Food Review

Buffet Ramadhan Laman Kayangan 2018 Shah Alam

Oleh Mohd Rasul

Buffet Ramadhan Laman Kayangan 2018 Shah Alam | Sedar tak sedar, dah hampir tiba seluruh umat Islam akan menyambut kedatangan bulan Ramadhan bulan yang penuh keberkatan dimana umat Islam akan berlumba-lumba untuk menunaikan ibadah pada bulan yang mulia ini.

Selain daripada berlumba-lumba menunaikan ibadat pada Ramadhan ini, tidak ketinggalan juga kemeriahan Buffet Ramadhan yang memang menjadi alternatif untuk umat Islam berbuka bersama ahli keluarga dan sahabat selain daripada berbuka di rumah, kedai makan dan membeli juadah di bazar Ramadhan. Ramai juga ahli perniagaan yang menggunakan peluang Buffet Ramadhan ini untuk bersedekah menjamu anak-anak yatim.

Buffet Ramadhan 2018 Kembara Selera Memikat Jiwa di Laman Kayangan Shah Alam

buffet ramadhan 2018 laman kayangan

Seperti tahun-tahun sebelumnya, Laman Kayangan Shah Alam yang terletak di Seksyen 7 Shah Alam ini memang tidak ketinggalan untuk mengadakan Buffet Ramadhan yang pasti membuatkan pengunjung teruja dengan aneka hidangan yang disediakan disini. Memang banyak pilihan hidangan makanan yang boleh dicuba disini untuk berbuka puasa. Kalau pergi sekali je memang tak puas nak rasa semuanya.

Tahun 2018 ini merupakan kali ke-6 dah Acul dijemput untuk turut sama di dalam majlis preview Buffet Ramadhan di Laman Kayangan. Majlis preview buffet ramadhan kali ini telah disempurnakan oleh Pengarah Urusan Segi Seri Sdn. Bhd. iaitu Tuan Haji Azhar bin Haji Baharin dan turut dimeriahkan oleh instafamous FaizDickie & Naddyepul.

Nasi Arab Kambing Golek buffet ramadhan laman kayangan shah alam

Untuk pengetahuan anda juga, terdapat lebih kurang 88 menu akan disediakan di buffet Ramadan di Laman Kayangan sepanjang Ramadan ini. ‘Sup Tulang Merah’ dan ‘Nasi Arab Kambing Golek’ merupakan antara ‘signature dish’ yang bakal menjadi tarikan utama pengunjung yang datang berbuka puasa di Laman Kayangan nanti.

hidangan buffet ramadhan 2018 laman kayangan aneka kuih buffet ramadhan laman kayangan

Antara menu lain yang dihidangkan di Buffet Ramadhan Laman Kayangan Shah Alam adalah seperti Kacang Pool Larkin, Nasi Kabuli, Daging Damia, Ayam Kalio, Mee Kari Nyonya, BBQ Station dan banyak lagi yang pastinya akan membuat pengunjung rambang mata dengan hidangan yang disediakan.

Antara kemudahan lain yang disediakan ialah:

  • Parking percuma
  • Surau
  • Tandas
  • Lokasi yang cantik dan berhawa dingin
  • Persembahan ghazal

Harga Buffet Ramadhan 2018 Laman Kayangan

Early Bird (pembelian awal sehingga 16 Mei 2018)
RM50 Dewasa
RM35 Kanak-kanak dan warga emas

Harga Normal
RM65 Dewasa
RM35 Kanak-kanak / warga emas

Pakej Korporat
Beli 50 meja
PERCUMA
*500 cenderahati istimewa
*5 Hamper
*PA System & Projector

Beli 10 meja
PERCUMA
*1 meja
*100 cenderahati istimewa

Untuk pertanyaan dan keterangan lanjut, anda boleh menghubungi:

Pn Hasmal
019 2503090 / 012 2533973

En Azahari
019 2331351

Mengenai Penulis

Mula menulis blog sejak dari tahun 2015 sehingga kini, Mohd Rasul merupakan front end web designer dan blogger sepenuh masa yang berasal dari Shah Alam, Selangor. Sehingga kini saya telah menghasilkan pelbagai jenis laman web untuk pelanggan-pelanggan saya dan mempunyai lebih 5 tahun pengalaman didalam bidang ini. Anda boleh lihat Portfolio saya jika anda berminat untuk mengetaui lebih lanjut mengenai perkhidmatan saya.

1 komen pembaca

  1. Mohd Ashraf
    Mohd Ashraf

    Penah buka puasa kat sini tahun lepas. Memang rambang mata pilih makanan. Makanan pun sedap2 belaka

Buat Komen

Nota: Alamat e-mel anda tidak akan dikongsi oleh pihak ketiga. Ruang bertanda * adalah wajib diisi.

CommentLuv badge

Lagi Artikel Menarik