik Dari Langit Movie Day Out Bersama Siti Saleha

Oleh Mohd Rasul

Setelah lebih lebih 2 tahun Acul tak aktif dalam sebarang aktiviti berkaitan hiburan sejak dari tahun 2012 hingga sekarang akhirnya Acul aktif kembali. Semalam (Sabtu) Acul telah dijemput oleh Kak Deedee iaitu orang kuat Team Siti Saleha (Fan Club Siti Saleha) untuk turut serta dalam Movie Day Out bersama Siti Saleha.

Untuk pengetahuan anda, Acul memang dah lama tak join sebarang aktiviti berkaitan hiburan ni sejak dari 2 tahun yang lepas. Last join event dengan Siti Saleha ni seingat Acul pada tahun 2012 yang lepas. Lepas tu dah jarang dan stop join event berkaitan hiburan kerana lebih menumpukan kepada Blog niche lain dan cuma baru-baru ni je Acul mula aktif kembali join dan yang terbaru ni Fans Gathering Encik Mimpi.

Movie Day Out Bersama Siti Saleha

meja pendaftaran movie day out terbaik dari langit besama siti saleha

Movie Day Out Bersama Siti Saleha ini telah berlangsung di Cathay Cineleisure eCurve Damansara bermula dari jam 11.30 pagi sehingga jam 4 petang. Seramai lebih daripada 30 peminat Siti Saleha telah berkumpul disini untuk meluangkan masa bersama artis kegemaran mereka sebagai tanda sokongan kepada filem terbaru lakonan Siti Saleha Terbaik Dari Langit yang kini masih lagi ditayangkan di pawagam di seluruh Malaysia.

Review Filem Terbaik Dari Langit

Untuk pengetahuan anda, filem Terbaik Dari Langit adalah filem yang kelima lakonan Siti Saleha selepas filem Kerat 14, KL Zombi, Balada Pencinta dan Mamak Cupcake. Ternyata lakonan Siti Saleha semakin bertambah baik. Tahniah Acul ucapkan.

kutipan derma mangsa banjir movie day out bersama siti saleha
Movie Day Out Bersama Siti Saleha dan kutipan derma mangsa banjir. Gambar oleh Ong Chen Fei

Selain dari beramah mesra, tonton wayang dan bergambar dengan Siti Saleha, Team Siti Saleha juga telah mengumpul dana untuk membantu mangsa banjir. Syabas Acul ucapkan kepada Team Siti Saleha yang prihatin.

Ada 3 Blogger lain telah dijemput sama untuk Terbaik Dari Langit Movie Day Out bersama Siti Saleha ni iaitu HalimBrothers, Hermas Jalil dan Muaz Faris. Acul pun memang dah lama tak lepak sekali dengan Hermas Jalil. Last jumpa kalau tak silap Acul tahun 2013. Lepas tu masing-masing dah sibuk dengan urusan sendiri.

movie day out terbaik dari langit bersama siti saleha

Sampai je kat eCurve tu Acul ditegur oleh Kak Deedee. Ha Nasib baik kak Deedee masih cam Acul lagi. Hehehe Dalam ramai-ramai ahli Team Siti Saleha Acul paling rapat dengan kak Deedee. Kak Deedee memang peramah. Siti Saleha pun sama, memang peramah. Selama Acul bergiat aktif dalam dunia hiburan ni ada beberapa artis yang Acul suka dengan sifat peramah mereka yang diantaranya Fazura, Shaheizy Sam dan Yana Samsudin. Diorang pun dah lama Acul tak jumpa. Bila tah berpeluang lagi nak jumpa diorang ni.

Lebih kurang jam 12.30 tengah hari kami semua masuk ke dalam panggung wayang untuk tonton filem Terbaik Dari Langit ni. Acul pun dah lama tak tengok wayang. Rasa-rasanya last tengok pun bulan 11 tahun lepas.

movie day out bersama siti saleha filem terbaik dari langit
Bergambar dalam panggung wayang pun boleh. Acul belakang Siti Saleha tu. Gambar oleh Ong Chen Fei

Filem Terbaik Dari Langit ni bagi Acul lain daripada filem tempatan yang lain. Memang ada kelainan. Elemen yang nak disampaikan pun amat jelas dan kena pada penonton. Yelakan Bagi sesiapa yang pernah tinggal di asrama dan hostel pasti akan mengimbau kembali kenangan tu. Kena buli, fly out, bergaduh dan kantoi dengan cikgu tu memang dah perkara biasa. Acul pun dulu masa belajar pernah tinggal di asrama dan hostel.

barisan pelakon terbaik dari langit
Antara barisan pelakon filem Terbaik Dari Langit. Dari kiri Megat Sharizal, Sharifah Amani, Siti Saleha, Nadiya Nisaa dan Iedil Putra.

Habis je tonton filem, mulalah sesi beramah mesra dan bergambar dengan Siti Saleha sambil menjamu selera. Time tu juga barisan pelakon filem Terbaik Dari Langit turut hadir untuk memeriahkan Movie Day Out bersama Siti Saleha.

Antara yang hadir adalah Megat Sharizal, Sharifah Amani, Nadiya Nisaa dan Iedil Putra. Memang sporting mereka-mereka ni. Salute sangat-sangat!

__________

Akhir kata, sekali lagi Acul ucapkan ribuan terima kasih kepada Kak Deedee kerana sudi menjemput Acul kembali dan terima kasih tak terhingga juga kepada Hermas Jalil kerana memperkenalkan Acul dengan Siti Saleha 3 tahun yang lepas.

Lepas ni Acul nak aktif kembali dalam event berkaitan hiburan selain perbanyakan entri mengenai travel dan food dalam Blog ni. Nak cuba pelbagaikan entri supaya ada variasi. Bagi anda yang masih belum tonton filem Terbaik Dari Langit lagi, ambil peluang ni untuk tonton filem ini dan sokonglah industri filem tempatan kita.

Mengenai Penulis

Mula menulis blog sejak dari tahun 2015 sehingga kini, Mohd Rasul merupakan front end web designer dan blogger sepenuh masa yang berasal dari Shah Alam, Selangor. Sehingga kini saya telah menghasilkan pelbagai jenis laman web untuk pelanggan-pelanggan saya dan mempunyai lebih 5 tahun pengalaman didalam bidang ini. Anda boleh lihat Portfolio saya jika anda berminat untuk mengetaui lebih lanjut mengenai perkhidmatan saya.

0 komen pembaca

Tiada komen lagi. Jadi yang pertama komen artikel ini.

Buat Komen

Nota: Alamat e-mel anda tidak akan dikongsi oleh pihak ketiga. Ruang bertanda * adalah wajib diisi.

CommentLuv badge

Lagi Artikel Menarik