Food Review

Restoran Nelayan Gombak Buffet Ramadhan 2017

Oleh Mohd Rasul

Masih lagi tercari-cari tempat untuk berbuka puasa bulan puasa ni? Kali ni Acul nak kongsikan kat korang satu tempat berbuka puasa yang sedap di sekitar Kuala Lumpur yang boleh korang cuba pada bulan puasa ni.

Baru-baru ni Acul telah dijemput oleh pihak Restoran Nelayan Gombak untuk mencuba hidangan menu berbuka puasa mereka yang terletak berhampiran dengan Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Gombak.

Korang yang tinggal berhampiran Gombak seperti di Batu Caves, Selayang, Ampang atau yang berhampiran tu apa kata korang cuba berbuka puasa disini. Ajak sekali kawan-kawan, rakan sekerja atau ahli keluarga korang sekali. Confirm korang tak akan menyesal.

Restoran Nelayan Gombak Tawar Sajian Masakan kampung

buffet ramadhan 2017 restoran nelayan gombak

Restoran Nelayan Gombak ini yang dahulunya dikenali sebagai Restoran Nelayan Titiwangsa yang merupakan sebuah restoran terapung yang sangat terkenal di Taman Tasik Titiwangsa Kuala Lumpur sejak dari tahun 80an. Acul percaya rata-rata yang tinggal di Kuala Lumpur pernah ke restoran ini atau pernah dengar nama restoran ini kan?

Untuk pengetahuan korang, restoran ini telah berpindah ke Gombak pada tahun 2012 atas sebab-sebab tertentu dan telah diambil alih oleh Q’Sha Trading (M) Sdn Bhd yang mula menguruskan restoran ini sejak tahun 2016. Sekarang Restoran Nelayan ini beroperasi sepenuhnya di Gombak.

Menu utama yang menjadi tarikan pengunjung di sini adalah stimboat dan grill. Tetapi bukan itu sahaja, malah turut disediakan menu lain seperti nasi putih, nasi goreng, laksa, lauk pauk kampung, pencuci mulut seperti puding, buah buahan dan kuih muih.

roti jala magic restoran nelayan gombak

Antara yang menjadi tumpuan adalah gerai Roti Jala Magic yang dihidangkan dengan pelbagai warna. Memang sedap. Selain itu juga, Roti John turut disediakan selain menjadikan kambing bakar sebagai menu wajib seperti mana-mana lokasi majlis berbuka puasa.

menu hidangan masakan kampung buffet ramadhan restoran nelayan gombak

Bagi tetamu yang nak merasa menu masakan kampung pula, Restoran Nelayan Gombak juga menyediakan lebih daripada 15 jenis menu dan ini dapat memberikan kepada pelanggan lebih banyak jenis pilihan dan salah satunya jenis pilihan kerabu dan ulaman tradisional untuk melengkapkan sajian kampung mereka. Tak lupa juga “live cook” daging gulai kawah dan daging salai masak lemak yang memang pekat dan sedap.

Selain dari hidangan masakan kampung, tetamu juga boleh memilih makanan dari stall Noodle Station seperti Nonya Kari Laksa dengan pilihan mee atau kuew tiaw sup. Dari segi minuman pula menyediakan pelbagai jenis air cordial untuk memberikan banyak pilihan selain Teh Tarik Istimewa dan Cendol.

Kemudahan di Restoran Nelayan Gombak

persembahan di restoran nelayan gombak

Selain dari tempat makan yang luas, restoran ini juga ada pentas untuk persembahan bagi menghiburkan pengunjung yang datang kesini. Selain dari itu, restoran ini juga turut menyediakan kemudahan tandas dan ruang solat yang luas. Bagi yang nak solat terawih pun tak perlu nak terkejar-kejar sebab korang boleh terus solat terawih di restoran ini yang boleh memuatkan 200 orang dalam satu masa. Pihak restoran juga telah menjemput imam muda untuk mengimamkan solat terawih disini.

Antara kemudahan lain di restoran ini adalah ruang parking yang sangat luas dimana ruang parking ini boleh memuatkan 80 hingga 100 kereta dan 6 bas dalam satu masa. Jadi korang tak perlu risau pasal parking.

Bagi yang tercari-cari lokasi untuk buat rumah terbuka, korang boleh gunakan restoran ini sebagai lokasi rumah terbuka korang. Memang selesa. Disini juga ada dewan yang boleh memuatkan 500 hingga 600 tetamu dalam satu masa. Sesuai untuk sesiapa yang nak mengadapakan majlis perkahwinan. Bilik VIP dan homestay juga turut disediakan. Memang lengkap kemudahan yang disediakan.

Untuk tempahan dan maklumat boleh terus direct call atau whatsapp ke 03-6185 8400, 013-223 7228, 013-296 7228 dan 019-293 1397.

Harga Buffet Ramadhan Restoran Nelayan Gombak
Dewasa : RM 49.90
Kanak-Kanak/Warga Emas : 50% Diskaun
Kanak-kanak usia 4 tahun dan ke bawah Percuma.

Restoran Nelayan Gombak
Batu 8, Jalan Gombak Utara, Kuala Lumpur.
(berdekatan dengan UIA Gombak)

Waze: Restoran Nelayan Gombak
No Telefon: 03 6185 8400

Facebook | Instagram

Baca: Buffet Ramadhan 2017 SACC Shah Alam
Baca: Buffet Ramadhan 2017 Laman Kayangan Shah Alam

Mengenai Penulis

Mula menulis blog sejak dari tahun 2015 sehingga kini, Mohd Rasul merupakan front end web designer dan blogger sepenuh masa yang berasal dari Shah Alam, Selangor. Sehingga kini saya telah menghasilkan pelbagai jenis laman web untuk pelanggan-pelanggan saya dan mempunyai lebih 5 tahun pengalaman didalam bidang ini. Anda boleh lihat Portfolio saya jika anda berminat untuk mengetaui lebih lanjut mengenai perkhidmatan saya.

4 komen pembaca

  1. Liz
    Liz

    macam best je kalau berbuka kat sini

    • Mohd Rasul
      Mohd Rasul

      memang best pun 🙂

  2. aduh.

    jauh gila kalau nak pegi sejak dok johor nih.

    • Mohd Rasul
      Mohd Rasul

      eh dah tak duduk banting dah ke bro?

Buat Komen

Nota: Alamat e-mel anda tidak akan dikongsi oleh pihak ketiga. Ruang bertanda * adalah wajib diisi.

CommentLuv badge

Lagi Artikel Menarik