Food Review

Buffet Ramadhan 2017 Asap Steamboat Murah & Berbaloi

Oleh Mohd Rasul

Buffet Ramadhan 2017 Asap Steamboat | Masih lagi mencari tempat berbuka puasa yang murah dan berpatutan tetapi berbaloi dengan nilai yang dibayar? Ni Acul nak perkenalkan lokasi buffet ramadhan yang ada di Puchong, Selangor yang boleh korang cuba pada bulan puasa ni.

Lokasi yang Acul nak beritahu ni adalah Buffet Ramadhan di Asap Steamboat & Grill yang terletak di tengah bandar Puchong dan USJ Subang Jaya. Lokasinya di Kampung Tengah, Puchong berdekatan dengan One City, USJ Subang Jaya.

Buffet Ramadhan 2017 Asap Steamboat

asap steamboat and grill puchong

Asap Steamboat & Grill ni menggunakan gabungan konsep “Steel and Nature Under The Stars” yang dibawakan oleh Nurul Izzah Catering dan Asap Steamboat & Grill untuk suasana berbuka puasa pada Ramadhan kali ini sememangnya amat mengujakan terutamanya bagi warga kota yang inginkan pengalaman berbuka puasa dalam suasana kampung.

Konsep “Steel” diilhamkan daripada struktur kontena yang diperbuat daripada besi. Manakala “Nature” merujuk kepada lokasi yang diadakan dalam kawasan kampung. Sementara “Under The Stars” pula, pengujung dapat menikmati pelbagai pilihan juadah berbuka puasa di bawah langit terbuka selain ruang lain yang berbumbung.

Bahan Mentah Segar dan Berkualiti

makanan segar di buffet ramadhan asap steamboat

Hidangan enak semestinya dihasilkan dari resipi yang terbaik serta menggunakan bahan-bahan yang berkualiti. Di Asap Steamboat & Grill, hanya bahan-bahan segar dan berkualiti yang dihidangkan kepada para pelanggan.

Menurut pemiliknya, stok bahan-bahan mentah seperti daging, makanan laut dan makanan sejuk beku, semuanya diambil daripada pembekal yang diyakini serta dijamin halal. Selain itu, pemilik restoran ini juga amat menitik beratkan rasa serta kepelbagaian hidangan yang boleh dipilih oleh pelanggan.

kambing bakar asap steamboat and grill puchong hidangan juadah berbuka puasa di Asap Stemboat Puchong

Ini terbukti apabila setiap hidangan di Asap Steamboat & Grill disediakan oleh chef yang berpengalaman luas serta diadun menggunakan resipi istimewa. Hidangan ini terdiri daripada 100 jenis makanan yang terdiri daripada makanan perap seperti kambing, ayam, ikan dan daging yang diadun istimewa. Ia boleh dinikmati dengan tiga perasa iaitu BBQ, madu dan black pepper.

asap steamboat puchong makanan di asap steamboat puchong

Selain dari itu, disini juga ada menyediakan aneka makanan laut seperti ketam, sotong, mentarang, kekapis, kepah, kerang, kupang dan bermacam-macam lagi. Sangat sesuai dinikmati secara panggang bersama sos istimewa. Terdapat lapan jenis sos disediakan disini dan yang paling wajib untuk korang cuba ialah Sos Asap.

Sekali cuba pasti nak tambah berkali-kali. Untuk hidangan steamboat pula, terdapat lebih dari 30 variasi makanan seperti aneka bebola sejuk beku yang boleh korang pilih dan disajikan bersama tomyam atau sup ayam.

Untuk pengetahuan korang juga, Asap Steamboat & Grill menawarkan lebih 150 juadah bebuka puasa yang disediakan untuk memenuhi selera pengunjung yang hadir kesini. Terdapat 10 pilihan stall yang menyediakan Kambing Bakar, Nasi Arab, Spagheti, Laksa Johor, Bihun Sup, Ikan Bakar, masakan Western, masakan Chinese dan bermacam-macam lagi yang pasti menyelerakan.

Restoran Dalam Suasana Kampung

buffet ramadhan 2017 asap steamboat

Asap Steamboat & Grill terletak dalam suasana kehijauan, bersuasana kampung serta jauh daripada deruan enjin kenderaan, pastinya memberikan korang pengalaman berbuka puasa yang tidak dapat dilupakan. Selain itu, restoran berkonsepkan kontena ini juga mempunyai ruang makan yang luas dan selesa.

Ia terbahagi kepada empat ruang makan iaitu tingkat bawah kontena, skylite, tingkat atas berbumbung dan tingkat atas tanpa bumbung. Terdapat 40 meja disediakan dan mampu memuatkan sehingga 200 orang pelanggan dalam satu masa.

Para pengunjung boleh memilih tempat sama ada di bawah khemah atau pun di kafe kontena. Lokasi ini juga turut dilengkapi dengan surau dan tandas awam. Namun, sekiranya korang ingin datang dalam kumpulan yang ramai, disarankan untuk membuat tempahan tempat duduk lebih awal untuk mengelakkan sebarang masalah nanti.

Untuk sebarang tempahan Buffet Ramadhan Asap Steamboat & Grill
boleh hubungi : 013 – 485 8944

Harga Dewasa
RM55.00 seorang

Kanak-kanak dari (6-12 tahun)
RM26.00 seorang
5 Tahun ke bawah PERCUMA

Waktu Operasi
Dibuka setiap hari (Isnin-Ahad) dari jam 6 petang – 10 malam

Untuk Tempahan
Whatsapp 013 – 485 8944

Lokasi
Lot 94, Jalan Tempinis, Kampung Tengah A, 47150 Puchong, Selangor, Malaysia.

Waze
ASAP Steamboat & Grill (5 minit dari Putra Heights / One City)

Facebook | Instagram

Mengenai Penulis

Mula menulis blog sejak dari tahun 2015 sehingga kini, Mohd Rasul merupakan front end web designer dan blogger sepenuh masa yang berasal dari Shah Alam, Selangor. Sehingga kini saya telah menghasilkan pelbagai jenis laman web untuk pelanggan-pelanggan saya dan mempunyai lebih 5 tahun pengalaman didalam bidang ini. Anda boleh lihat Portfolio saya jika anda berminat untuk mengetaui lebih lanjut mengenai perkhidmatan saya.

4 komen pembaca

  1. Mus
    Mus

    terbaik tempat ni.. harganya taklah mahal sangat..

    • Mohd Rasul
      Mohd Rasul

      itulah. kalau makan dikelilingi alam semulajadi mmg best 🙂

  2. terliur tengok gambar tu.

    tapi sekarang on diet , mampu tengok je la. huhu

    • Mohd Rasul
      Mohd Rasul

      haha… xleh nak wat ape la kalau camtu 😀

Buat Komen

Nota: Alamat e-mel anda tidak akan dikongsi oleh pihak ketiga. Ruang bertanda * adalah wajib diisi.

CommentLuv badge

Lagi Artikel Menarik