Event

Lunch Date Bersama Blogger Dan Sharif Sleeq

Oleh Mohd Rasul

Semalam (16 September 2014) Acul telah dijemput oleh Blogger Emas Putih untuk bersama-sama makan tengah hari bersama-sama rakan Blogger lain dan Sharif Sleeq di Johnny Rockets, Sunway Pyramid bersempena meraikan ulangtahun ke-4 Tonton iaitu laman portal video nombor 1 di Malaysia yang kini telah merekodkan lebih daripada 4 juta pengguna berdaftar.

Program yang bermula dari jam 12.00 tengah hari ini menghimpunkan kenalan Blogger, peminat Sharif Sleeq dan rakan media dari Media Prima Digital bagi meraikan ulantahun ke-4 Tonton sepanjang bulan September ini.

Tonton baru-baru ini melancarkan sebuah lagi siri web Hanya Satu setelah kejayaan siri terdahulu antaranya ialah Autumn Di Hatiku Musim 1 2, Dan Calonnya Adalah serta Stand Up. Siri web Hanya Satu akan mula dipertontonkan kepada pengguna berdaftar Tonton bermula 15 september ini hingga 17 Oktober 2014.

Aktif Kembali Aktiviti Berkaitan Hiburan

Lunch Date Bersama Blogger Dan Sharif Sleeq

Untuk pengetahuan korang, ini merupakan aktiviti pertama berkaitan dengan dunia hiburan yang Acul sertai tahun ini setelah lebih setahun Acul berhenti menghadiri sebarang aktiviti berkaitan hiburan. Jika sebelum ini, Acul seringkali menghadiri sebarang aktiviti berkaitan dunia hiburan seperti pratonton filem, konsert, pelancaran produk atau perkhidmatan yang melibatkan selebriti tanah air.

Seingat Acul bermula dari hujung tahun 2012 yang lepas Acul mula berhenti melibatkan diri dalam aktiviti hiburan dimana pada tahun tersebut Acul lebih menumpukan kepada penubuhan syarikat Acul dan bergiat aktif di dalam aktiviti berkaitan pelancongan.

Rasa gembira bila Acul dapat bertemu kembali beramah mesra bersama-sama rakan-rakan Blogger yang aktif turun program dan akvitivi yang diadakan di sekitar Lembah Klang ini.

Antara rakan Blogger yang baru Acul temui adalah Yaya Natsumi. Memang dah lama friend dengan beliau di Facebook tapi seingat Acul, kami tidak pernah bertegur pun.

Untuk pengetahuan, 70% dari rakan Facebook Acul adalah dikalangan Blogger dan hanya 40% dari mereka yang pernah Acul temui. Ramai juga Blogger-Blogger yang tidak sempat Acul temui dan kenal dengan lebih dekat sebab ada diantara mereka tinggal di luar Lembah Klang.

Makan Tengah Hari Di Johnny Rockets, Sunway Pyramid

makan tengah hari burger di Johnny Rockets Sunway Pyramid bersama sharif sleeq

Untuk pengetahuan korang juga, ini merupakan pengalaman pertama Acul makan di Johnny Rockets. Itu pun dijemput untuk menghadiri program ini. Jika tidak, tidak tahu bila Acul akan berpeluang makan disini.

Konsep restoran ini agak menarik dimana setiap pekerja restoran akan menyambut baik pelanggan yang datang ke sini. Apa yang paling menariknya disini adalah pada seseketika musik akan dipasang dengan kuat dan pekerja restoran akan menari beramai-ramai untuk menghiburkan pelanggan yang makan disini.

Mengenai menu makanan pula yang paling popular disini burger dan onion ring yang besar. Makan dua ni memang dah cukup mengenyangkan. Mengenai harga pula adalah diantara RM10 hingga RM30++.

Mengenai Penulis

Mula menulis blog sejak dari tahun 2015 sehingga kini, Mohd Rasul merupakan front end web designer dan blogger sepenuh masa yang berasal dari Shah Alam, Selangor. Sehingga kini saya telah menghasilkan pelbagai jenis laman web untuk pelanggan-pelanggan saya dan mempunyai lebih 5 tahun pengalaman didalam bidang ini. Anda boleh lihat Portfolio saya jika anda berminat untuk mengetaui lebih lanjut mengenai perkhidmatan saya.

0 komen pembaca

Tiada komen lagi. Jadi yang pertama komen artikel ini.

Buat Komen

Nota: Alamat e-mel anda tidak akan dikongsi oleh pihak ketiga. Ruang bertanda * adalah wajib diisi.

CommentLuv badge

Lagi Artikel Menarik