Event

DairyGo Teh Tarik Baik Untuk Kesihatan Yang Mudah Dibawa

Oleh Mohd Rasul

Minuman Teh Tarik yang baik untuk kesihatan? Eh ada ke…? Mungkin ini pertama kali anda dengar minuman Teh Tarik yang baik untuk kesihatan kan? Biasanya minuman Teh Tarik ni tinggi kandungan gula dan kolestrolnya yang boleh dibeli di tepi jalan, gerai, restoran dan kedai mamak.

Ya memang tidak dinafikan minuman Teh Tarik ni memang tinggi kandungan gula dan kolestrolnya kerana dicampur dengan susu lemak manis dan gula yang banyak untuk mendapatkan rasa yang sedap dan lemak berkrim. Namun tetapi ianya tetap digemari oleh orang ramai terutamanya ketika melepak bersama rakan-rakan sambil bersembang atau menonton bola di kaca TV.

DairyGo Teh Tarik Baik Untuk Kesihatan

dairygo teh tarik

Memperkenalkan minuman DairyGo Teh Tarik keluaran jenama DairyGo yang baik untuk kesihatan kerana rendah kandungan gula dan menggunakan daun teh yang terbaik serta susu segar dari New Zealand yang sememangnya terkenal dengan susu yang berkualiti.

Minuman Teh Tarik ini dihasilkan kerana pengasasnya iaitu Puan Belle Alyahya yang suka minum minuman Teh Tarik. Puan Belle sememangnya dikenali ramai kerana merupakan pengasas kepada pakaian wanita muslimah di bawah label Bella Ammara. Dan kini bukan hanya pakaian sahaja, bahkan terdapat juga produk muka, produk kecantikan, barangan keperluan bayi dan banyak lagi.

dairygo teh tarik baik untuk kesihatan

Apa yang menarik perancangan dan proses mengeluarkan produk minuman teh tarik ini mengambil masa setahun lebih iaitu sejak awal tahun 2017 lagi sebelum dipasarkan. Ini bagi memastikan kualiti teh tarik yang dihasilkan benar-benar yang terbaik dan mampu memberi kepuasan kepada setiap pelanggannya.

Selain itu juga ianya mudah dibawa kemana-mana sahaja kerana rekabentuk bungkusannya yang kecil dan dalam bentuk pek yang mudah dipos kepada pelanggan. Produk ini tidak ada bahan pengawet, tiada pewarna, halal dan juga tiada kolestrol. Jadi ianya boleh memelihara kesihatan kita agar tetap kekal sihat.

Jika tiada pengawet bagaimana ianya dapat bertahan lama? Ini kerana pembungkusan pek ini adalah didalam keadaan vakum pada tahap yang paling terbaik dan ini dapat mengelakkan minuman bersusu ini daripada rosak serta tidak terdedah kepada bakteria dan sebagainya.

Sekitar Majlis Pelancaran Produk DairyGo Teh Tarik

pengasas dairygo teh tarik

Baru-baru ini Acul telah hadiri majlis pelancaran produk DairyGo Teh Tarik di IDCC Shah Alam dan Acul sendiri dah mencuba minuman Teh Tarik ini. Memang sedap dan rasanya juga agak berbeza jika dibandingkan dengan minuman Teh Tarik di luar kerana menggunakan bahan yang berkualiti.

Produk minuman ini juga telah menerima tempahan yang luar biasa melalui online dan mempunyai ramai agen yang berdaftar. Biarpun agak baru namun permintaan dari pelanggan memang sangat memberangsangkan. Lebih-lebih lagi nak masuk bulan Ramadhan ini yang pastinya menjadi pilihan orang ramai untuk dapatkannya kerana mudah untuk diminum sama ada ketika bersahur atau berbuka.

cuba minuman dairygo teh tarik

Pengguna boleh membuat pilihan sama ada untuk minum secara biasa, sejuk dimana perlu diletak ais ataupun panas (perlu rendam pek dalam air panas). Memang fleksibel minuman ini Teh Tarik ni. Jadi pada penggemar minuman Teh Tarik, tiada alasan lagi untuk anda minum minuman kegemaran anda.

belle alyahya tarik teh tarik pelancaran dairygo teh tarik di IDCC shah alam

Ketika majlis pelancaran DairyGo Teh Tarik ini juga, puan Belle Alyahya telah melakukan gimik menarik Teh Tarik dihadapan ramai hadirin yang hadir. Selain itu, turut diselitkan pertandingan aksi tarik minuman teh tarik terpanjang yang penyertaannya terbuka kepada semua tetamu yang hadir.

Teh Tarik DairyGo ini boleh bertahan sehingga 1 tahun 6 bulan jika belum dibuka penutupnya. Acul juga difahamkan dalam waktu pemilihan ramuan didalamnya juga mengambil masa yang cukup lama. Pelbagai kajian telah dilakukan bagi memastikan produk yang dikeluarkan itu bermutu tinggi.

dairygo teh tarik dipasaran

Harga yang ditawarkan adalah RM4.00 untuk satu pek (200ml). Dan buat masa sekarang boleh didapati secara online melalui instagram rasmi DairyGo @dairygo_ dan pihak DairyGo juga mempunyai perancangan untuk memasarkan produk ini di kedai dan pasaraya yang ada di Malaysia. Contohnya seperti 7-Eleven, Giant, Petronas dan sebagainya. Jadi mudah untuk pelanggan dapatkannya.

Untuk pengetahuan semua, produk Teh Tarik adalah produk pertama keluaran DairyGo dan dijangka akan ditambah lagi produk dairy yang lain seperti susu kurma dan sebagainya. Jadi sama-samalah kita menunggu kehadirannya di pasaran nanti.

Mengenai Penulis

Mula menulis blog sejak dari tahun 2015 sehingga kini, Mohd Rasul merupakan front end web designer dan blogger sepenuh masa yang berasal dari Shah Alam, Selangor. Sehingga kini saya telah menghasilkan pelbagai jenis laman web untuk pelanggan-pelanggan saya dan mempunyai lebih 5 tahun pengalaman didalam bidang ini. Anda boleh lihat Portfolio saya jika anda berminat untuk mengetaui lebih lanjut mengenai perkhidmatan saya.

0 komen pembaca

Tiada komen lagi. Jadi yang pertama komen artikel ini.

Buat Komen

Nota: Alamat e-mel anda tidak akan dikongsi oleh pihak ketiga. Ruang bertanda * adalah wajib diisi.

CommentLuv badge

Lagi Artikel Menarik