Fesyen

8 Jenama Fesyen Antarabangsa Keluarkan Rekaan Muslimah

Oleh Mohd Rasul

Agama Islam antara agama yang terbesar di dunia dan mempunyai ramai penganutnya dipelbagai negara. Permintaan yang tinggi untuk rekaan muslimah dari pakaian, tudung, skirt labuh, seluar dan sebagainya membuatkan pereka fesyen global kini melebarkan fokus dengan menghasilkan koleksi pakaian muslimah.

Trend itu bermula pada tahun 2015 selepas Thomson Reuters mengeluarkan analisis tentang nilai perbelanjaan wanita muslim pada tahun 2013 yang mencecah angka $266 bilion USD (RM1.1 trilion) setahun.

Laporan turut menjangkakan angka itu akan meningkat kepada $484 bilion USD (RM21 trilion) pada tahun 2019 terutama pasaran negara Asia dan Rusia.

8 Jenama Antarabangsa Untuk Fesyen Rekaan Muslimah

Dibawah Acul senaraikan 8 jenama fesyen antarabangsa yang sudah mengorak langkah memasuki pasaran rekaan fesyen muslimah yang mungkin anda boleh cuba dapatkan.

1. Dolce & Gabbana

Dolce & Gabbana Abaya Autumn/Winter 2016 Ready-To-Wear Collection Rekaan Muslimah Jenama Antarabangsa

Bermain dengan warna hitam dan neutral dengan sedikit percikan corak, koleksi itu didedikasikan buat dunia fesyen Timur Tengah. D&G masih menekankan elemen corak polka dot, lemon, bunga kekwa dan ros merah yang muncul dalam koleksi Musim Panas 2016.

Jenama itu menghasilkan abaya dan selendang menggunakan fabrik jenis sutera dan renda.

Nama koleksi: Dolce & Gabbana Abaya Autumn/Winter 2016 Ready-To-Wear Collection
Tahun: 2016

2. Monique Lhuillier

Monique Lhuillier Ramadan 2015 collection

Monique Lhuillier mereka pelbagai jenis kaftan untuk jualan runcit dalam talian di Moda Operandi. Menerusi koleksi itu, busana yang dihasilkan masih mengekalkan sulaman warna putih dan corak bunga.

Nama koleksi: Ramadan 2015 collection
Tahun: 2015

3. Tommy Hilfiger

Limited Edition Ramadan Collection By Tommy Hilfiger

Dua tahun lalu, Tommy Hilfiger telah melancarkan koleksi terhad sempena kedatangan bulan Ramadan. Antara 11 rekaan busana yang dihasilkan adalah seperti gaun, blaus dan skirt.

Warna hijau zamrud, hitam dan putih menjadi pilihan warna tema koleksi tersebut.

Nama koleksi: Limited Edition Ramadan Collection By Tommy Hilfiger
Tahun: 2015

4. Oscar de la Renta

Oscar De La Renta Ramadan Caftan Collection 2015 Fesyen Rekaan Muslimah

Perang koleksi pakaian muslimah pada tahun 2015 turut melibatkan pereka busana mewah Amerika Syarikat, Oscar de la Renta. Menerusi koleksi itu, pelbagai rekaan kaftan dihasilkan dengan menggunakan fabrik dan teknik sulaman gaya Timur Tengah yang terbaik.

Kaftan-kaftan itu direka dengan pelbagai warna seperti hitam, pastel, hijau, kuning dan ungu.

Nama koleksi: Oscar De La Renta Ramadan Caftan Collection 2015
Tahun: 2015

5. Uniqlo

Uniqlo x Hana Tajima Spring 2016

Gedung jenama terkemuka dari Jepun, Uniqlo turut berkolaborasi dengan pereka fesyen muslimah, Hana Tajima untuk menghasilkan ‘lifewear collection‘ khusus untuk wanita.

Antara rekaan yang mendapat sambutan seperti skirt labuh, seluar panjang, kebaya dan selendang. Tahun ini, jenama itu sekali lagi berkolaborasi dengan Hana Tajima untuk koleksi 2017 Spring/Summer Hana Tajima Lifewear.

Nama koleksi: Uniqlo x Hana Tajima Spring 2016
Tahun: 2016

6. H&M

H&M Close the Loop fesyen rekaan muslimah jenama antarabangsa

Bagi menarik minat golongan wanita muslimah, H&M berkolaborasi dengan seorang model bertudung, Mariah Idrissi namun mendapat pelbagai kritikan. Gadis berusia 23 tahun itu menjadi model bertudung pertama sejak jenama itu beroperasi.

Menurut pengarah urusan Covertime, Stephanie Khalil AlGhani, beliau memuji usaha H&M menggunakan model bertudung namun H&M tidak menjual pakaian yang pengguna mahukan.

Nama koleksi: Close the Loop
Tahun: 2015

7. Zara

Zara Ramadan Collection 2015

Jenama tersebut mengeluarkan pakaian untuk wanita muslimah secara mengejut pada bulan Ramadan tahun 2015. Malah, koleksi itu dilancarkan serentak bersama koleksi pakaian lelaki dan kanak-kanak pada hari pertama Ramadan.

Mengekalkan diri minimalis jenama Zara, rekaan yang dikeluarkan selari dengan aksesori untuk dipadankan dalam koleksi itu.

Nama koleksi: Ramadan Collection 2015
Tahun: 2015

8. Nike

Nike Pro Hijab

Nike baru-baru ini telah mengeluarkan teaser pakai sukan wanita berhijab yang diberi nama Nike Pro Hijab. Menggunakan fabrik ringan seperti poliester, syarikat jenama pakaian itu telah mengeluarkan kenyataan tentang kesesuaian menghasilkan koleksi itu.

“Atlet wanita bertudung baik profesional mahupun harian banyak membantu proses menghasilkan koleksi ini,” kata wakil jenama itu.

Koleksi hijab yang bakal dikeluarkan bermula awal tahun hadapan nanti disediakan dalam warna gelap dan neutral.

Nama koleksi: Nike Pro Hijab
Tahun: 2018

___

Jadi fesyen rekaan muslimah yang menjadi pilihan anda? Ataupun anda mungkin lebih tertarik dengan fesyen rekaan muslimah keluaran tempatan? Tepuk dada tanya selera 🙂

Mengenai Penulis

Mula menulis blog sejak dari tahun 2015 sehingga kini, Mohd Rasul merupakan front end web designer dan blogger sepenuh masa yang berasal dari Shah Alam, Selangor. Sehingga kini saya telah menghasilkan pelbagai jenis laman web untuk pelanggan-pelanggan saya dan mempunyai lebih 5 tahun pengalaman didalam bidang ini. Anda boleh lihat Portfolio saya jika anda berminat untuk mengetaui lebih lanjut mengenai perkhidmatan saya.

0 komen pembaca

Tiada komen lagi. Jadi yang pertama komen artikel ini.

Buat Komen

Nota: Alamat e-mel anda tidak akan dikongsi oleh pihak ketiga. Ruang bertanda * adalah wajib diisi.

CommentLuv badge

Lagi Artikel Menarik